HuzairieHusinBlog: 2010

Friday, December 31, 2010

Cek Dari Nuffnang Bakal Sampai.. Thanks Nuffnang! | Apa Aku Nak buat Dengan Duit Nuffnang Nie?

alhamdulillah.. bersyukur sangat sangat dengan rezeki yang allah berikan kepada zairie.. dah la baru gaji.. pastu cek dari nuffnang bakal sampai dalam beberapa hari je algi... owh...! tidak sabar rasanya... hehe..

ini lah best nyer berblog... bukan setakat kita berkongsi ilmu dan bertambah kenalan dalam dunia maya nie, tetapi kita dapat site income dari hasil kita berblog.. daripada berfesbuk yang tak dapat duit.. baik kita berblog dan berfesbuk.. duit dapat, kawan pun dapat.. betul tak..? 




tadi time bangun tidur je terus dapat panggilan telefon dari seorang blogger yang merangkap abang sedara zairie jugak... lebih kurang macam nie la perbualan kami....

zairie  : assalamualaikum....

NSham :  wasalam... dah bangun ka??? 

zairie  :  dah... dah lama bangun.. (padahal baru je bangun.. wakakaka)

Nsham : nak bagi taw, yang duit nuff Nsham dah naik.. thanks bagi tips camna nak naik tempoh hari.. hehe

zairie  : tak ada hal la.. no poblem punyer!! kehkeh.. dah cukup RM 50 baru leh cashout taw.. kumpul lagi.. hehe..



ha...! lebih kurang macam nie la perbualan kitaorang.. hari tu dia ada tanya macam mana nak naik income nuff nie.. so zairie bagi la sikit tips.. sikit je.. sebab zairie pun tahu sikit je... 


nak singgah blog NSham boleh la klik sini.. thanks..

okeh... bye korrruuunnnkkkk!!! ops.. tertiru gaya cik epal lak... sory ye cik epal.. =)
»»  BACA SELANJUTNYA...

Kenali Blogger Baru | Blogger Cikgu NSham

wah.. dah lama jugak zairie tak buat review blog nie kan..? last sekali zairie buat time segmen kenali blogger bulan lepas..  thanks ye pada yang join... banyak kesan positif kepada blogger yang zairie review hari tu.. contohnya seperti blogger Yul nie.. kalau tak silap masa zairie review blog dia baru followers dia dalam berbelas belas.. sekarang... pergghhhh.. mantap sih... taniah yul atas usaha anda dalam berblog nie.. keep blogging ya... =)

okeh.. berbalik kepada tajuk.. hari nie terasa nak review pulak satu blog nie.. blog nie memang lain dari yang lain.. kebanyakkan entry entry beliau banyak kepada arah pendidikkan dan informasi..  kalau korang nak tahu, owner blog nie merupakkan seorang pendidik.. cikgu sih! =)




simple je blog cikgu nie.. aik.. iklan nuff keluar.. BE ke tu cikgu.. masyuk nampak.. hehe..  

okeh.. bagi zairie memang tak rugi kalau korang pi singgah sat blog dia.. banyak benda yang kita dapat. misalnya seperti pemberitahuan/peringatan dan sebagainya... tak caya?? percayalah..

entry cikgu NSham yang boleh korang baca :

  1. Semak status daftar pemilih anda.
  2. jadual gai pembayaran kakitangan awam dan guru 2011.
  3. pembiyaan ujrah 3% kepada 1%.
  4. semakan peminjam PTPTN yang blacklist.

banyak lagi imput yang akan korang dapat.. tak salah kalau korang follow blog dia.. tak rugi.. lagi pun boleh tambah kenalan.. kan kan.. =)

jom singgah blog cikgu NSham..


»»  BACA SELANJUTNYA...

Gambar Rosyam Nor Bersama 2 Anak Gadisnya Yang Cun Di Anugerah Skrin 2010

hohoho.. ada siapa siapa yang berani ke nak try ayat anak gadis rosyam nor nie..?? memang cantik la.. macam ayah dia jugak.. bapak hansome anak mesti lawa jugak.. hehehe...





