HuzairieHusinBlog: October 2010

Sunday, October 31, 2010

Video Gol Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 Kelantan Negeri Sembilan | Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010

salam dari zairie...


entry paling singkat pernah zairie buat sebab terlalu sibuk dengan exam.. sampai tak terupdate bloig nie.. final piala malaysia 2010 kelantan dengan negeri sembilan pun tak tengok.. adoi.. tengok gol je la... siapa yang sama dengan zairie tak dapat tengok gol, mari layan video nie... 




Video Gol Perlawanan Kelantan Dan Negeri Sembilan Final Piala Malaysia 2010 (gol kemenangan kelantan)








video gol pertama negeri sembilan






video gol pertama kelantan




taniah kepada kelantan yang menang piala malaysia 2010..



gol kemenangan kelantan




kelantan 2 Negeri sembilan 1...




p/s : kerajaan negeri kelantan terus bagi cuti umum hari ini... (ahad 31 oktober 2010).. caya la kelantan... (walaupun aku orang kedah.. kehkeh)




assalamualaikum
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, October 30, 2010

7 Jawapan Nuffnang Untuk Blogger

salam dari zairie..

sekadar berkongsi dengan korang semua. zairie rasa ramai yang dah join komuniti nuffnang nie kan..? tapi masih ada beberapa perkara yang membuat kan korang tertanya tanya.. so, ada beberapa soalan dan jawapan dari nuffnang mengenai common question.. soalan nie semua zairie ambek dekat website nuffy.. sharing is caring right..?




1.  Saya telah menyertai Nuffnang untuk beberapa waktu namun belum ditetapkan iklan   apapun di blog saya, walaupun saya mempunyai lebih dari 20 lawatan unik sehari. 

jika anda baru saja bersama dengan komuniti Nuffnang, harap bersabar kerana kami perlu 1-2 minggu untuk memantau kestabilan dari lalu lintas blog anda.

Isi dari blog anda juga penting, serta penempatan iklan.

Akhirnya, walaupun kami menetapkan syarat-syarat lalu lintas minimum untuk bergabung dengan rangkaian kami, mungkin diperlukan beberapa waktu sebelum anda ditugaskan iklan.Sementara kami melakukan yang terbaik untuk meyakinkan pengiklan untuk menyertakan blog yang lebih kecil dalam kempen mereka, ingatlah bahawa ada sejumlah besar blog lalu lintas rendah. Akhirnya cara terbaik untuk ditugaskan iklan adalah untuk menarik lebih banyak lalu lintas!

2.  
Apakah isi blog saya menentukan apa iklan yang saya dapatkan?

Kami melakukan yang terbaik untuk mengesyorkan blog high tertinggi bagi pengiklan, serta memastikan bahawa iklan yang ditempatkan di tempat yang menarik. Anda mungkin mendapati bahawa blog anda tidak menilai tinggi jika blog anda penuh dengan iklan  atau jika blog anda mengandungi "spam" seperti kandungan.


3.  
Mana saya perlu meletakkan iklan saya?



Biasanya, iklan  large rectangle ditempatkan setelah posting pertama di halaman, Skyscraper iklan di sidebar, dan iklan leaderboard di bahagian atas laman.
Walaupun anda bebas untuk menguji, cubalah untuk menempatkan iklan dalam kedudukan yang utama (sesuai).


4
Pendapatan saya belum dikreditkan atau dikemaskini walaupun saya telah mendapatkan iklan di blog saya.



Kami menempatkan iklan di blok mingguan, biasanya dari Minggu 00:00 sampai Sabtu 23:59.

Pendapatan anda kemudian akan dikemaskini pada akhir tempoh ini. Kami akan berlangsung hingga 3 hari kerja untuk mengemas kini pendapatan, bererti pendapatan anda akan dikemaskini pada hari Rabu. 
Kelewatan ini terutama untuk memberi kami waktu untuk audit bagi penipuan klik.




