HuzairieHusinBlog: August 2010

Tuesday, August 31, 2010

MEMEY DAN NORMAN TUNANG RAYA KEEMPAT?

Salam dari zairie


salam merdeka kepada korang semua... cuti cuti dan cuti lagi... biasa la.. cuti merdeka.. hehe.. ok... korang ada baca tak tentang memey dan norman nak tunang raya keempat nie?? wah.. dah lama jugak tak dengar cerita pasal dorang nie.. lama la jugak.. ada la dalam 3 hingga 4 bulan.. lama tu.. aku yang tak dengar cerita dorang nie 3 hingga 4 bulan.. korang tak tahu la berapa lama.. hehe...




SUMBER : HARIAN METRO



Kalau norman dan memey dah nak bertunang ok la.. tak da la dorang nak cerita benda tak elok kat mereka nie... manusia nie bukan semua perfect.. kan?? yang lepas tu jadi kan pengajaran dan kekuatan untuk menempuhi hari yang mendatang yang penuh dengan pancaroba... (berfalsaf lak..)...


tak nak cerita banyak banyak dah.. kalau memey dan norman nie jadi tunang.. aku doa kan semua berjalan dengan lancar la.. tiada masalah dan harap akan sampai ke jinjang pelamin hendaknya... bila tu? itu kena tanya norman sendiri.. hehe




cerita lanjut -----> HARIAN METRO


Assalamualaikum..
»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, August 30, 2010

BAHANA MAIN MERCUN | DIMANA SILAPNYA?

Salam dari zairie..


bila musim raya je, tak kesah la sama ada raya puasa ke, raya cina ke, deepavali ke, mercun nie dah macam satu kewajipan dah.. ibarat penyambut sesuatu yang dinantikan... kalau kita fikirkan balik, memang la best bila main mercun nie.. boom sana, boom sini.. bila dah putus jari, putus urat.. mula nak menunding jari antara satu sama lain.. itulah kita... hm..

banyangkan lah.. yang cedera pasal kes main mercun nie bukan calang calang dia nya injured.. paling cikai  pun jari terkena api dari sumbu mercun tu.. tu pun sakit gak tu... mahu nya isap jari nanti... kalau nak lagi hebat pun ada gak... kes mati.. ini memang hebat la dorang nie main.. dorang main perang-perang ke sampai jadi camnie.. huhu..


ok.. kita dalam kampen NO MERCUN..!!!





Bercakap pasal kampen nie, rasanya dah banyak dah kampen yang kerajaan buat.. kampen dalam televison la, radio la.. tapi hasil nya?? rasanya makin tinggi kot.. di mana silapnya?

kalau korang perasan la kan, yang main main mercun nie banyak dikalangan budak budak.. dalam linkungan 4 tahun hingga 12 tahun... kanak kanak ribena lagi la.. huhu... kalau korang perasan jugak la kan, yang ada kes putus jari ke, mati ke pasal main mercun nie pun di kalangan kanak kanak gak... ke memang dah ditetapkan yang meriam buluh untuk orang dewasa dan mercun untuk kanak-kanak..?? hehe

time time raya nie la kes mercun nie famous.. lihat saja lah kat akhbar.. pasti adanya la.. tipu la kalau takda.. kan?? buktinya?? ini buktinya :D





ok.. cuba korang perhatikan gambar di bawah nie?? kesian kan kat adik nie.. dah nak raya injured lak.. nie pasal kes main mercun la nie.. huhu









kesian kat adik yang baju biru tu.. tengok la jari dia.. tu baru skit dik.. bersyukur la tak kena teruk sangat... ok.. adik yang tengah terbaring nie pulak.. hmmm... nampak macam serious.. nie kalau tak kena mercun ketupat, mercun bola... bunga api dah confirm mustahil nya.. hehe.. tak pe la adik.. benda dah nak jadi kan.. pengajaran : lepas nie jangan main mercun lagi.. :D


DIMANA SILAPNYA??