PETALING JAYA: Pelakon Rosyam Nor, 43, sebelum ini pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan keluarganya kepada umum walaupun sebaliknya pelakon itu dilihat muncul bersama dua anak gadisnya pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 24 Disember lalu.
Kata Rosyam, kehadiran dua anaknya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17, pada majlis itu bukan kerana dia tidak tegas dengan pendiriannya tetapi kedua-dua anaknya itu memujuknya untuk merasai kehangatan majlis tersebut.
"Sebenarnya saya tak terfikir pun untuk membawa mereka tapi pada saat-saat akhir mereka pujuk saya sebab teringin nak rasa kehangatan ASK2010 bersama saya. Selain itu mereka merupakan peminat Anuar Zain.
"Lagipun bila anak-anak dah besar, mereka pandai pujuk ayah mereka sampai saya pun kesian. Selalunya bila saya bawa keluarga, mereka akan duduk di bahagian penonton, bukan bersama saya.
"Bagaimanapun, saya masih dengan pendirian untuk tidak mahu menonjolkan keluarga saya kepada umum," katanya.
Tambah Rosyam, sehingga kini dia masih tegas dalam mendidik anak-anaknya untuk memberi didikan yang terbaik.
Pada majlis ASK2010, kemunculan Rosyam bersama dua gadis jelita mengundang persoalan di kalangan tetamu yang hadir.
Malah, kedua-dua anak gadis itu turut menjadi perhatian pelakon-pelakon lelaki di majlis tersebut.
Sementara itu, Rosyam baru sahaja habis menerbitkan drama bersiri Trilogi Cinta yang akan ditayangkan di RTM1, bermula pada 2 Januari 2011.
Drama yang turut membabitkannya sebagai pelakon utama, turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Fouziah Gous, Raisuddin Hamzah, Siti Fazurina, Aida Khalida, Amyza Aznan serta tiga artis Pilih Kasih, Ray Redzuan, Reza Hasbi dan Zulin Aziz.
Trilogi Cinta merupakan drama bersiri pertama terpanjang yang pernah diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Ia juga merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada tiga novel Sharifah Abu Salem iaitu Tak seindah mimpi, Tak semanis Impian dan Tiada lagi Mimpi iaitu terbitan Alaf 21 Sdn Bhd.





lawa tak anak dia..?? muda lagi tu.. hehe..

»»  BACA SELANJUTNYA...

Kita Perlu Bangkit Setelah Kita Jatuh | Cara Mengatasi Masalah Cinta Dan Pelajaran

salam readers..

zairie ada terima satu komen dari sahabat kita.. aien rain nama nya.. beliau telah mengadu masalah beliau pada zairie melalui entry 'hidup mesti berani untuk gagal'... terima kasih ain kerana sudi berkongsi apa yang ain rasa bersama zairie.. bagi zairie, orang yang mengadu masalah beliau pada kita, bererti mereka percaya pada kita.. dan bagi zairie, zairie tak akan hilangkan kepercayaan readers zairie pada zairie... korang nadi blog nie... 

okeh.. yang nie komen ain pada entry zairie yang ini.. klik sini untuk baca..

Kalau tak nampak, boleh la besarkan.. 

menurut ain, beliau telah gagal dalam 2 perkara.. iaitu gagal dalam peperiksaan dan juga gagal dalam percintaan... ok ain.. zairie cuba bagi pendapat zairie.. harap ain dapat menilai nya k.. yang baik ain ambil la.. kalau itu mendatangkan kebaikkan untuk diri ain.. =)


1. GAGAL DALAM PEPERIKSAAN




orang kata bila belajar nie memang best.. relax...tak payah nak pikir macam macam.. tugas kita hanya untuk belajar dan memberi result yang gempak kat parent kita.. 'make parent proud with us'.. tapi apa yang tak best nyer bila belajar nie satu je.. bagi zairie la.. exam.. adoi.. exam nie bisa bikin kepala otak den nie pecah.. time exam nie la macam macam skill tengok orang study.. tapi persoalannya, kenapa bila kita dah study tapi masih ada lagi paper yang sangkut a.k.a failed..???

zairie tak tahu apa punca nya.. maybe apa yang zairie list kan nie antara faktor faktor gagal dalam peperiksaan...