5.  
Cek saya dan bayaran belum tiba tapi saya telah cash out  bulan lepas.


Kerana banyaknya cek kita kirim keluar, kami menyusun cek kami di akhir setiap bulan, maka ia akan memakan masa lebih kurang selama tiga puluh (30) hari untuk membersihkan sesuatu dengan bank, dan sejak saat itu memerlukan waktu sekitar satu atau dua minggu untuk semak untuk mencapai anda.
Oleh kerana itu, lebih baik jika anda untuk cash out pada akhir bulan kerana akan diproses pada masa yang sama seperti  pada  awal bulan, sehingga pendapatan anda semakin meningkat



6.  
Rata-rata jumlah kunjungan unik ke blog saya adalah tinggi, tetapi saya tidak mendapat iklan.




Alasan yang mungkin adalah bahawa peratusan yang tinggi dari lalu lintas (traffic) anda berasal dari luar negeri. Anda boleh pergi ke Analytics -> Datang Dari untuk menyemak lokasi pengunjung anda.

iklan tempatan menjadi sangat popular dengan pengiklan - namun, kami secara teratur memiliki kempen yang tidak geolocated atau target negara-negara lain.



7. 
Saya diberikan  status Glitterati tetapi akhir-akhir ini kembali ke "Biasa".



Pertama pastikan bahawa anda memang tidak meletakkan  iklan lain pada salah satu blog anda.

Kami telah menemui bug minor di mana seorang blogger tidak benar mengesan sebagai eksklusif ketika dia mempunyai beberapa blog dan beberapa daripada mereka secara teratur tidak memiliki lawatan unik.

Hal ini kerana crawler kami tidak termasuk blog yang aktif untuk menjimatkan masa. Tapi ketika status anda dipaparkan, blog tersebut mungkin mempunyai hits pada hari tertentu, sebelum crawler sudah berjaya untuk mengemas kini senarai blog terbengkalai.

ini akan menyebabkan  akaun anda yang ditandakan sebagai "Biasa" kerana salah satu blog anda tidak eksklusif. Cara sederhana untuk mengelakkan ini adalah untuk memastikan semua blog anda mempunyai kunjungan.


p/s : kalau ada apa apa soalan lain, better direct terus kat nuffnang.. hantar ticket kat dorang..  harap membantu la ye..

assalamualaikum.. 



»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, October 28, 2010

Korang Nak Tahu Tak?

salam dari zairie...

korang nak tahu tak satu gosip panas...?? meh dok rapat sikit.. rapat kan muka anda kat screen laptop nie.. cepatan... kehkeh...



nie entry tepat pukul 4.00 pagi waktu malaysia... masih belum tidur lagi... kalau pergi tanya burung hantu pun kompem dia dah tidur..  shif dia dah nak habis.. dah nak subuh dah pun... tak perlu tanya... zairie dah tahu dah korang nak tanya apa.... jap2.. zairie teka...

"bro kacak... lu apahal tak tidur lagi ha....?? arnab aku pun tahu tidor...."

betul tak??? hehe....

baiklah.. menjawab soalan korang.. bukan tak nak tidur lagi.. tapi zairie buat sedikit perubahan drastik sikit dekat blog nie.. sebenarnya tak drastik mana pun.. ayat je lebih... poyos...  
tak tahu zairie perlu bagi tahu ke tak kat korang nie.... erm... bagi je la tahu.. lagi pun, korang kan one of this blog.. so, korang layak tahu... sebenar nya.... sebenarnya..... dan sebenarnya ku mengharap kan cinta dari mu... ohhhhooooo... eh??? lagu yuna pulak.... jap2... asal aku rasa macam lain macam je dekat lirik dia nie... ok.. abaikan.. tak penting pun.... sebenarnya blog nie dah salin kulit buat ke ke 600 kot... dah ingat dah.. kehkeh.. 

ingat suka suka ke zairie tukar kulit blog nie...  zairie buat nie semua pun atas permintaan korang melalui keputusan kaji selidik yang zairie buat dulu.. salah satu komen pasal blog zairie adalah dari segi template... ada nak warna warni sikit la... tacap tacap sikit la... makeup.... huhu... so... dengan kacak nya... zairie pun tukar template baru... jangan tanya mana zairie kutip... semua nya dekat google... search je.. keluar la dia.. hehe..

