HuzairieHusinBlog: TIPS AYAT AWEKS (UTK LELAKI =) ) WANITA JUZ KNOW IT ONLY.. =)

Monday, January 25, 2010

TIPS AYAT AWEKS (UTK LELAKI =) ) WANITA JUZ KNOW IT ONLY.. =)





Salam kat korang sume... hari nie cikgu nak habaq mai ckit kat korang sume terutama utk lelaki sejati camner nak ayat2 aweks yg masih single and still availble kat lua sne tue...


kepada wanita kat lua sner dan wanita yang sdg bc entry aku nie, pasti dan kompem2 la korang kan di ayat oleh jejaka2 macho di lua sner... hehe.


kalo post sblm nie aku citer mcm maner nak clash atau lebih afdal dan tepat macam maner nak gagal lam percintaan korang, kali nie aku citer lak camner nak ayat awek2 kat lua sner tue...





hmmmmm..... susah sgt ker nak ayat awek kat lua tue........



maka..... dengan 29 tips aku bg nie...





lu pikir la sendiri.... =)





1. Bila awek nie die katakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan korang selepas korang menyakiti hatinya, lebih baik korang beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum korang menegur dengan ucapan maaf.



3. Aweks kat lua sner tue susah nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai aweks2 yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! (macam ferero rosyer la.. eh?? Betul ker aku eja nie..lantak a.. huhu)



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika korang tidak suka dengan gadis yang sukakan korang separuh mati sbb korang rs korang encem sgt, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang korang tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari korang selepas korang tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya korang masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan (yakot gak dowg kate “ apahal la mamat nie… cam xbetul jer aku tgk”.




14. Jika korang menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali korang dengan lebih mendalam.




15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan korang.(cr jer aweks len bro.. =) )




16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi korang atau menunggu panggilan dari korang, teruskan usaha korang untuk takel die... xkesah la kene kad merah ke kuning.. jnji dapat tekel.. hehe



17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau korang masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. (senang dgr jer lagu jiwabg tahap nangis… 90an ker… pakai jer ayat2 lam lirik lagu tue…)



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.




23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.




24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.



25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..



27. Senjata wanita adalah airmata!!



28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadap korang



29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
p/s : dah dpt aweks tue... bg taw a kat aku.. hehehee... leh aku ucap taniah... =)

3 orang gemar komen entry aku:

  1. muahahah.. sy rasa laa kan.. klau boy tu tak brjaya dapat girl tu msti boy tu akan dapat penampar kan.. hik.. wajib salah satu drpdnya jek.. ahahah.. btw, nice entry..

    ReplyDelete
  2. haha... aiza aiza... tp sy rase msti dpt gak la... plg koman pon dpt la no tipon.. hehe

    ReplyDelete
  3. thnks...sy playboy yg kcewe.....ad me kt fb...mat ket!!!

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)