1. cara mengulangkaji

cara kita study jugak amat penting ye kawan kawan.. korang pernah dengar tak orang selalu cakap 'study hard' dan 'study smart' ...? tapi apa maksud yang tersirat di sebalik ayat ayat tu..??? senang cerita, study hard nie korang memang study habis habisan la.. tak pikir makan, tido, minum, mandi, main blog, main FB... ah! banyak la.. apa yang korang pikir.... ESOK EXAM...!!!  Itu study hard...  so macam mana pulak dengan study smart...??? ok.. study nie bagi zairie efisien sikit.. study smart nie untuk orang orang yang hansome dan smart macam zairie.. haha... gurau je.. jangan la marah... study smart nie senang cerita orang yang study tu punyai time table sendiri.. masa sekian sekian study nie.. cukup masa study benda lain lak... lebih kurang macam tu la.. thats mean, tak preassure sangat nak exam...

2. spot soalan.

ha..! yang nie paling banyak student buat.. korang tak payah la nak mengelentong..  aku dulu pun student jugak.. biasanya student akan target soalan yang keluar.. kalau target pakai sniper tak apa.. kompem keluar.. kalau pakai pistol air?? macam mana tu..?? tak ke mati nak jawab nanti.. tu la.. sape suruh spot lagi soalan.. huhu..



2. GAGAL DALAM PERCINTAAN



clash??? baru putus cinta..?? relax.. DR Cinta Zairie ada.. haha..  biasa la... dalam percintaan nie memang banyak halangan.. kalau kita sehati dan seiring dan bersama sama berpimpin tangan mengharungi dugaan yang datang, insyaallah akan berjaya.. tapi.... bagi yang tak berjaya macam mana pulak...??? maybe ini antara sebab nya..

1.  Bosan

Bosan.. itu lah alasan yang paling kerap digunakan untuk clash.. lumrah manusia.. manusia memang cepat bosan.. sentiasa mencari yang lebih baik apa yang dah baik untuk diri kita.. tak pernah bersyukur apa yang kita miliki.. kalau tak bosan tak ada la aku tukar nokia xxx aku tu kepada i-phone 4.. hahaha.. pasni kalau bosan jugak tak taw nak tukar apa lagi...
kalau itu reason couple korang bagi untuk clash, senang je.. korang jangan ambil port sangat. biar la dia... kalau time kapel pun dah bosan macam mana pulak kalau dah kawin..??? silap2 hari bulan boleh curang OoOoOo... betul tak..??? ingat lah.. yang lebih baik sedang menanti korang di hadapan..? tak percaya?? percayalah..


2.  tidak memahami diri kita sepenuhnya..

buat apa bercinta kalau kita tidak pernah memahami diri pasangan kita.. cinta memerlukan sikap fahami yang tinggi.. kita kena faham yang pasangan kita nie macam mana orang nya..?? cepat merajuk ke, apa ke.. kita kena tahu.. dan layak untuk tahu.. untuk apa..?? untuk kita bisa menjadi makin dekat dengan dia.. bila dah makin dekat, cinta +kasih sayang korang akan dapat dirasai oleh pasangan korang.. tak percaya?? cuba lah... =)



to ain.. hope pendapat zairie nie dapat memberi sedikit sebanyak menaikkan semagat ain k.. sori la lambat bagi pendapat.. sibuk dengan kerja.. hehe.. yang penting.. senyum.. =) jangan sedih sedih.. tak baik berduka.. kan kawan kawan..?


okeh! anda buat anda dapat..


assalamualaikum..

»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, December 30, 2010

Statistik Penuh Piala Suzuki AFF 2010 | Anugerah Pemain Di Piala Suzuki AFF 2010

piala suzuki AFF 2010 baru je habis semalam dengan malaysia buat pertama kali nya dalam sejarah menjadi johan setelah berabad jugak la tunggu.. rasanyer masa 1996 kita masuk final and dapat 2nd place.. kalah dengan thailand 0-1... kalau tak silap la.. kalau silap sori ea.. hehe..

okeh.. sekadar rumusan statistik perlawanan piala suzuki AFF 2010 nie..