bagi zairie dorang nie cakap cam tak serupa bikin... suruh orang lain jangan buat.. tapi dorang yang buat... misalnya, tengok saja lah kalau sambut merdeka malam nie, pasti nya ada bunga api.. tahun baru tahun ni, pun ada bunga api.. ke ada mercun tertentu boleh main... 


korang tengok la gambar di bawah.. meriahkan??




bunga api dia memang la.. terpesona aku melihatnya.. ahaks.. tapi, pernahkah krang terfikir, cam na kalau percikan bunga api tu terkena kat korang..?? korang nak saman sapa??? saman kerajaan?? kerajaan pun approve benda nie.. saman la pengedar mercun.. sapa suruh dorang edar mercun.. kalau dorang tak edar mercun tak da nya mercun nie ada kat pasaran.. hehe....




ok lah.. tak perlu la main mercun ke, bunga api.. mercun pop pop tu pun tak payah main.. hehe... kan membuang duit namanya tu.. menabung kan lebih baik.. hihihi...

assalamualaikum

»»  BACA SELANJUTNYA...

BLOG ANDA BEST.. TAPI LAGI BEST KALAU TIADA MUZIK

Salam dari zairie

orang selalu kata, " muzik adalah sebahagian daripada hidup "... kalau muzik dah sebahagian daripada hidup, sebahagian lagi untuk apa yer?? ada gak orang kata, " no music no life
cewah... no music no life tu... memang dah gila sangat dah dengan muzik nie.. pendek kata, makan muzik, tidur muzik, mandi muzik, segalanya muzik la....

bukan nak cerita pasal muzik.. tapi aku mewakili sebahagian daripada bloggers yang tak berapa gemar sangat la pada muzik yang ada kat blog.. bukan tak suka ye.. tak gemar je.. hehe....









aku bila berblog nie, aku suka terjah blog orang sambil dengar lagu favourite aku... rahsia la lagu favourite aku.. itu next post aku cerita.. hehe... biasa la, bila tengah layan lagu jiwang sambil dibuai perrasaan semalam terkejut beruk lak aku bila bukak blog sahabat blogger aku.. selamart aku takda penyakit lemah jantung ke, jantung berkudis ke.. kalau tak... jom jumpa aku kat ICU.. 


tak salah nak pasang muzik.. tapi berpada pada la... jangan la korang pasang lagu heavy metal nya.. tahap black metal la... pergi pasang lagu My Chemical Romance la, slipnot la... perrgghhh.... terkejut aku.. dah la high volume lak tu......


ok.. aku nak bagi kat korang sikit pada yang ada pasang muzik kat blog korang nie.. kira tips la... hehe..



  1. aku dengar kadar segera + belas kasihan terus pangkah or close terus blog tu
  2. jejak aku tak da kat blog korang ( rujuk no 1 )
  3. entry korang yang tahap best tu tak sempat aku nak baca.. kempunan aku.. aku nak baca entry korang sambil dengar lagu aku.. not your song.. =)
  4. tak sempat aku nak teliti blog korang nie blog pasal apa.. mana taw blog yang aku cari selama nie ke, leh la aku singgah lagi.. uhuk2.
  5. dan sebagainya. hehe

aku rasa, bukan baru sangat la benda nie.. dah banyak dah aku jumpa tips2 blogging dari orang lama berbblog nie.. "tak perlu muzik pada blog".. sebab bukan semua pembaca suka lagu yang kita pasang tu... ok....

yang baik anda ambil la.. tak kesah la korang cakap " blog aku, suka hati aku la.. ada aku kesah..??? " apa boleh aku katakan :




NO MUSIC IN BLOG



SHARING IS CARING...


assalamualaikum...







»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, August 29, 2010

DIMANAKAH SEMANGAT KEMERDEKAAN KITA?

