HuzairieHusinBlog: March 2010

Saturday, March 27, 2010

Test Power AntiVirus Korang...!!!!!


sekarang nie banyak sangat anvirus yang ada.. macam2 la.. kapalsky la, avila la... macam2 la.... apa yang aku tahu.. ada yang beli original... ada yang just download kat brader google je... tapi... banyak la yang download kat barder google nie.. hhehe...

ok.. sekarang nie.. korang cuba try test antivirus korang....


Kalau nak tau anti-virus korang bagus @ berfungsi dengan baik atau pon tidak sila ikut langkah2 seperti yang tertera kat bawah nie :-)


Copy dan paste code kat bawah nie ke dalam notepad

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!SH+H*

Lepas tue save file tersebut dengan nama "zairie.exe" ( nama apa2 pon boleh sebenar nya :D )

Tunggu reaksi anti-virus korang.

Kalau anti-virus yang bagus dia akan dapat kesan virus tue serta merta

Kalau x dapat kesan langsung adalah lebih baik korang update anti-virus atau pon guna anti-virus yang lain


Selamat mencuba.


p/s - aku tak bertanggungjawab kalau jadi apa2 kat pc korang. Aku buat kat pc aku ok je :D




»»  BACA SELANJUTNYA...

kan senang warna putih.. suci je... ( poyo je ayat )

hmmm..... korang mesti pelik... apahal la mamat nie asyik tukar templates je.. dulu warna lain.. sekarang aku bukak warna lain lak.... musykil2.. haa.... untuk pengetahuan korang, aku bukan suka-suka dengan perasaan yang hepi menukat kulit blog aku nie... ada la seba-sebab dia....

sebab pertama :

....>>>> dulu kulit aku warna itam... ada yang komeng sakit mata la... perkataan tak boleh baca la.. itu la.. ini la...

....>>>> warna putih nampak cool je.. cool camne aku tak taw.. korang yang nilai..

...>>>> ada blogger nie ckpko nyer blog berat cam gajah la... penat aku tunggu loading blog ko... bazir masa aku siminit.. ganti balik.... berat ker??? aku pon tak taw berat ke tak.. tak sempat aku nak timbang... hehhe... aku cuba try test la kulit warna putih nie.. tengok la camne....

.....>>> widget blog aku banyak sangat... lambat loading.. entah la... demi korang aku buang la.... kalo korang perasan, result arsenal aku dah tak da da.... sedih wooooo!!!!!! huhuhu.....



so.. nie lah wajah kulit aku... so kalo ada pape cadangan dan penambahbaikan bersama.. leh la bagi tahu.. huhu....

salam.. ;-)
»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, March 24, 2010

Berhenti Merokok Dengan Cara "TRADISIONAL"

susah sangat kan nak berhenti merokok..???? cara moden tak boleh.. apa kata kita try lak cara orang kampung... cara tradisional la... nak tahu cara nya????



Arahan

1) amik sebijik kelapa muda.
2) amik isi dan airnya.
3) amik satu bungkus rokok.
4) bukak pembungkus dan amik tembakaunya saja.
5) masukkan isi kelapa dan air termasuk tembakau tadi ke dalam blender.
6) blend sampai sebati.
7) tuangkan dalam gelas.
8) minum sampai habis.


Kesan

1) Pening kepala.
2) Muntah



Keberkesanan

Dalam 3 hari, insyaAllah. Kalau korang hidu bau tembakau pon korang dah pening dan rasa nak muntah.

