HuzairieHusinBlog: baca bukan suka... komen..... susah betul!!!!

Sunday, February 21, 2010

baca bukan suka... komen..... susah betul!!!!



Apa pandang- pandang ! Gua nak berhenti tulis blog ! Gua serius. Wonder Pets, Wonder Pets jugak. Korang pun macam tak support gua. Kalau dah baca entri gua tu, komenlah. Bagus ke tak bagus entri gua pun komenlah.




Inilah antara luahan dalam entri blogger yang kecewa dengan pengunjung blognya. Kenapa kita nak orang datang dan komen blog kita? Pada mereka yang sekadar blog untuk suka-suka, perkara ini tidak akan timbul. Nota yang biasa gua jumpa pada sesebuah blog berbunyi " Kalau orang nak baca blog aku bacalah.. tak nak pun tak apa. Ini blog aku. Suka hati akulah nak tulis apa.


" Menarik bukan?Tetapi bagi blogger yang punya perancangan dengan blognya, perkara ini tentu amat mengecewakan.


Perancangan bermaksud blogger tersebut mungkin menjadikan blognya sebagai salah satu sumber. Tetapi sebelum kita merasa kecewa, adakah kita sudah melakukan yang terbaik atau apa yang perlu bagi memastikan apa yang dirancang akan menjadi kenyataan?Biasanya yang merasa kecewa itu adalah blogger baru seperti gua. Bagi gua, ini tidak sepatutnya berlaku. Kita kena berusaha lebih keras lagi.



Cuba perhatikan blogger yang telah berjaya. Adakah mereka mengambil masa yang singkat untuk berjaya? Ada beberapa cara yang digunakan oleh blogger dari awal hingga sekarang untuk menarik pengunjung dan seterusnya meninggalkan komen pada blog mereka.
Ada yang menggunakan entri yang kontroversi dan ada juga yang menggunakan perbezaan lelaki dan wanita sebagai kandungan cerita ceriti blog mereka.



Walau apa pun kaedah yang digunakan, nampaknya mereka berjaya dalam usaha mereka itu.Namun bukan semua blogger boleh menggunakan kaedah yang sebegitu.. Jadi apa cara lain yang ada? Contohnya blog ini, blog yang masih baru dan tak punya pengunjung yang ramai. Jadi apa yang patut gua buat? mungkin cara yang di bawah ini boleh membantu.


1. Jangan tulis entri yang ‘ntah apa-apa ntah’ (gua pun buat juga). Kalau boleh buat entri yang berfokus kepada satu-satu tajuk dalam satu blog. Jika terlalu umum, pengunjung tidak faham apa tujuan dia datang melawat blog tersebut.


2. Gunakan widget yang ada sebaik-baiknya. Pasanglah widget atau plugins yang perlu seperti Related post, Recent Post, Label, Top Commentators dan sebagainya. Semua itu adalah untuk keperluan pengunjung.


3. Jangan biarkan entri anda kosong tanpa imej atau gambar. Kalau boleh letakkanlah grafik atau gambar yang berkaitan dengan entri supaya entri tersebut nampak tidak layu.


4. Kerap menulis entri. Jangan biarkan blog anda tidak diupdate lebih dari 3 minggu. Ingat pembaca anda sentiasa tertunggu post anda yang seterusnya, jadi jangan biarkan mereka jadi bosan.


5. Promote dan linklah blog anda sebanyak mungkin.. Memang ini suatu perkara yang agak malas untuk dilakukan (termasuklah gua). tetapi ia perlu bagi memastikan blog anda boleh dikesan oleh mereka yang sebelum ini tidak mengenali blog anda


6. Reka tajuk entri dengan kreatif. Buatkan tajuk entri yang boleh menarik pembaca.


7-Bagi sedikit hadiah atau tawaran dalam bentuk wang ringgit. Jika anda boleh mendapat pulangan dengan kedatangan mereka apa salahnya keluarkan sedikti modal untuk menghargai kedatangan atau komen pelawat blog anda.8-Jika anda telah berjaya dengan bidang anda, kongsikanlah kejayaan itu dengan pengunjung blog anda. Mungkin kisah tahyul anda akan memberi inspirasi buat mereka dan mereka akan datang lagi.




p/s : rajion2 la komen ye.. huhu... satu komen satu blog.. ;-)

20 orang gemar komen entry aku:

  1. :) :) :)
    takkan nak mengalah dengan semudah tu kot..

    ReplyDelete
  2. heeee~
    adatla tuh bro..
    bkn sng kn..kne usaha lebih sket!hehehe
    nie owg xbace..dh mlenting~
    rilekss..ngeee~

    ReplyDelete
  3. ni ak bg 1 komen..keep blogging..=)

    ReplyDelete
  4. nabiel:

    bukan melenting.. nasihat.. hehe

    ReplyDelete
  5. komen mengomen amalan yg bagus sbnarnye... =)

    ReplyDelete
  6. hoho.
    aku pon jenis nak org dtg & komen.
    bukan ape..
    barulah rasa cam dihargai skit..
    huh.

    ReplyDelete
  7. aini:

    wa.. bgs la... dapat pahala tue.. hehe

    ReplyDelete
  8. annadzirah :

    betul3... baru la tiap2 ari nak post entry baru.. hehe

    ReplyDelete
  9. jgn give up ! keep blogging !!

    yoshhhhhh

    <3

    ReplyDelete
  10. tipsis yang baik..nk ikot la..hehe..:)

    ReplyDelete
  11. bagi aku la kan,blogger tu kene sedar diri..macam aku memang dalam keadaan sedar..blog aku mainly pasal personal..so,kalo orang tak komen pun,aku paham sebabnyer...=)

    ReplyDelete
  12. weeeeee...

    aku suke komen blog org, tp org xsuka komen blog aku...hahahah nmpk sgt post aku xmnarik..hahaha, nak wat cam ne, still learning how to use the words as fun as possible..kdg2 jeles oh tgk blogger2 y pandai main ayat, simple n slumber..

    ReplyDelete
  13. entri tbaek!!
    huhuhu,sgt memberi motivasi buat blogger baru mcm sy nie,hee

    ader masa kommentlaa entri baru sy pulak~!
    (^_____^)heee~

    ReplyDelete
  14. nazatul shima :

    thanks... folo la.. ni pon dapat dr yang pakar.. hehe

    ReplyDelete
  15. norain :

    owh.. pasal personal.. sy lak pasal ape ea.. pape la.. hehe

    ReplyDelete
  16. rossenonari:

    sbr la... kiter kadang2 ader naik trun.. tp jgn penah putus asa k.. ;-)

    ReplyDelete
  17. shari :

    thanks.. nanti sy komen k.. :-)

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)