Salam dari zairie..


firstly aku nak tanya, apa maksud atau erti kemerdekaan pada diri korang?? merdeka sebab dah habis exam??? kalau ikut orang orang lama, kira otai la.. dorang kata merdeka ni bebas daripada penjajah... ya... memang la kalau dari segi zahirnya, memang kita bebas daripada penjajah.. kalau dari  segi batin nya pulak camna??? bagi aku, kita memang belum 100 % merdeka... banyak dah orang barat nie dah jajah kita... yang paling berkesan dorang dah jajah minda kita...


ok.. cukup aku merepek kat situ... nie aku nak kongsi dengan korang semua pasal semangat kemerdekaan... bagi aku, dah nak dekat 31 ogos. cam tak apa apa je berlaku.. senang cerita tak rasa la semangat kemerdekaan tu..  kadang kadang terfikir juga... kenapa ye jadi camni??? salah cikgu cikgu yang mengajar sejarah kot time sekolah dulu.. mana tak nya, time sejarah je mata dah tutup... dah menguap... aku rasa, dalam banyak banyak subjek, sejarah la paling lena kalau aku tidu.. hehe....


ok... cuba korang perhatikan gambar ni betul betul... apa yang korang fikirkan..???










apa yang aku dapat rumuskan, brother lori tu jer yang semangat kibarkan bendera malaysia.. kereta lain memang susah la nak jumpa... boleh bilang dengan jari... persoalannya, mahal sangat ke bendera malaysia nie...?? ke dorang tunggu dapat bendera percuma.. =)



ok.. cuba korang perhatikan gambar nie pulak.. cuba korang kira, berapa banyak kah bilangan kereta yang pasang jalur gemilang kat kereta dorang nie???






tak da kan?? aku tak nampak langsung.. yang ada pun kat tiang tu ha... tu pun satu.. mungkin belum 13 ogos lagi kot...


ok ok.. cuba korang perhatikan kedua dua gambar nie pulak... apa yang krang fikirkan???








kalau korang tanya aku apa yang aku fikirkan dan nampak... KOSONG.... korang tengok je la kat tiang tiang tu.. ada nampak bendera malaysia tak??? untuk pengetahuan korang, gambar nie aku ambil pada 27hb ogos 2010 di KUALA LUMPUR..!! 

kuala lumpur beb! ibu negara malaysia... tapi kenapa cam kosong je KL nie.. takda pun bendera.. bagi aku, KL nie la patot paling meriah sekali sambut kemerdekaan... bukan la apa pun.. cuma kecewa sikit la... kalau korang bilang dengan jari pun, tinggal bape hari je lagi nak sambut kemerdekaan kan???  


hm... apa apa pun... jangan lah sampai camni.. sampai tak kesah..  ok la... untuk pengetahuan korang, tema merdeka pada tahun nie..



"1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"


Harap harap betul la menjana transformasi.. jangan indah khabar dari rupa...


assalamualaikum..












»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, August 28, 2010

BAZAR RAMADHAN PUTRAJAYA | ANDA PATUT PERGI

Salam dari zairie


bila ramadhan tiba, sudah pasti lah bazar ramadhan ni akan ada nya.. comfirm la ada... senang juga kalau ada bazar nie.. kalau makcik makcik ke, anak anak gadis kat luar sana yang tiada mood nak masak, boleh la pergi cari makanan untuk buka nanti.. tunjuk je nak makanan mana.. ada duit, semua dapat.. hehe...




ok.. hari ini aku nak cerita sikit pasal bazar ramadhan kat putrajaya nie... walaupun dah pertengahan ramadhan, aku tetap  nak cerita jugak... pasal apa kat putrajaya?? sebab semalam aku singgah bazar kat sana.. memang ramai gila orang.. dah macam jom heboh lak.. =)






Semalam time aku sampai pon memang dah sesak dah orang... aku pergi dalam pukul 6.. lebih kurang la... nasihat aku kalau korang nak pergi, datang la awal sikit.. kalau tak jenuh beratur la korang... makanan kat sana semua sedap sedap... tak kan ada kat tempat lain nya... =)


ok, korang perhatikan gambar nie betul betul... cuba kira berapa bilangan orang dalam gambar nie...