* daripada pengamatan aku cara nie cukup "popular" tapi aku x pernah cuba dan x bertanggungjawab kalau jadi ada2 kat korang. :p





CHAIYOK2.... ;-p
»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, March 21, 2010

Bukan Anugerah Bintang Popular... ;-)


salam... thanks kepada yang impish dan nouroulnajieya yang sudi bagi award nie kepada saya.. thanks a lot friend..


so... untuk memenuhi terma dan syarat nya.. saya akan menjawab soalan yang di ajukan...
7 perkara tentang zairie:
  1. suka berkawan
  2. kelakar (yeke?? hehe)
  3. suka main boling
  4. suka anak kucing (comey ;-)...)
  5. mencintai ilmu
  6. minat futsal
  7. suka online

7 je ka??? ingat nak bagi 77 tadi.. tp dah mintak 7, maka 7 je la.. hehe..

so.. kepada sesiapa yang telah diberi penghargaan.. sila lah ke kounter hadiah untuk mendapat soalan-soalan award ini... ;-)

soalannya dalam BI.. maka.. gunalah kamus besta..hehe

  1. Thank & link the person that gave you award.
  2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
  3. Contact the bloggers and let them know they've won the award.
  4. State 7 things about yourself

kenapa 15??? ramainyer... so.. saya hadiah kan award ini kepada blogger yang paling rapat dengan zairiedinzly.blogspot..

calon-calonnya adalah :

  1. khai
  2. zack-entry
  3. rossoneri
  4. norazrol
  5. afnie (AF)

walaupun ia sekadar gambar.. namun ia amat bermakna buat diri saya.. terima kasih kepada rakan blogger...

1 blogger, 1 malaysia...

»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, March 19, 2010

Awas!! Belon Panas Menyerang Putrajaya

relax... nie bukan satu provokasi atau statement mengejut.... juz nak bg gempak jer tajuk entry aku nie.. haha....

walau pun agak terlewat aku mengepos cerita pasal pesta belon nie, tp aku tak kire.. aku nak cite gak kat korang... pesta nie bermula dari 18 march hingga 21 march nie... aku dah pergi dah pesta nie.. memang gempak dan best la.... macam-macam benda ada kat sana....



memang ramai pengujung yang pergi... tak kira lah, dalam malaysia ke, lua malaysia ke, tepi malaysia ke... semua ada... meriah betul.... so.. aku dengan semengat kesukanan yang tinggi nak jugak lah berkongsi ngan korang keseronokan kat sana tue....



ni lah kandang yang bawak orang naik ke udara tue... saiz die aku tengok, takda la besar sgt... aku rasa juz bloeh isi dalam 4 orang sahaja....

so, korang nak tahu apa yang ada dlm kandang nie???? jom tengok...



tong gas nie standby dalam kandang nie... ada la dalam 4 tong.. takda la kalo dah layan atas awan tue, gas lak abes... hmmm... dah tak boleh turun.....




yang nie lak, dorang tengah panaskan belon tue ngan api... memang bahang asmara duduk dekat ngan belon nie... tp yang aku pelik nya... kain belon nie takda lak terbakar... mungkin kain belon nie kalis api kot.... tue yang terbakar... hehhe



belon nie memang kena betul-betul kasi panas.. kalo tak panas.. takda nya dia nak naik.. dia relax je... so, kena la panaskan belon nie.. memang susah sikit....








so.. nie lah hasil nya.. berterbangan diatas awan putraja....

tp aku ada perasan satu belon nie... memang gempak dia punya design... lain dari yang lain la...






belon nie bentuk macam seluar jeans Levis.. memang unik... slalu belon bulat je bentuk... hehe






kepala star wars... memang lain dari yang lain... tapi... tak naik-naik.. aku pon tak tahu kenapa.. mungkin gas habis kot.. hehee

so... kalo aku cerita pon, korang tak dapat rasa kemeriahan nya.. nak rasa????? jom.. beramai-ramai kita serang putrajaya... memang best.. tak rugi kalo datang.... bawak awek boleh.. bawak famili pon boleh...

lokasi : depan Kementerian Kewangan (MOF)

waktu : 8pg - 7.00pm

banyak acara yang menarik...

