HuzairieHusinBlog: DRAMA EPILOG SYURGA CINTA -CERITA WAJIB TONTON-

Monday, August 2, 2010

DRAMA EPILOG SYURGA CINTA -CERITA WAJIB TONTON-

Salam dari zairie...


oh... semagat adamaya pun masih ada lagi dalam diri zairie nie... ala... cerita yang popular tu.. carita yang diadapasi daripada cerita i'm not single la... huhu... ok... sebelum tu, korang mesti teringat kan adik mia sara...???? ala... amani... kalau amani baru ingat.. hehehe...










memang rezeki adik amani nie la.. habis je cerita adamaya, dia dapat berlakon lak cerita epilog syurga cinta.. memang murah rezeki la adik kita nie... amin.. hehe... drama nie adalah adaptasi daripada filem romantik 2009, syurga cinta... zairie rasa, cerita merupakan cerita wajib tengok je la, sebab ape?? sebab, ada ayat-ayat yang boleh digunakan la untuk mengayat awek nie.. nie khas untuk lelaki k.. :D


drama 28 episod nie akan bermula pada 02 ogos 2010 (hari nie la) setiap petang pada hari isnin hingga khamis jam 6.30pm... so, waktu waktu camni, semua dah terpacak kat depan tv.. hehe




ok lah.. nak cerita panjang pun, tak tahu sebab tak tengok habis lagi cerita nie... so, zairie bagi sinopsis die je la k :D






SINOPSIS DRAMA EPILOG SYURGA CINTA


Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.
Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.
Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.


comelnya amani :D


Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.
Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

p/s : selamat menonton dan berhibur dengan telah amani ni ye :D