dah kira..???? memang tak kira kan.. aku sendiri pun tak dapat kira... tengok la gambar kat atas nie betapa meriah nya bazar kat sini.. 


tapi.. aku ada tertarik dengan satu kedai kat bazar nie.. kedai char kuew tiaw... memang ramai orang kat kedai brother nie.. jenuh aku tunggu.. tapi memang tak menyesal la tunggu.. dia punya char kuew tiawm memang.... perrrrgghhh... layan......






char kuew teow D' Putra... kalau korang pergi nampak banner nie... ha... sudah tepat la tu.. memang anda patot cuba.. kalau tak cuba, kira tak lengkap la korang pergi bazar tu... nak kata makanan brother nie mahal tak da la.. standard je.. belum modified lagi... RM 3.50... Bak kata kandar " memang berbaloi.."




betapa sibuk nya brother nie wat keje... brother nie kena bayar aku nie tak pun belanja char kuew teow satu.. sebab promote dorang nyer char kuew teow kat blog aku.. hehe...


ok.. selamat ke bazar...

assalamualaikum


»»  BACA SELANJUTNYA...

TAMAN CEMPAKA DAN LELAKI BERTELEKUNG : APA KAITANNYA??

Salam dari zairie..


terkejut gila la bila baca kosmo pagi nie... bukan terkejut apa, terkejut pasal kes culik yang lelaki bertelengkung tu... takda lah masalah kat situ, masalanya kes culik nie berlaku dekat dengan taman rumah sewa aku.. taman cempaka..!!! gila lah.. aku ingat selamat kat sini... ish3... bahaya betul... 





berita lanjut ---> kosmo


macam macam kes sekarang nie.. kalau dulu kat taman cempaka nie masalah banjir, sekarang nie yang terlatest masalah kes culik pulak.... tapi alhamdulillah lah mamat yang culik tu tak wat pape kat budak tu... 

apa yang aku nak bagi tahu.... meh sini.. duk rapat2 sikit... aku tahu rumah nie nombor berapa, sari berapa... sebab aku pernah nampak rumah nie... hehhe...  nak tahu kat mane rumah nie... apa lagi.. google map la jawapannya... =)


nasihat aku kepada diri aku dan korang semua, walau dimana kita berada pun, berhati hari lah... kita tak tahu apa yang akan berlaku kat diri kita kelak.. k.... 


assalamualakum...


»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, August 27, 2010

NUZUL QURAN DAN SEKADAR RENUNGAN DI HARI JUMAAT

Salam dari zairie...

sedar atau tidak, pada hari ini 27 ogos 2010 adalah hari nuzul quran.. tapi adakah kita sebagai orang muslim faham atau maksud disebalik nuzul quran nie?? sebenar nya aku sendiri pun masih lagi samar samar mengenai pengertian nuzul quran... maka, google search la jawapannya.. =)

maka ini lah yang aku dapati... sama samalah kita baca dan hayati...





Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

credit to islam


tadi masa berfacebook, tertarik untuk membuka foto yang di tag dalam facebook...  









kadang kadang kita terpernah nak kaji semua nie.. dan mengangap ia sebagai satu kebetulan.. macam tu jugak aku.. kalau dorang tak tag pic nie dalam facebook.. tak kan ku tahu semua nie.. hehe... orang kata yang baik kita sama samalah kongsi...

kalau korang nak share pun, sangat lah aku alu alukan.. untuk memberi info kepada mereka yang belum tahu lagi. =)


assalamualaikum

»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, August 26, 2010

BOMOH DAN SEKS

Salam dari zairie..

seks??? apa tu??? korang tahu ke seks tu ape??? ok... aku tahu seks tu apa, tapi aku malas la bagi tahu.. nanti kontroversi lak.. hehe.. kalau korang nak tahu apa maksud seks tu, boleh la search kat google.. =)


sekarang nie, macam macam bomoh ada.. bomoh nonbor ekor, bomoh sup ekor, bomoh itu la, ini la... korang cakap je nak bomoh dalam bidang apa... semua ada...  " dunia kan dah maju ..."
ok lah... tadi baca satu artikel yang tak sedap di dengar.. pasal bomoh rogol budak bawah umur nie... nie aku olah cara aku sendiri la.. nak baca pasal bomoh rogol budak tu, boleh lepak kat sini..