jumpa di sana..... ahaks

»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, March 17, 2010

Sorry Sayang.. Abg Terpaksa curang.. ;-(

hmmm. i'm sori... (cam amer raja lawak tue ckp...hehe).... sy terpaksa curang ngan awk... bukan sebab sy tak sayang kat awk... tp...... sy perlukan perhatian yang lebih dari awk... sy faham... awk memang berikan perhatian awk kat sy... tp..... untuk seketika..... sy tak nak..... tidak mengapa la sayang... aku tetap kekasih hati ku.. tp yang ke-2 la... kerana kekasih pertamaku kini ialah




Relax2.... ini bukan entry jiwang k.... juz nak bg taw kat korang yang aku sekarang dah join advertlets.. mmg best dari nuff.. susah sikit awek nie nak tido.. asyik nak berjage je keje die... barulah berseri ckit blog aku nie.. hahha...


senyum ckit.. ahaks!!



susah nak tido la u nie... mesti byk minum kopi nie..huhu


tp.. bukan aku sayang kat nuff nie.. syg sgt2.. tgk la ape die buat di siang hari.... membuta je.. BGN2 KEJE!!!!


nuff zzzzzz......


tito lena.. =)


tp yang pelik nyer.. pas aku ketak jer iklan baru nie, nuff aku terus bgn... die taw kot yang die dah ade madu.. hahaha..


aku nyer nuff bgn, advertlets lak tido.. penat sgt tue keje.. tukar shif lak.. hehe



so... apa kata kalo kita cuba advertlets lak??? tak salah kan kita cuba sesuatu yang baru.... hehe
so kalo korang nak join advertlets nie.. sila klik disini
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, March 16, 2010

Rahsia T-Shit Korang...

Tahukah korang bahawa lukisan pada baju T yang korang pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka.

Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar korang. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja. heheh




aku pon tak tahu ape kene mengena ngan farbregas nie..



Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik


Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.


Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock



Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu.

Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.



Gambar Iklan


Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut.

Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.


Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan



Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal.

Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.

Gambar Kolej Atau Universiti

Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.


Lukisan Tangan

Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.

Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun



Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka.

Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.


Kemeja T Yang Ketat

Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.


Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak

Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.


Baju T Kosong



jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya.

Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah.



so... apakah rahsia t-shirt anda??? hehehe

kongsikan lah bersama sy.. ahaks ;-)
»»  BACA SELANJUTNYA...

Member blogger kami

»»  BACA SELANJUTNYA...

kenapa saya suka nuff sy???



















»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, March 15, 2010

Burj Dubai Di Sambar Petir?????

gambar-gambar nie aku dapat dari email aku.. ada seorang hamba allah nie yang kirimkan... mula-mula aku tengok agak terkejut jugak la... sama ada ianya realiti @ betul-betul barlaku atau ia sekadar gambar yang telah di adobe fotoshop kan...


Gambar 1




Gambar 2


Gambar 3






Gambar 4

so sama ada ia benar atau satu konspirasi teori kita nilai lah sendiri k...

p/s : jika ada persamaan gambar ngan enntry blogger lain, ia adalah satu kebetulan.. ini adalah information dari rakan kita..

epy blogging.. ;-)

»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, March 14, 2010

cara nak turunkan trafic blog anda

oh no!!!!!! tutorial aper lak nie????? korang mesti dah bosan kan dengar blogger tue citer pasal nak up kan trafic.. blogger nie pon nak citer nak up kan trafic.... takde pon aku dengar camner nak turunkan trafic....





maka.. dengan ini... dengan berbesar kepala nya aku... aku nak bagi taw sikit kat korang camner nak turunkan trafic lalulintas blog korang... apa yang tips kat bawah nie adalah apa yang bermain di minda aku...






LANGKAH 1 :

langkah pertama plg senang kalo korang nak downkan trafic korang.... senang jer... korang bukak blog otai2 kite.. pastu dengan berani nyer korang pon menkopi entry dorang dan dengan berbesar hatinyer korang mengepes (paste) lak kat new post korang....

"taniah... post anda dah berjaya di publish"

so.. korang just tgu jer dalam beberapa saat... pada mulanya korang kan dapat kuantiti trafic yang gempak.... may 100,200, mungkin beratus ratus... dan korang tunggu dalam beberapa hari lak... blog korang makin hari makin tiada blogger yang nak masuk... sape nak baca entry copy and paste......