so.. dengan wajah baru nie... hope anda semua suka la ea.. anda suka.. zairie lagi suka... hehe





sekali zairie tengok, nampak cantik lak.. hahaha

lagi satu.. tukar template nie kadang kadang ada risiko nya... takot template tu akan membuatkan blog kita nak loading lambat.. smart smart dah.. loading lak macam kura kura... apa kes??? huhu.. next entry zairie bagi tips macam nak ringan kan blog... nanti2 la ea... tak janji.. tengok pada kelapangan dada & masa.. kehkehkeh

tengok sikit loading blog aku yang kacak nie berapa Kb.. hehe



ok la nie.. bawah 100 Kb.. tapi zairie nak cuba bagi bawah 60 Kb.. Masih mencari cara nya.. 

so... apa lagi... kita enjoy la...  :-D


assalamualaikum...



»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, October 27, 2010

Tips | How Be A Good Playboy

salam dari zairie..


uit... first time nie tajuk entry dalam BI.. tajuk je Bi.. isi tetap guna bahasa ibunda jugak.. nanti kalau guna bahasa orang puteh nanti, zairie tak faham, anda semua pun tak faham.. so, mari lah kita faham bersama sama.. kehkeh.. 


ada orang tanya zairie... " bro..! aku tengok kau nie handsome tahap salman khan la..... macam mana ea nak jadi playboy macam lu..."


errrrkkkkkk.... aku playboy....???? oh tidak..! aku nak mengayat perempuan pun merangkak, lagi mau tanya aku... huhuhu... so, dengan rasa bangga nya zairie pun pergi la tanya orang orang yang lagi handsome dari zairie kat luar sana tu... (padahal tanya abang sedara aku)




" bro... ada orang tanya aku la camne nak jadi playboy... aku mana tahu sebab aku bukan playboy... so memandangkan kau lagi handsome dan di gilai ramai gadis cun melecun kat luar sana, dengan bangga nya aku nak tanya ko satu soalan ..


macam mana nak jadi PLAYBOY"







So, abang saudara zairie cakap ape.... 

" owh, mudah je... ko ikut je apa yang aku cakap nie.... (sebenar nya orang yang tanya tu la kena ikut.. sebab die yang nak sangat.. kehkehkeh...."


so, nie lah jawapan dia... 


1. mesti pakai banyak nombor telefon.... jangan mengada ngada pakai satu nombor pastu semua awek ko mesej kat nombor tu... kompem la kantoi..... senang cer, satu awek satu no......


2. mesti ader keyakinan diri yang tinggi... kalau muka jer hamsem macam shahid kapor kalau penakot tak der guna gak.... ingat... rupa paras biar kurang... yang penting ayat tue..... power beb!!!!!!


3. selalu dengar lagu jiwang...aku saran kan kat ko, dengar la lagu2 ukays ker.. secreen ker, stings... ahhhh... banyak la.... senang cerita lagu 90an la.... lagu tangkap leleh a......


4. dalam diri seorang playboy tak perlu ada sikap putus asa... so kalo ko ader sikap tue... haaaaa pandai2 la buang... bukan ape... kata kan la awek tue ader balak.... tak kan biar je die pergi berlalu... relax la... baru kapel... sedangkan yang bertunang pun leh putus inikan kapel..... so.... try je... jgn peduli die dah ada balak ker belum......


5. kalau dah kapel dan awek ko bersepah, jangan la bawak awek ko tu tempat yang slealu ko dating ngan awek ko yang lain..... bahaye dowh... kenapa bahaya????? aku tak nak citer... nak taw, try la wat... hehehe


6. ini penting..... jangan bg tahu sesekali kat member ko ker, budak kelas ker, budak ruma ker... mahupun tukang kebun rumah ko yang ko nie dah jdi sebahagian daripada playboy...bahaya.... takot ko nak ayat budak yang member ko kenal, member ko dah bg taw yg ko nie playboy..... kompem beb......!  kompem tak dapat....