sekadar gambar suka suka



dunia sekarang nie macam macam.. kalau dulu tu.. masa KLCC tiada lagi la.. aku percaya la jugak .... selalunya apa yang aku tahu, orang jumpa bomoh nie, nak halau hantu dalam badan... tapi sekarang nie dah lain dah.. bomoh tu yang dah jadi apa... yang nie memang bahaya... dulu duk sibuk halau halau hantu tu, tengok.. hantu tu dah masuk kat dalam badan dia... bahaya ooooo..... sapa nak jawab??? huhu....


masalah nya, bomoh dah la di kalangan warga emas... pendek kata " kubur kata come baby come, rumah kata blah la ko dari sini.. bosan aku tengok muka ko..."
dah tua tua pun nak menggatal lagi.. dah la target budak budak lak tu.. budak bawah umur... nanti kalau budak tu dah mengandung, mula la ada kes pembuangan bayi lak... masyarakat...

aku rasa yang pasal kes budak 12 tahun ketagih seks yang berlaku kat kedah tempoh hari ada kena mengena la ngan kes nie.. yela... budak tu dah rasa diri dia tak berguan lagi dah.. tu yang jadi macam tu..

sekarang nie, masalah nie dah jadi macam satu tren dah.. kita sebagai orang malaysia nak tak nak kena gak take serious isu nie.. kalau tak cegah sekarang bila lagi kan??? so... bersama la kita berganding bahu...


assalamualaikum..
»»  BACA SELANJUTNYA...

MALWARE | SEKARANG NI MUSIM MALWARE?

Salam dari zairie...


hari ni rasa macam terlampau banyak sangat aku blogwalking... kejap ke timur, kejap ke utara.. selatan ngan barat je tak sempat nak singgah lagi.. sebab ape?? bukan tak sudi.. tapi dah penat la.. biasa la.. bulan puasa kan kena banyak guna tenaga.. ingat senang ke menahan segala nya di siang hari.. hehehe...




ok.. berbalik kepada tujuan asal aku.. masa tengah layan blogwalking.. banyak sangat blog yang tak boleh masuk... bukan pasal berat ke apa.. tapi pasal blog tu kena malware.. banyak sebabnya blog kena malware.. tak pa.. nanti kita bincang satu persatu.. =)








ok.. sebelum tu, lebih baik aku tunjuk kan beberapa blog yang aku tak dapat masuk sebab masalah malware nie.. frust dowh tak dapat masuk.. baru nak baca entry sahabat-sahabat blogger.. huhu....










lebih kurang macam ni lah bentuk dia.. awal-awal dah tulis warning da... AMARAN..!!!..  terang terang kat situ dia dah tulis dah...


" JUST VISITING A SITE THAT CONTAINS MALWARE CAN EFFECT YOUR COMPUTER "


dia dah bagi tahu dah kalau bukan site yang ada malware nie, ia akan memberikan kesan kepada pc kita... 

sebelum tu aku nak tanya sikit... malware tu apa???? kita dok sibuk pasal malware ni.. apa benda nie... apa kejadah nya semua nie???? fuh..!!! dah macam edisi siasat lak.. hehe


ok... definisi malware....

"Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna."


ok tu lah maksud dia.. tapi, nie ada sedikit maklumat tambahan yang aku dapat dari lawan web kerajaan sabah.. credit to you =)


Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian.  Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian.  Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.  Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta. 

Salah satu Malware yang mula-mula disebarkan adalah cecacing yang telah direka oleh seorang pelajar Cornell University, Robert Morris pada tahun 1998.  Tujuan asalnya ialah untuk latihan bagi menguji dan mengukur saiz Internet.  Namun telah berlaku kesilapan dalam pengekodan menyebabkan cecacing tersebut telah berupaya menyalin semula dan tersebar meluas ke beribu-ribu komputer di seluruh dunia. 