LANGKAH 2

Tips ini boleh dikata kan berkesan juga la.. aku tak pernah terai lagi.. kalo krang nak tengok kesahihan langkah 2 nie.. korang leh try....

aku yakin setiap blog pasti blogger tue kan letak shout box.. apa lagi.. korang komen la.. korang jangan letak URL blog korang.. nanti blogger tue tak tahu sape yang komen panas kat die nie.. korang leh tulis camnie..

"ala... apa punya blog la... templates dah la cam gampang... tak cantik lak tue... setakat ambik kat templates nie kat en. Google boleh la.... bukak la blog aku... gempak... tak sehodoh blog ko... blog sampah masyarakat!!!! "

fuh!! berapi betul statement mamat nie... aku yakin.. pasnie owner blog tue kan wat entry baru pasal statement ko tue... hehehe

LANGKAH 3

Tips nie antara yang berkesan jugak la... bagi bloggger yang selalu komen entry blogger lain, korang leh post comment kat entry dorang tue.. tp ingat... jangan letak annaymous lak... post jer pakai google account korang.. korang leh wat ayat camnie..

"eleh... entry sampah.... tak menarik langsung aku bace.. entry camni nenek aku pon leh wat... blah la!!! sape yang bace entry sampah ko nie kompem die pon sampah gak... tengok entry aku.. mantap... cantik tertarik menarik ko memang da bom"

wah.... panas statement die nie... aku baca pon dah panas.... kalo korang nak tgk trafic korang pasnie naik ker turun korang leh la try post comment camtue.. ahaks

SO.. tips nie bukan lah untuk ditiru atau mengajar blogger menjadi blogger yang tak bagus.. ia sekadar mengingatkan kepada diri aku dan korang supaya tidak melakukan antara perkara-perkara di atas...

EPY BLOGGGING.... ;-)

»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, March 13, 2010

blogwalking?????





Pagi tadi ada seorang minah masuk blog aku. Dia ada tinggalkan message yang mengatakan aku blogwalking. Tapi aku dah delete msg dia sebab bagi aku msg dia ada unsur2 perli. Lantak ko lah minah. Kalau ko sedang baca entry nie bermakna ko pon blogwalking juga :D Kepada sapa2 yang tak tau maksud blogwalking, berikut adalah takrifan blogwalking mengikut hasil "pemblogwalkingan" dan pemahaman aku :-)


Maksud


- secara SEMPOInya, blogwalking adalah aktiviti "berjalan2" ke blog lain.


Kebaikan


- luas pengetahuan terutama isu2 yang selalu diblogkan

- menambah kenalan di kalangan blogger

- dapat mempromosikan blog dengan meninggalkan URL blog pada komen

- menjana lebih banyak pendapatan kepada blog yang "sedut" duit


Keburukan

Aku nak highlight kan satu je lah keburukan nya iaitu CETAK ROMPAK !!! Kepada sapa2 yang suka copy dan paste bahan2 yang ada dalam blog orang lain, kalau boleh bagi lah kredit sikit kepada tuan punya blog tue. Bukannya kena bayar pon.

Aku sendiri pon memang selalu ambil artikel kat blog orang. Almaklum lah. Aku rajin blogwalking dan banyak benda2 menarik yang aku jumpa. So aku paste kat sini supaya boleh kongsi dengan korang semua. Tapi aku tak lupa bagi kredit kat author nya. Siapa yang selalu masuk blog aku nie mungkin perasan kot. Kecuali artikel2 yang aku ambil kat forum sebab kebanyakkan artikel kat forum tak dapat di pastikan sapa penulis artikel tersebut yang sah. Kira macam harta awam lah. Sapa2 pon boleh guna :D

Pesanan aku, jadilah blogger yang beretika. Bukan susah nak kesan orang yang cetak rompak apa2 yang ada dalam blog aku nie :D




So.... berwalking lah selalu k...


