HuzairieHusinBlog: BUDAK 12 TAHUN KETAGIH SEKS | OH! DUNIA HARI INI...

Monday, August 23, 2010

BUDAK 12 TAHUN KETAGIH SEKS | OH! DUNIA HARI INI...

Salam dari zairie..


sebenarnya nak post entry nie awal pagi tadi... tapi terpaksa hold dulu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan... hari ini, masa blogwalking, banyak blogger yang cerita pasal budak 12 tahun yang kena tangkap pasal kes maksiat nie... ish3... apa nak jadi la ngan adik nie... kecik-kecik dah berjinak melakukan perkara yang tak elok nie... hmm... ok... bukan nak cerita balik pasal kes nie.. tapi cuba sekadar, memberikan pandagan, olahan atau/dan rumusan... pada pendapat zairie la... kalau anda berminat nak baca kisah adik nie, boleh la pergi baca kat Harian Metro..








SUMBER : HARIAN METRO 23/08/2010


Kalau sebelum nie, kita banyak dengar pasal kes pembuangan bayi nie... boleh kata tiap-tiap hari jadi camni... hari nie kat negeri tu.. esok kat negeri nie lak.. cam tiada penyudahan episod buang bayi nie... nak kata pihak kerajaan tak buat kerja, dah macam-macam cara dah kerajaan buat.. buat kampen tu lah, kampen nie lah... paling setuju, berat kan lagi hukuman ke atas mereka yang buang membuang nie... cuba lah dorang fikir, camne kalau mak bapak dorang tu buang dorang... mesti sedih  kan??? camtu lah jugak bayi tu... tertarik dengan tajuk entry seorang blogger nie, dah tak ingat siapa dia, kalau tak dah link dah URL dia.. hehe...  tajuk dia, " ANAK HARAM MASUK SYURGA, ANAK HALAL MASUK NERAKA " ... Apa maksud dia, fikir fikirkan lah.. hehe


kadang-kadang bila fikir balik, kat mana silap nya??? silap pada diri kita, atau silap kepada ibu bapa kita yang gagal mendidik kita... tertarik dengan petikan harian metro hari ini, 

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan"


persoalannya, kenapa lak makcik tu nak baling kasut kat lelaki tu?? kalau dia betul didik anak gadis dia tu, mesti budak tu takot nak buat benda terkutuk tu.... masalahnya, budak tu baru 12 tahun kot... hebat betul adik nie.. hehe...

apa yang penting sekarang nie, bukan kerjasama, tapi diri .... kalau kita pandai bawa diri kita, pandai menjaga nama, maruah kita dan maruah keluarga, pasti kita akan selamat.. 


zairie nasihat kan diri zairie dan korang semua, perbanyakkan membaca surah ayat kursi... pelindung diri... nescaya allah akan bersama dengan kita.. baik senang mahupun susah...


- AYAT KURSI PELINDUNG DIRI KITA -




ok lah.. yang baik kita terima... 


assalamualaikum...