1. suzuki most valueable player

okeh.. anugerah ini adalah anugerah pemain berharga suzuki AFF nie.. dipilih berdasar kan prestasi yang ditunjukkan semasa permainan.. maybe dikira dengan kekerapan bermain dalam kesebelasan utama, tiada sebarang kad (kuning atau merah)

pemain berharga piala suzuki AFF 2010........ FIRMAN UTINA.. player dari indonesia..



2. Penjaring Terbanyak Perlawanan

yang nie top scorer la.. bagi zairie yang boleh dikira sebagai deadly striker.. striker berbahaya.. memang kerap goal la... siapa lagi kalau bukan penyerang kebangsaan kita.. SAFEE SALI...! beliau dah score sebanyak 5 goal...  Taniah bro... =)



3. Fair Play Award

yang nie kira anugerah negara paling bersih la permainan nya...senang cerita tak ada gaduh gaduh..  



4.  Jumlah Gol, Kad Kuning dan Merah

bilangan kad dari awal permainan sampai la habis game final ke-2 tu.. memang banyak.. lepas nie coach kena latih lak supaya player bermain jangan bagi kena sebarang kad.. hehe



5. Juara Piala Suzuki AFF 2010





Taniah sekali lagi kepada pasukan kebangsaan malaysia... korang dah lakukan yang terbaik.. bangga dengan korang...

Akhir kata....

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"


»»  BACA SELANJUTNYA...

Perdana Menteri Beri Cuti Umum Pada 31.12.2010 Sempena Kejayaan Piala Suzuki AFF 2010

yahoo...!!!! tengok berita astro awani semalam.. Perdana Menteri beri cuti umum pada rakyat malaysia sempena kejayaan negara malaysia pada perlawanan piala suzuki AFF 2010.. terima kasih DS Najib.. =)



tetapi ada jugak yang tidak senang dengan cuti nie.. okeh.. misalnya hari jumaat hanya 3 negeri nie sahaja yang cuti iaitu negeri kelantan, kedah dan juga negeri terangganu... 3 negeri tersebut cuti pada hari jumaat dan sabtu dan hanya boleh ganti jika cuti itu jatuh pada hari sabtu...

so bila pikir pikir balik, kesian jugak dekat rakyat 3 negeri tu.. hope DS Najib kaji balik ye.. pape pun.. thanks Dato Seri Najib... jumaat cuti... yahooo.!!!! malam leh gerak awal sikit tengok bunga api.. hehe.. 

sekali  lagi...

31.12.2010 CUTI...!!!!!!!!
»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, December 29, 2010

Kemeriahan Menonton Perlawanan Malaysia Indonesia Di Kedai Mamak | Keputusan Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia lawan Indonesia | Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

Hye guys..!!!! sebelum tu... taniah malaysia ...!!!! malaysia juara piala suzuki AFF 2010.. negara ke-4 yang memenangi piala suzuki nie.. taniah kat k.rajagopal bawak malaysia ke tahap nie.. sangat nie.. pss... lepas nie rajagopal dapat pangkat Dato' la... bagi zairie memang layak pun.. dia banyak bawak malaysia ke tahap yang tinggi... syabas player malaysia dan k rajagopal....!!!!

walaupun tak dapat pi stadium gelora bung karno kat indonesia tu, tapi bukan bermakna gua tak memberi sepenuh semangat gua kat malaysia.. eceh! gua gua lak.. hehe... bukan selalu kan... tadi pikir pikir balik malas pulak nak tengok game nie kat rumah.. macam kurang menarik je.. tanpa berfikir lagi, terus decide nak tengok kat kedai mamak... sampai sampai je.. seperti yang dah di agakkan.. ramai giler kot orang.. datang lambat memang dapat seat last sekali la.. tapi tak pe.. selamat mamak tu pasang screen besar tu.. so nampak jugak la game tu.. kalau tak.. huh!



nampak tak screen tu..?? jauh giler kan dari tempat aku duduk.. korang tengok je la ramai ke tak orang.. semangat bola habis nie.. hehe