EPY WALKING.. ;-)

»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, March 11, 2010

cuba test try... apakah pandangan orang lain terhadap anda????

soalan-soalan nie aku dapat dari kotak surat aku.. aku dah try jawab da.. so, kalo korang free.. korang jawab lak ea..??


chaiyok2..!!.. ;-)



Walaupun anda seorang yang yakin dan penuh dengan semangat waja dalam menempuh liku-liku kehidupan, saya pasti ada saat-saatnya anda akan terfikir tentang pandangan orang lain terhadap diri anda.

Sebagai contoh, adakah anda dilihat sebagai seorang yang yakin dan juga bersemangat waja atau pun mereka yang di sekeliling anda melihat anda sebagai seorang yang sombong dan suka menunjuk-nunjuk kehebatan di khalayak ramai?

Memang benar, kita tidak patut berfikir terlalu banyak tentang orang lain dan juga persepsi mereka tentang diri kita. Malah, kitalah sebenarnya yang lebih mengenali dan mengetahui segala yang tersirat dan tersimpan di hati sanubari sendiri. Tapi, apa pula pandangan orang lain? Tentunya kemusykilan itu sentiasa ada! Sila pilih 10 jawapan yang paling releven dengan cara dan gaya hidup anda ketika ini:



1. Selalunya anda berasa aktif dan bertenaga pada waktu…



a. Awal pagi.

b. Tengah hari dan awal petang.

c. Lewat malam.



2. Bila berjalan, adakah anda bergerak…



a. Dengan pantas, mengambil langkah besar.

b. Dengan pantas, mengambil langkah kecil yang laju.

c. Agak perlahan, dengan memandang yakin terus ke hadapan.

d. Agak perlahan, dengan kepala ditundukkan ke bawah.

e. Dengan perlahan dan berhati-hati.



3. Bila sedang berbicara dengan seseorang, adakah anda selalu…


a. Berdiri dengan memeluk tubuh.

b. Berdiri dengan menggenggam tangan.

c. Meletakkan tangan di sebelah paha.

d. Menyentuh orang itu dengan perlahan.

e. Menyentuh telinga, dagu atau rambut sendiri.




4. Bila sedang berehat dan bersenggang, adakah anda selalu duduk…


a. Dengan lutut yang rapat bertemu.

b. Dengan bersilang pangku.

c. Dengan melunjurkan kedua-dua kaki ke hadapan.

d. Dengan sebelah kaki ke hadapan dan satu ke belakang.



5. Apabila seseorang berjenaka dan ianya menggelikan hati, adakah anda…


a. Ketawa besar dalam gembira.

b. Ketawa kecil dan tersenyum.

c. Ketawa kecil yang tidak begitu mesra.

d. Senyum simpul yang bersahaja.



6. Apabila anda dijemput ke majlis keramaian atau upacara formal, adakah anda…


a. Membuat kecoh atau riuh supaya semua orang memerhatikan anda.

b. Diam-diam mencari kenalan atau teman rapat anda untuk bersembang.

c. Cuba menyorok dari kelihatan di majlis atau upacara itu.



7. Anda sedang bekerja keras, memberi sepenuh perhatian dan tiba-tiba saja anda diganggu, apakah reaksi anda?


a. Senyum dan cuba untuk bertenang.

b. Berasa amat geram dan mula marah.

c. Cuba untuk menenangkan diri dan bersabar.



8. Di antara warna-warna di bawah, yang manakah paling anda minati?


a. Merah atau jingga.

b. Hitam.

c. Kuning atau biru muda.

d. Hijau.

e. Ungu gelap atau ungu terang.

f. Putih.

g. Coklat atau kelabu.



9. Sebelum tidur setiap malam, apakah cara anda ‘menggayakan’ badan anda?


a. Terlentang dan memandang ke atas.

b. Meniarap dan menyembamkan muka ke bantal.

c. Tidur mengiring seperti anak kecil.

d. Kepala di atas sebelah tangan.

e. Kepala di bawah selimut.



