HuzairieHusinBlog: MALWARE | SEKARANG NI MUSIM MALWARE?

Thursday, August 26, 2010

MALWARE | SEKARANG NI MUSIM MALWARE?

Salam dari zairie...


hari ni rasa macam terlampau banyak sangat aku blogwalking... kejap ke timur, kejap ke utara.. selatan ngan barat je tak sempat nak singgah lagi.. sebab ape?? bukan tak sudi.. tapi dah penat la.. biasa la.. bulan puasa kan kena banyak guna tenaga.. ingat senang ke menahan segala nya di siang hari.. hehehe...




ok.. berbalik kepada tujuan asal aku.. masa tengah layan blogwalking.. banyak sangat blog yang tak boleh masuk... bukan pasal berat ke apa.. tapi pasal blog tu kena malware.. banyak sebabnya blog kena malware.. tak pa.. nanti kita bincang satu persatu.. =)








ok.. sebelum tu, lebih baik aku tunjuk kan beberapa blog yang aku tak dapat masuk sebab masalah malware nie.. frust dowh tak dapat masuk.. baru nak baca entry sahabat-sahabat blogger.. huhu....










lebih kurang macam ni lah bentuk dia.. awal-awal dah tulis warning da... AMARAN..!!!..  terang terang kat situ dia dah tulis dah...


" JUST VISITING A SITE THAT CONTAINS MALWARE CAN EFFECT YOUR COMPUTER "


dia dah bagi tahu dah kalau bukan site yang ada malware nie, ia akan memberikan kesan kepada pc kita... 

sebelum tu aku nak tanya sikit... malware tu apa???? kita dok sibuk pasal malware ni.. apa benda nie... apa kejadah nya semua nie???? fuh..!!! dah macam edisi siasat lak.. hehe


ok... definisi malware....

"Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna."


ok tu lah maksud dia.. tapi, nie ada sedikit maklumat tambahan yang aku dapat dari lawan web kerajaan sabah.. credit to you =)


Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian.  Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian.  Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.  Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta. 

Salah satu Malware yang mula-mula disebarkan adalah cecacing yang telah direka oleh seorang pelajar Cornell University, Robert Morris pada tahun 1998.  Tujuan asalnya ialah untuk latihan bagi menguji dan mengukur saiz Internet.  Namun telah berlaku kesilapan dalam pengekodan menyebabkan cecacing tersebut telah berupaya menyalin semula dan tersebar meluas ke beribu-ribu komputer di seluruh dunia. 

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan.  Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Pengguna selalunya tidak sedar, bahawa sebahagian perisian yang dimuat turun dari internet yang digunakan sebenarnya adalah merbahaya kerana penyamaran yang dilakukan. Teknik inilah yang telah digunakan oleh kebanyakan virus trojen. Teknik yang dikenali sebagai ‘rootkits’ menawarkan penyembunyianMalware daripada pengetahuan pengguna dan menghalang daripada dikesan oleh program anti virus. 

Kemunculan lebih banyak rangkaian sosial seperti YouTube, MySpace, facebook dan sebagainya akan menggalakkan lagi penyebaran Malware
. Penyebaran ini juga boleh berlaku melalui pautan pada ruangan forum, sembang talian, pautan video dan ruangan berita. 

Malware
 akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.





bahaya kan malware nie??? so, terpulang kepada kita nak masuk ke tak site tu.. tapi kalau ada member member blogger kita kena malware, better kita inform kat dia.. mungkin dia boleh buat tindakan lanjut...

ok lah.. kalau aku nya blog kena malware, korang inform la aku gak ye.. dunia internet nie macam macam boleh berlaku...


assalamualaikum...