90 minit kat kedai mamak tu best habis la.. memang rasa seperti kat stadium.. ramai orang satu.. pastu ada seorang nie bawak pulak benda tiup tiup tu.. macam hon bunyi dia.. entah apa nama nyer.. nanti aku google kan.. huhu...



memang riuh habis la.. time malaysia attack je.. pakat sorak habis... tapi memang respect gila la sama fahmi.. lu the best keeper la bro..! terbaik..! fahmi nie banyak save bola kot.. gempak kan dia.. hehe... game nie memang best.. dua dua team saling attack.. tak bosan tengok.. tapi honestly aku cakap, team indonesia nampak main kasar sikit.. awal permainan pun dah boleh nampak dah.. pastu dah lama sikit  2 2 team main kasar.. hehe....

so ini lah keputusan penuh piala suzuki AFF 2010 Malaysia melawan Indonesia..

MALAYSIA 1 - 2 INDONESIA

KEPUTUSAN RASMI PIALA SUZUKI AFF 2010
(malaysia menang aggregat 4-2)



sekali lagi taniah  kepada malaysia... mutu permainan bola sepak negara dah semakin nampak.. lepas nie kompem nama malaysia akan menjadi satu nama besar di asia dalam permainan bola sepak.. insyaallah...  =)


MALAYSIA BOLEH...!!!

»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, December 27, 2010

Tips Bagaimana Mahu Kekal Lama Dalam Percintaan Anda |Cinta Memerlukan Prinsip 4K

" sesungguhnya cinta....
memerlukan kesetian...
tanpa kesetiaan.. oh tiada ertinya...
ramai insan kecewa.. kerana cinta.. "

-petikann lirik lagu cinta memerlukan kesetian by stings-


sebelum tu betul tak apa yang cuba disampaikan oleh kumpulan stings tu melalui lagu diorang nie...?? betul kan...? tak tipu punya.. hehe... kalau korang refer balik pada tajuk.. cinta memerlukan 4K.. Apa 4K tu sebenarnya...?? ok.. zairie akan terangkan kejap nanti...




okeh.. sebenarnya prinsip 4K nie merupakan satu tips percintaan bagaimana mahu kekal dalam hubungan percintaan nya.. prinsip nie zairie gunakan dalam hubungan zairie.. setakat nie alhamdulillah masih lagi saling memahami antara satu sama lain.. hope this tips boleh diguna pakai oleh korang jugak ye.. hehe..

1. Kesetiaan

kesetian merupakan satu elemen penting dalam perhubungan.. korang boleh bayangkan tak macam mana kalau korang kapel tapi masing masing tak setia antara satu sama lain..?? mesti masing masing tak dapat menikmati nikmat setia tu kan...?? so K yang pertama adalah setia.. sesungguhnya cinta memerlukan kesetiaan dalam diri...


2.  Kejujuran

K yang ke-2 adalah kejujuran.. yang nie merupaka elemen penting jugak dalam hubungan percintaan nie.. kapel bertahun tahun tapi kalau masing masing tak jujur tak ada guna jugak kan...?? kalau boleh better kita jujur dengan pasangan kita tu.. tak payah la kelentong kelentong dia.. kan tak baik tipu tipu nie.. hehe..

3.  Keikhlasan

ikhlas tapi jauh... macam lagu VE tu.. jauh jauh pun tak pa.. yang penting kita ikhlas antara satu sama lain.. betul tak..?? dalam perhubungan nie biarlah kita ikhlas apa yang kita lakukan untuk pasangan kita tu.. kalau dia mintak tolong antar ke mana ke.. antar je la.. ikhlas apa yang korang lakukan untuk pasangan korang tu.. ok..? =)

4. Kepercayaan

K yang terakhir ialah kepercayaan... yang nie lah yang zairie selalu terapkan pada hubungan zairie nie... saling percaya mempercayai... buat apa kalau kapel bertahun tahun tapi kalau tak percaya..? betul tak..? kalau saling percaya senang je.. walaupun kita jauh dari mata dia, kepecayaan kita pada dia tetap tinggi.. betul tak...??


so hope prinsip 4K nie boleh diguna pakai dalam perhubungan korang.. yang baru nak mengenali cinta nie boleh la apply ka prinsip nie.. cewah..!

