HuzairieHusinBlog: M RAJOLI MENINGGAL DUNIA | AL-FATIHAH

Saturday, September 18, 2010

M RAJOLI MENINGGAL DUNIA | AL-FATIHAH

Salam dari zairie...

terkejut dengan berita yang zairie baca dari harian metro.. pelakon yang boleh kata zairie minat dalam dunia hiburan tanah air nie pergi buat selama lamanya.. M. Rajoli yang sebelum ini di beritakan sakit yang amat tenat menghidap penyakit kalenjar kanser otak..  






tak tahu lah sama ada zairie lambat dapat berita ni atau tidak.. tak kesah la lambat atau cepat.. mana yang tak tahu tu, kita beritahu kan... lagi ramai yang tahu, lagi ramai yang akan sedekah kan al-fatihah kepada M. Rajoli...

pendapat zairie, M. Rajoli merupakan pelokon yang sangat hebat.. zairie pernah tengok dia berlakon sebagai playboy, orang jahat, orang baik, tok imam, orang warak... semua jadi.. memang lakonan beliau menjadi.. sampai ke hati penonton... perginya belian suatu kehilangan besar  bagi zairie dalam dunia lakonan.. mungkin dah hilang seri.. memang la orang kata patah tumbuh hilang berganti.. tetapi.. adakah ia akan berganti seperti dahulu?? mungkin tidak.. ada tapi tidak sama......

kita sebagai orang islam berdoa, sedekah kan surah al-fatihah ke atas pemergian M.Rajoli .. semoga beliau di tempatkan di kalangan orang yang soleh.. amin..


AL- FATIHAH..


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX



KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.
Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang


sumber : hmetro

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)