7. cukup la tu.... tu pun ok la aku bg tips... try dulu guna tips tu... kompem la kalau ko amalkan sebelum tidur ko kan berjya.... (apa kena mengena ngan tido nie.. huhu)




so.. tu la tips yang abang saudara aku bagi tahu kat zairie... tengok macam power... tapi.... tapi... zairie tak kan guna.... tak pandai la playboy2 nie... hehe...


kepada orang yang bertanya.. apa lagi..... hehehe




p/s : tips nie bagi lelaki je k.. hehe





»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, October 26, 2010

Dah Penat Dah Aku Cakap..!

salam dari zairie... 


tak tahu la sama ada entry nie panjang ke pendek.. kalau panjang, mesti penat korang baca... hmm... entah la.. tak tahu nak cakap apa lagi... penat! penat dengan mereka yang dah tak reti reti bahasa lagi... dah penat dah aku bagi tahu... jangan hanya tahu cakap je... buat... buktikan.... tunjuk kan.......




arrrrrgggghhhh... apa aku merepek nie.. sorry la kawan kawan... entry kali ni tak memberi sebarang info pun kat korang semua.. apa lagi tips.. jauh sekali... entry sekadar luahan perasaan ketidak puas hatian kepada hamba allah nie... hmmmm.......bukan tak pernah cakap hal nie... rasa nya bila aku tambah tolak darap bahagi ada lah dalam 100 kali.....!!!!







di sini bermula segala nya......


semua nya berlaku petang tadi.. 26/10/2010 jam 7.00 pm waktu malaysia... aku meng"official"kan  
fan page aku dekat wall aku... biasa la.. orang dah gian berfesbuk nie nampak je orang baru update terus komen... tak salah nak komen... tapi bila komen membuat seluruh jiwa raga aku nie bengang patot kah aku mendiamkan diri...? 


apa kes zairie...??


biasa lah.. aku kan seorang blogger... yang budak yang just pandai cakap nie cakap " apa lah yang best sangat dengan blog nie... merepek..." perrrgghhh.... suka suka mak bapak dia cakap merepek... kau ingat senang ke nak karang banyak banyak..?? menghasilkan entry setiap hari... memerah otak.. bukan nak menunjuk.. tapi aku nak share ngan korang semua, walaupun blog nie lebih kurang setahun, blog aku nak tak nak pun dah hasilkan hampir 300 entry...! ingat senang ke?? tak fikir pulak time ketandusan idea.. idea ke laut.. kalau post entry nie pasti mengarut... 


so... aku tak nak cakap banyak... aku cakap banyak.... senang je... aku cakap, aku cabar kau..! aku nak kau buat satu blog dan dalam masa 5 bulan aku nak tengok sejauh mana blog kau boleh pergi... aku nak kau rasa macam mana jadi seorang blogger... kau tak merasa sakitnya bila orang tuduh kita nie plagiat.. walaupun plagiat sikit2.. hehe.. 


tolak...! dia tolak cabaran aku.... kenapa...??? tak berani ke sahut cabaran...??? aku nak tengok apa yang kau merepek dekat blog kau tu... kompem... kompem ke laut....! 


aku dah penat dah..... cik epal.... pun kena hentam jugak oleh stalker2 nie... aku.... pun kena hentam jugak....! dengan member sendiri tu..  member ke tu...? tu bukan member de... member aku tahu macam mana... selalu bagi support dekat kawan nie... bukan menkondem kan member sendiri... arnab betul... 


hmmm... aku dah penat dah.....  dah penat aku bagi tahu berapa kali... blog boleh buat duit... Fesbuk...?? boleh buat apa???? buat tambah dosa....?? mungkin la... gosip sana gosip sini... tak aku nafikan ada kebaikkan dia.. ni aku nak cerita keburukan dia sebab aku tengah panas nie...  berapa sangat kau boleh dapat dengan fesbuk nie...??? rm 0.10...???? haram... haram mark zukberg tu nak bagi..... blog....???? blog jangan cakap rm 0.10, rm 1000 pun kau boleh dapat...  aku pernah print screen nilai duit nuff aku dan aku tag kat semua member aku kat fesbuk... 