»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, December 26, 2010

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010 : Malaysia Lawan Indonesia

yahooo....!!!!! akhir nyer malaysia menang jugak game nie.. ingat dah kena bantai dah macam kat tempat indonesia hari tu.. ala.... yang kena bantai 5-1 tu... hehe... tapi malam nie 26-12-2010 pemain pemain malaysia dah buktikan yang kekalahan tempoh hari bukan lah alasan untuk kita patah semangat.. betul tak...???

so ini keputusan nya... 2 gol safee sali 1 gol ashaari samsudin...

MALAYSIA 3  - 0 INDONESIA




Taniah kat player malaysia.. korang memang main smart gila malam nie.. nampak team work tu... hehe..

komen :

sangat kecewa dengan segelintir penyokong malaysia yang suluh laser kat pemain pemain indonesia.. diorang nie lah yang rosakkan perlawanan.. sepatutnya kita sebagai tuan rumah kena tunjukkan yang kita nie adalah tuan rumah yang terbaik.. betul tak..?? baru la orang lain/negara lain akan respect dengan kita... 

Akhir kata..  Majulah Sukan Untuk Negara.. Malaysia boleh..!!!

zairie husin : hope malaysia menang lagi or seri bila main kat tempat indonesia nanti... gud luck untuk korang beb!!!! =)
»»  BACA SELANJUTNYA...

Mark Zuckerberg Cakap Honda Accord Sesuai Dengan Zairie Husin

Hohoho... sejak bila pulak la zairie husin nie jumpa mark zuckerberg nie...??? entah entah yang mamat mark nie pun tak kenal apa siapa zairie husin nie.. ok.. kalau si mark nie tak kenal siapa zairie husin, meh zairie kenal kan... zairie husin merupakan seorang blogger picisan dari malaysia dan pernah di interview oleh majalah tempe. tak percaya..?? klik sini...

okeh.. berbalik kepada tajuk utama... erm.. bila pulak la yang mark nie cakap kat aku yang aku nie sesuai sangat pakai honda accord nie... lagi pun aku nie baru je register sebagai pekerja yang berdedikasi.. ahaks!

so apa cerita sebenarnya nie derr.... funin reader kau.. ok.. korang pernah join or main application dekat facebook tak..? rasanyer mesti pernah kan.. esspecially yang gurls gurls nie... selalunyer diorang nie akan main game cafe apa entah nama nyer.. lupa lak.. huhu.. 

dan yang terbaru... en zairie husin telah cuba application dekat facebook nie.. application kereta yang sesuai dengan aku nie.. tup tup dia bagi kereta honda accorrd.... perrgghhh... tak beragak derrr.... nak isi minyak full tank accord pun aku rasa tak mampu... nie kan pulak nak pakai... huhu... 

tak percaya..??? zairie husin buktikan... 



see.... pelik betul... tanpa soal selidik.. tup tup honda accord yang keluar.. kalau nak buat application macam nie buar la survey  5-6 soalan ke... tanya la kerja apa... gaji sebulan dalam range berapa.. baru leh suggest kan kereta yang sesuai ngan kita.. betul tak..???

macam macam application dekat  facebook nie.. adoi..

kalau korang nak taw kereta idaman korang apa boleh KLIK SINI..


Anda buat anda dapat.. =)
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, December 25, 2010

Tips Percintaan | Ketahui Status Lelaki Melalui Kereta nya!

wah..! gila lama aku tak buat cerita pasal cinta cinta nie.. hehe.. ada la dalam.... erkk.. bape bulan ea..? huhu... okeh..! bagi yang gurls gurls kat luar sana tu, kalau nak tahu lelaki yang korang minat tu, boleh la tengok melalui kereta nya... 

kenapa kereta pulak... jom baca.. =)



1. kereta kecik (mini)


lelaki spesis nie korang semua kena paham... kebanyakkannya baru lepas habis belajar.. and baru je kerja dalam beberapa bulan.. so ekonomi diorang nie tak berapa nak stabil lagi.. hehe



2. kereta mewah (berjenama mahal)

ha.... yang nie gurls kena tahu k.. JANGAN TERPEDAYA kalau pemandunya masih muda macam aku nie ha.. tambah pulak kacak.. perghh.. kompem cair nyer korang.. ok.. spesis nie kemungkinan hanya merangkap sebagai drebar. jika pemiliknya berumur sebaya dengan bapak korang, bersedialah untuk menjadi isteri yang seterusnya juga menerima madu di masa masa akan datang.. hehe..