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan.  Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Pengguna selalunya tidak sedar, bahawa sebahagian perisian yang dimuat turun dari internet yang digunakan sebenarnya adalah merbahaya kerana penyamaran yang dilakukan. Teknik inilah yang telah digunakan oleh kebanyakan virus trojen. Teknik yang dikenali sebagai ‘rootkits’ menawarkan penyembunyianMalware daripada pengetahuan pengguna dan menghalang daripada dikesan oleh program anti virus. 

Kemunculan lebih banyak rangkaian sosial seperti YouTube, MySpace, facebook dan sebagainya akan menggalakkan lagi penyebaran Malware
. Penyebaran ini juga boleh berlaku melalui pautan pada ruangan forum, sembang talian, pautan video dan ruangan berita. 

Malware
 akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.





bahaya kan malware nie??? so, terpulang kepada kita nak masuk ke tak site tu.. tapi kalau ada member member blogger kita kena malware, better kita inform kat dia.. mungkin dia boleh buat tindakan lanjut...

ok lah.. kalau aku nya blog kena malware, korang inform la aku gak ye.. dunia internet nie macam macam boleh berlaku...


assalamualaikum...




»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, August 25, 2010

APABILA LELAKI DAH BERBINCANG PASAL KAHWIN

Salam dari zairie...

apa lah zairie nie dok merepek pasal kawin nie.. ok ok.. ni bukan zairie nk yang bercerita pasal kawin kawin nie.. zairie lambat lagi.. tengah mengupul duit.. cewahh.. hehe... hari nie kalau tengok, banyak sangat kes kena tangkap basah la, tangkap kering la.. so, kalau dah kena tangkap nie, dah comfirm comfirm la kena kahwin.. persoalannya, dorang nie dah bersedia ke nak menempuhi alam perkahwinan nie.. oooo... banyak tanggungjawah yang harus di pikul oleh seorang lelaki nanti.. hehe






SEKADAR GAMBAR HIASAN



Bila dengar member member aku berdebat pasal kahwin nie, seronok lak aku dengar.. ada member aku sorang nie cakap, " kalau sekarang nak kawin, paling koman pun kena ada dalam rm 20000.... minimum tu.. "....

gila la... rm 20000 tu..!! mana aku nak cari duit banyak camtu.. pinjam Ah Long??? oh tidak sama sekali... walaupun slogan ah long " kami bukan ah long... kami cuma mahu tolong.." aku tetap tidak mahu pinjam... walaupun seposen... ada ke orang nak bagi pinjam seposen?? hehehe

bila fikir balik, memang tak cukup pun rm20000 tu... mana lagi duit tunang la.. merisik la.. belanja belah perempuan la... fuh... leh  botak kepala walaupun dah memang botak dah... hantaran tak mahu yang up town ke, down town ke... nak yang branded nyer... gucci la, itu la.. ini lah... yang sale tak mahu... barang reject kata nya... huhu....

kalau pasal tunang lak, yang lelaki dok fikir cincin tunang... nak yang ada batu la.. batu apa aku tahu la.. sebab aku tak pernah pakai cincin.. hehe.. batu kapur kot.. ooppss..... pasal tunang nie gak, pihak perempuan better bagi la kat geng lelaki nie hantaran yang tidak membebankan... nie tidak.. satu serba hangus... memang hangus la laki tu.. dah tak nampak apa dah.. 


nie belum masuk lepas dah kawin.. tak nak lepak rumah mak... mesti nak duduk rumah sendiri.. fuh.. duit lagi.... nak cari rumah sewa la, barang- barang dapur, perkakas rumah, katil la.. itu la, ini la.. malam malam tak kan nak tido atas lantai lak?? huhu.....


kalau dok bercerita pasal kahwin nie memang tak kan habis nya.. belum cerita pasal bab raya lai... yang nie, nanti nanti la kita cerita... bab 2 lak.. hehe...

ok lah... kalau nak kahwin tu, pastikan lah dah betul betul ready baru la fikir.. =)




camnilah seronoknya kahwin.. sekadar gambar hiasan




assalamualaikum...
»»  BACA SELANJUTNYA...