" bro.. blanje bro..... " ah! tahu pulak nak terhegeh hegeh.. 


" bro... mane lu dapat duit banyak nie... " " blog la bro...."


aku ingat kata kata abang nara... berblog seperti melombong emas... kalau kita rajin, kita akan dapat emas tu... so... aku nak emas tu... aku kena rajin... orang rajin selalu berjaya......


noktah!


malas nak menaip lagi... takot tak boleh berhenti pulak....


pada mereka yang ingat jadi seorang blogger nie mudah... merepek.. meraban.... fikir la balik... fikir masak2.. kalau tak masak gak, meh aku masak kan kau..!


pada mereka yang benci kan dunia blog nie... jumpa je blog, terus pangkah... faham! tak perlu.. blog kan merepek....


pada yang nak berjinak dengan dunia blogger nie... welcome... perlu ingat.... " bukan mudah menjadi seorang blogger.." 


kenapa zairie cakap tak mudah..?? baca entry nie...


zairie : harap kan pagar.... pagar kena beli baru....! malam nie nak layan perasaan... tak nak ada gangguan.. gangguan pada shout box aku takpe.. tinggal kan jejak korang kat situ... 


zairie : so sorry sebab agak kasar entry nie... tapi tu lah apa yang zairie rasa... sakit... semakin lama kita dalam dunia blog nie, semakin banyak yang kita akan rasa dan belajar... baru zairie sedar... bukan semua suka kan kita... thanks siapa yang support zairie selama nie... thanks a lot.. hanya allah yang mampu balas apa yang anda lakukan.....


assalamualaikum



»»  BACA SELANJUTNYA...

Fan Page. Perlu ke?

salam dari zairie..


tergerak hati lak petang yang damai nie nak buat satu fan page dekat facebook.. bukan saja saja buat ok... zairie memandang dari pelbagai sudut... salah satu daripadanya zairie nak kumpulkan semua mereka yang betul betul minat nak baca blog zairie yang kuat merepek nie.. huhu... dari situ ia menjadi salah satu inspirasi untuk zairie terus berblogging menghasilkan karya yang terus merepek.. terima kasih di ucapkan.. huhu.. 





bukan senang nak buat orang minat dan mengambil masa yang lama untuk mentelaah blog kita nie.. sebab tu beberapa hari yang lepas zairie ada buat borang kaji selidik dan dari situ zairie dapat tahu keputusan nya macam mana.. klik sini untuk lihat keputusan penuh.. 

ok... cukup kot merepek kat situ.. dah lari tajuk rasanya.... ok ok... fan page... perlu ke...??? bagi zairie lah.. perlu sangat.. ia macam page tu kita punya.. macam blog.. suka hati kita lah nak buat apa pun.. ada aku kesah??? hehe..


sebelum nie zairie pernah jugak buat fan page unutk blog download muzik zairie.. dulukinimp3.. so, alhamdulillah agak lama jugak zairie promote blog tu.. rasa nya berbulan bulan jugak la fan page tu lepak kat blog zairie... so sekarang, zairie rasa ia dah mampu berdiri sendiri... dah tak perlukan zairie lagi sebagai tulang belakang dia.. hehe..

thanks sape yg like.. :)
so, sekarang nie tempat fan page tu pun dah di gantikan.. dengan fan page baru.. Just Blog Zairie... baru di lahirkan.. baby lagi nie... hehe... so, kalau berkenan, like la ye.. tekan je like.. tak kena masuk kan veritification code pun.. mudah cepat dan pantas.. hehe..

baru je lahir nie.. 14 like..! thanks.. :D


jap... ada lagi zairie nak pesan.. kat page just blog zairie kalau anda nak ping blog anda ke, ping la ye.. tak kesah pun.. at least zairie dapat tahu jugak entry terbaru anda apa.. boleh jugak zairie singgah dan komen komen entry anda nanti... ye... :D

so, sekali lagi thanks atas sokongan anda semua dekat blog zairie nie... harap kita terus berblogging.. 

salam...


zairie : agak panas jugak sebab ada orang komen kat wall zairie dia ckp blog nie benda merepek.. kerepek betul dia.. huh!