3.  kereta banyak aksesori (geng geng autoshow)



gurls yang dapat pakwe macam nie kena bersedia mental dan fizikal kerana lelaki jenis nie adalah dipercayai akan mengutamakan keretanya dari korang..



4. kereta besar (MPV etc. )

lelaki kategori nie pulak adalah rata ratanya telah berkeluarga. jangan terpedaya dengan keromantisan dan kehensemannya jika korang masih lagi belum standby nak berperang dengan bini nya..

5. kereta antik



biasanya pemiliknya sebaya umur dengan keretanya tu.. rasanya korang pun mesti pandai menilaikan sendiri tapi kalau nak teruskan hubungan bersedialah untuk berebut harta benda dengan anak anaknya.. hehehe..



6. kereta sezen

lelaki kategori nie pulak adalah praktikal kerana mengutamankan perbelanjaan berhemah. tak kisah la kereta sezen asalkan boleh jalan ke depan... bagi yang jenis membeli kereta terpakai menunjukkan dia tak terikut ikut gaya hidup orang lain.. betul tak..?? 




so gurls gurls semua.. dah tahu kan.... anda buat.. anda dapat..=)
»»  BACA SELANJUTNYA...

Yang Ni Baru Betul Otai!

hahaha.. jumpa satu gambar nie time tengah cari gambar lain.. lain yang dicari.. lain yang jumpa... hehe... tengok la.. otai tak otai dia nie.. selamba je lalu depan gangster gangster pinang sebatang... perggh... tabik spring la sama lu.. ahaks!




amacam..??? kesimpulannya.. kita jangan takut sangat... kita kena berani untuk mara kehadapan.. dah mara kehadapan jangan pandang belakang dah.. fokus..!
»»  BACA SELANJUTNYA...

Fan Page Blog Eyqa.. Jom Ramai Ramai Pakat Like

sepatutnya promotion fan page nie zairie buat semalam.. tapi memandangkan zairie habis kerja pukol 10 malam dan balik terus ke katil yang empuk lagi best so tertunda la sampai sekarang nie.. baru dan nak buat.. hehe... tapi zairie tak kan lupa janji zairie... 

sebelum tu korang semua pernah singgah tak kat blog eyqa nie..?? rugi woh tak singgah.. lepas singgah blog zairie nie boleh la singgah blog dia.. okeh... orait.. sekarang nie bukan sesi promosi blog.. promosi tu dah lama habis.. insyaallah akan zairie buat lagi.. depends kepada masa   =) tetapi zairie nak promote satu fan page nie.. fan page blogger eyqa..!



fullname blog nama fan page dia.. hehe.. sejak ditubuhkan pada november 2010, eyqa sudah mempunyai 14 people like this.. so, boleh la like kalau siapa tak like lagi.. lagi pun korang kan suka like.. kan kan..?? hehe...

siapa yang tak like lagi boleh la like.. KLIK SINI..


P/S : siapa agak agak ada fan page tu nak zairie heboh hebohkan boleh la KLIK SINI.. Cepat.. masa terhad.. 


»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, December 24, 2010

Kami Ada Fan Page Blog

assalamualaikum...

nak buat promosi sikit boleh..?? dah lama tak buat promosi besar besaran nie.. hehe.. selalunya zairie buat promosi blog je kan...?? kalau tengok sesi suai kenal yang zairie buat dulu memang dapat feed back yang baik.. thanks pada yang join.. sayang korang =)

so kali zairie nak wat lagi promosi.. kepada yang sudi join la.. tak paksa.. yang penting korang sudi join... kali nie zairie nak buat promosi Fan Page Blog korang pulak... sebab zairie tahu sekarang nie ramai dah blogger dah ada fan page.. betul tak..? hehe.. so i think better i do something with your fan page tu.. betul tak..?? 

siapa tak like lagi boleh la like ea.. hehe




so apa syarat syarat nyer...?