10. Di antara tema di bawah, apakah tema mimpi yang paling kerap anda alami?


a. Mimpi anda sedang terjatuh.

b. Mimpi anda sedang berkelahi.

c. Mimpi sedang mencari sesuatu atau seseorang.

d. Mimpi anda sedang terbang melayang-layang.

e. Anda seorang individu yang jarang bermimpi ketika sedang tidur.

f. Mimpi-mimpi anda semuanya elok serta membuatkan anda lena.





MARKAH:


S1. (a) 2 (b) 4 (c) 6

S2. (a) 6 (b) 4 (c) 7 (d) 2 (e) 1

S3. (a) 4 (b) 2 (c) 5 (d) 7 (e) 6

S4. (a) 4 (b) 6 (c) 2 (d) 1

S5. (a) 6 (b) 4 (c) 3 (d) 5 (e) 2

S6. (a) 6 (b) 4 (c) 2

S7. (a) 6 (b) 2 (c) 4

S8. (a) 6 (b) 7 (c) 5 (d) 4 (e) 3 (f) 2 (g) 1

S9. (a) 7 (b) 6 (c) 4 (d) 2 (e) 1

S10. (a) 4 (b) 2 (c) 3 (d) 5 (e) 6 (f) 1



JIKA anda mendapat lebih dari 60 Markah:

Orang lain memandang anda sebagai seseorang yang sukar untuk didekati dan difahami. Anda amat sombong dan berlagak serta bertendensi untuk menjadi dominan dalam sesebuah perhubungan. Mungkin orang lain kagum dengan kebolehan anda namun agar sukar untuk mereka menerima dan mempercayai anda.



JIKA anda mendapat di antara 51 hingga 60 Markah:

Anda dipandang sebagai seorang yang berperwatakan menarik dan juga seorang pemimpin semulajadi. Namun personaliti anda kurang stabil dan anda selalunya membuat banyak keputusan yang salah dalam hidup. Orang lain kagum dengan keberanian anda dan mereka suka berkongsi kisah hidup anda yang selalunya menarik.



JIKA anda mendapat di antara 41 hingga 50 Markah:

Orang lain memandang anda sebagai seorang yang mudah berjenaka, senang berbincang, praktikal dan mempunyai daya tarikan semulajadi. Personaliti anda yang seimbang membantu anda menjadi seorang yang baik hati, memahami dan seorang individu yang akan sentiasa cuba menolong dan menggembirakan orang lain.



JIKA anda mendapat di antara 31 hingga 40 Markah:

Di mata orang lain, anda seorang yang berhati-hati, stabil dan praktikal. Anda juga seorang yang lazimnya bijaksana dan mempunyai banyak kelebihan namun anda mungkin riak dengan kemampuan anda. Seorang teman yang setia, anda menaruh kepercayaan yang tinggi kepada teman-teman rapat namun anda akan membenci mereka hingga mati jika anda dikhianati.



JIKA anda mendapat di antara 21 hingga 30 Markah:

Anda dipandang sebagai seorang yang sukar diajak berbincang, sukar membuat keputusan, suka berfikir dan bergerak perlahan serta anda lebih suka menganalisa keputusan orang lain dari membuat keputusan anda sendiri. Kerana terlalu berhati-hati, anda lazimnya dilihat sebagai seorang invididu yang menjemukan dan tidak menarik.



JIKA anda mendapat kurang dari 21 Markah:


Orang lain memandang anda sebagai pemalu, cepat risau, sukar membuat keputusan, dan lebih suka jika orang lain melakukan sesuatu untuk anda kerana sifat semulajadi anda yang pasif. Kerana terlalu mudah risau, masalah kecil akan anda perbesarkan sekaligus anda akan menyakitkan hati orang lain. Hanya teman-teman yang paling rapat dapat mendekati anda.



so.. brape markah korang??? kongsi2 la.. hehe....


»»  BACA SELANJUTNYA...