HuzairieHusinBlog: THE CHANGE NALAYSIA | PELUANG BERAKSI DI NIKE ACADEMY

Sunday, September 19, 2010

THE CHANGE NALAYSIA | PELUANG BERAKSI DI NIKE ACADEMY

Salam dari zairie..


siapa tak nak main bloa sepat kat luar negara.. dah orang nak bawak, kita pergi je la.. hehe.. sebenarnya info nie agak lambat sikit la aku update.. lambat disebabkan atas sebab tertentu.. huhu.. 

untuk pengetahuan korang semua, nike malaysia akan menganjurkan Pemilihan Terbuka bagi pemain bolasepak muda negara untuk menampilkan kehebatan mereka dan meraih tempat di Nike Academy di London. Pemilihan ini dibuka kepada pemain individu dan adalah peluang untuk menonjolkan bakat di hadapan panel jurulatih diketuai oleh jurulatih negara K. Rajagopal. siapa yang terpilih nanti dapat la berlatih bersama pengurus pasukan arsenal.. siapa lagi kalau bukan Arsene Wenger.. best tu.. rugi siapa tak pergi selection dia..




syarat penyertaan, Peserta mesti berumur di antara 17 - 24 tahun (Semua perserta mesti berumur 17 tahun pada 1 September 2010) .. siapa tak cukup umur atau terlebih umur.. harap maaf la ea.. mungkin bukan rezeki anda lagi.. hehe..

so. berikut merupakan butir butir pemilihan :

Lokasi : Padang C-1 & C-2 MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Tarikh : 18 & 19 September 2010, 9 pagi

Lokasi : Padang MPK2, Kuantan, Pahang
Tarikh : 22 September 2010, 9 pagi

Lokasi : Kompleks Sony, Seberang Prai, Pulai Pinang
Tarikh : 25 September 2010, 9 pagi

Lokasi : Padang Mawar 4, Pasir Gudang, Johor
Tarikh : 29 September 2010, 9 pagi

Hubungi 03 6142 2881 / 013 2627 555 / 013 2827 555 sekarang untuk mendaftar!


mana yang tiada buat apa apa tu, pergi je la main bola tu.. dapat tak dapat belakang kira la.. yang penting kita mencuba.. tak salah kalau mencuba.. dah buat, kita berserah kepada Maha Esa.. betul tak..??

so, siapa yang nak pergi tu, zairie wish Good Luck la kat korang ea.. Do your best.. make malaysia proud with u.. hehe..

kredit to nike malaysia

assalamualaikum..

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)