HuzairieHusinBlog: Sehari Selepas Kehilangan Arwahyarham Din Beramboi

Saturday, April 3, 2010

Sehari Selepas Kehilangan Arwahyarham Din Beramboi

salam...


tepat jam 12.30 am nie.. genap la sehari kita kehilangan pelawak yang berperangai agak gila dan hebat.... arwah telah dikebumikan di tanah perkuburan islam taman ehsan kepong lebih kurang pukol 11.30 pagi tadi..








Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan. Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.


Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah. Ramai rakan artis serta selebiri yang telah memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham. 

Antara yang hadir adalah Aznil Hj Nawawi, Rosyam Nor, Afdlin Shauki, Zaibo, Zizan, Nabil, Faizal Tahir, Bunkface, Mawi Ekin, Sharifah Shahirah dan Ijoy Azahari, Shuib & Mamat Sepah, Sarah Raisuddin, Hairi Anak Wayang, Alex RL4, Caca RL4, Angah RL, dan Man Belon RL2. 







Berita Terdahulu

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: 

Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi. 

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010. 

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan bersempadan dengan kawasan Frim sebelum solat Jumaat, manakala Solat Jenazah pula akan dilakukan di Masjid Al-Faizin Taman Ehsan pada jam 11 pagi ini. 

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina Adiba,18, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain Syuhada, 6.


sori la... aku tak dapat nak upload video di majlis perkebumian arwah... korang boleh link terus dari sini..



p/s:  takziah kpd keluarga arwah.... kami turut merasakan kehilangan arwah... 


##kredit kepada murai dan budiey ##






7 orang gemar komen entry aku:

  1. gua dengar era harini rasa sayu je. gua syak paknil bakal benti jadi dj la. dia kate kaki die dah patah sebelah.

    al-fatihah.

    ReplyDelete
  2. masih dalam keadaan terkejut dan tak percaya lagi .
    tapi ini benar2 hakikat yg perlu kita terima biarpun dalam kepahitan .

    Al-Fatihah buat Allahyarham..

    ReplyDelete
  3. I jarang dengar Era FM tp kdg2 bila sinar fm siar lagu x best i tukar channel. terdengar la lawak pak nil n arwah. tumpang gelak sakan. tapi pas ni x dpt lagi la dengar lawak sebegitu. sedih la... tapi sudah tertulis hayat abg din terhenti di situ. Allah Yang Maha Berkuasa.

    P.S. daddy pun dah follow blog u yg kelas gitu ni.

    ReplyDelete
  4. al fatihah

    semua terasa kan kehilangan dia

    ReplyDelete
  5. ;( hilang penghibur yang baik...

    ReplyDelete
  6. Tanda-tanda akhir zaman,kematian orang-orang baik secara tiba-tiba.

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)