DOWNLOAD DRAMA EPILOG SYURGA CINTA -EPISODE 13-

download drama epilog syurga cinta episod 13




PART 1

PART 2


DOWNLOAD EPISOD SEBELUMNYA DI SINI



»»  BACA SELANJUTNYA...

APA SUDAH JADI DENGAN FERRARI

Salam dari zairie..


wah.. hangat tajuk nie... Tajuk je la.. tak kesah la hangat ke tak.. yang penting, aku nak cerita gak... tadi masa selak selak surat khabar metro, tertarik lak cerita pasal ferrari nie... ferrari terbakar tu...!! gila la.. selalu nya kereta macam nie lah yang paling susah orang complain dari customers dorang nie.... Sepanjang tiga bulan lalu, enam kereta Ferrari 458 Italia yang berkelajuan 320 kilometer sejam itu terbabit dalam kemalangan, tiga terbakar dan satu lagi musnah dalam kebakaran sebuah gudang. 320 km/j .. korang bayangkan lah macam mana punya laju kereta nie....



SUMBER : GOOGLE


kalau korang nak  tahu, harga ferrari berharga lebih kurang RM850 000..!!! sanggup ke nak beli???? macam membazir pun ada jugak... hehe....

nak tengok macam mana kereta ferrari terbakar?? jom selidik gambar nie...




SUMBER : HARIAN METRO



SUMBER : HARIAN METRO



takpa.. aku faham apa perasaan mamat kat gambar atas tu.. menangis tak berlagu.. hehe... tak payah ferrari la.. kalau LC korang kene rembat ke, or terbarai kat jalan raya, dah pusing dah kepala...  dok fikir nak tukar macam macam.. hehe...


setuju sangat-sangat dengan dasar kerajaan..  " BELI BARANGAN MALAYSIA " ... Bukan apa.. kalau ada masalah apa apa, spare part senang cari.. hehe

ok lah... assalamualaikum..

»»  BACA SELANJUTNYA...

ADIK WAN NUR FADHILAH TAK HILANG??

Salam dari zairie..


tadi masa melawat blog kawan-kawan, tertarik pulak satu entry pada blog saudari ani.. dia cakap adik wan nur nie sebenarnya tak hilang.... uis????? biar betul... mana satu nie.. nak percaya ke tak nie... heheh.. sebelum nie, memang dah heboh gila tentang kehilangan adik wan nur nie... ramai jugak la blogger yang beri kerjasama menghebohkan berita nie... macam nie la... tolong menolong... hehe...








dari sumber ani ni.. beliau dapat mesej bunyi nye lebih kurang macam nie la...






" pengumuman kengkawan.... baru dapat berita yang pasal kanak2 sekolah SRAB hilang tu... sebenarnya salah faham je kot rasanya... alhamdulillah kanak2 itu tidak hilang dan hadir ke kelas seperti biasa menurut anak saya Haris yang satu kelas dengan dia....menurut haris.. cikgu kelas dia bgtau... pd hari kejadian.. parents budak itu datang ambil dia lambat... maybe dah x de budak lain.. so cikgu tumpangkan budak tu balik dgn rakan sekelasnya... maybe sementara dapat dihubungi... parents dia datang ke sekolah n tgk anak dia dah xde... gitu lah kisahnya...wallahualam. "


kalau betul-betul tak hilang bagus la....  takda la rakyat malaysia risau sangat.. yelah.. sekarang nie kan dah macam-macam isu yang timbul... 




so, kesimpulannya, pastikan lah anak kita ke, adik ke, or siapa2 lah yang masih kecil sentiasa berada di tempat yg selamat...




assalamualaikum.. :D


»»  BACA SELANJUTNYA...