1.  buat satu entri bertajuk " Kami Ada Fan Page Blog "

2.  header blog zairie 



3. cerita kan kenapa korang buat fan page nie.. untuk apa diwujudkan..? Bila diwujudkan..? dalam entri korang tu pastikan ada link terus ke fan page korang..

4. dah settle semua, tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen entri ni..

mudah kan..?? so tunggu apa lagi.. jom sertai kami ada fan page blog.. =)


notes :

1. boleh tag kat siapa siapa yang korang nak.. tag tak pe tak tag pun tak pe.. 
2. pastikan korang ada fan page ea.. yang tak ada tu boleh terjah blog zack entry nie.. dia ada buat tutorial pasal nie.. klik sini.


TARIKH TUTUP : 
11.59PM / 25-12-2010 (SABTU)


p/s :Siapa join dulu, maka di promote dulu la fan page dia...  terima kasih pada yang join.. =)



»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, December 23, 2010

Video Panas Kumpulan Wonder Girls | Hot Video Wonder Girls

hohoho... korang kalau tajuk panas je.. laju je korang click ea..  hehe.. jangan risau.. saya tidak menjerumus kan anda ke lembah yang tak sepatutnya.. hehe..

ehem3.. dah lama tak layan video korea nie.. sekali layan.. perghhh.. susah pulak nak berhenti.. asyik layan je.. hehe.. dulu aku selalu layan geng girls generation nie.. sebab geng geng dia semua cantik tertarik diorang memang da Bomb la..! lagi pun diorang nie semua lebih kurang baya baya aku je.. so ada change la aku tacke.. biar kena kad merah...

so sekarang nie aku dapat tahu lak yang geng wonder girls nie ada keluar lagu baru kan... so hot tajuk lagu dia.. kalau tak silap la.. tak tahu la lagu tu dah lama ke baru.. yang pastinya aku baru tahu yang tu lagu wonder girls.. so aku suspek tu lagu baru wonder girls la.. hehe..



so korang nak tengok video panas dari kumpulan wonder girls..?? betul nie nak...??? yang laki tak payah jawab la.. dah tentu jawapan dia nak nyer.. yang perempuan nie.. hehe...

okeh..! jom layan video panas wonder girls.. SO HOT..!!





giler lor... terpikat aku dengan tarian diorang nie.. haha
»»  BACA SELANJUTNYA...

Lady Gaga Diraba?

wah.. berita menarik nie.. lady gaga yang top tu kena raba ke..??? OMG...! dengan siapa tu..??? ish ish ish... bahaya betul... mesti gila seks orang yang raba lady gaga tu.. 

ha..nie berita kosmo semalam.. tak kesah la walaupun semalam punya cerita, still nak kongsi dengan korang semua...



PARIS - Penyanyi terkenal yang gemar berpakaian pelik, Lady Gaga terkejut apabila seorang peminat wanita secara tiba-tiba meraba baju di bahagian payu daranya, lapor sebuah akhbar semalam.
Insiden itu berlaku ketika Lady Gaga ingin meninggalkan hotel yang didiaminya di Paris, baru-baru ini.
Wanita terbabit yang memakai sarung tangan kulit berwarna coklat dilihat mendekati Lady Gaga sebelum merabanya.
Semasa kejadian, Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Poker Face memakai baju berwarna cerah dan tidak memakai coli.
Baju itu tidak mempunyai butang di bahagian tengah menyebabkan sebahagian payu daranya terdedah.
Dia turut memakai cermin mata hitam. - Agensi

p/s : yang wanita kat luar sana pun kenalah berhati hati ye.. takot jadi perkara macam nie lak kat korang.. yang penting, jangan pakai seksi sangat ye.. =)


»»  BACA SELANJUTNYA...