»»  BACA SELANJUTNYA...

Sila Ke Blog Ini Jika Anda Seorang Yang Berhati Kering

Salam dari zairie...

seronoknya blogwalking hari nie... tengah-tengah seronok merayap blog orang, tersesat la pulak kat blog mamat or minah... dia punya blog memang zairie tabik habis la.... cerita-cerita dia semua gempak... kalau korang kata tak gempak, zairie tak tahu la nak cakap apa... zairie yang hati kering nie pun leh migrain di buatnya... ahaks


bukan kari berapi.. kehkehkeh

pergghhhh.... baru header dah gerun dah kan... belum tengok isi-isi kandungan dan yang terkandung kat dalam nya... zairie percaya lah.. korang kompem akan cakap...

" eeeeeeee....... "    ( untuk wanita )

" gila lah.... teruk gila... fuh...!!! ( ayat yang selalu laki cakap )


kalau korang tak percaya, korang bukak la blog dia nie... tapi, sebelum korang pergi blog dia, zairie ada beberapa tips la sebelum menjelagah blog dia nie... :


  1. sedia kan mangkuk yang besar untuk muntah
  2. pasti kan korang tengok dekat ngan katil coz korang ley terus pitam kat katil sendiri...
  3. jangan tengok berseorangan... nanti terbawa ke alam mimpi... sangat lah bahaya... hahaha


ok lah... tak sabar kan nak menjelagah blog paling ngeri nie kan???? ok... mari semua... zairie bawa anda ke blog dia.... sila click



Salam... selamat berhibur dengan adegan-adegan mengerikan.. hehe


p/s : zairie tak leh post pic yang ada lam blog dia... nanti tak suprise... hehe

assalamualaikum..


»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, October 25, 2010

Projek Menara Warisan Merdeka Menara Tertinggi Di Malaysia

salam dari zairie..


dengar cerita dalam bajet 2011 yang dibentang DS Najib, malaysia akan mendirikan sebuah menara dan menara tersebut merupakan menara tertinggi kat malaysia! lepak sini untuk baca intipati bajet  2011


Sebuah bangunan tertinggi di Malaysia akan dibina berhampiran Stadium Merdeka pada kos RM5 bilion yang dijangkakan akan siap pada tahun 2015 yang dinamakan di dalam projek yang dikenali sebagai Warisan Merdeka.


Bangunan setinggi 100 tingkat itu yang belum diketahui tingginya itu dijangkakan tidak akan menewaskan bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa. Bangunan di


Dubai itu berukuran 828 meter tinggi dengan 160 tingkat.











Bangunan baru itu mungkin menandingi bangunan kedua tertinggi di dunia, Taipei 101 yang setinggi 101 tingkat dan 509 meter. Bangunan baru yang bakal dipelopori oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) itu dijangkakan menandingi bangunan Menara Petronas yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia apabila siap pada tahun 1998 dengan 452 meter dan 88 tingkat.

Bangunan itu akan dibina di tanah seluas 7.2 hektar milik PNB yang terletak berhampiran Stadium Merdeka dan tapak bekas Penjara Pudu.


zairie : lepas nie kompem industri pelancongan kat malaysia nie naik... bertambah maju la malaysia.. :D
»»  BACA SELANJUTNYA...

Keputusan EPL | Arsenal Malukan City

salam dari zairie..

tengok tak game arsenal dengan man city..?? rugi tak tengok.. zairie pun tengok kat internet je.. memang fight habis game tu.. tapi zairie tengok, arsenal je yang kawal bola... 

sadis betul kat defend Man City tu.. ntah apa nama dia.. minit ke-5 dah kena kat merah dah... ish3.. tak mau main molek molek... hehe... pape pun, zairie memang puas hati sangat bila arsenal menang dengan Man City nie.. season lepas man city bukan main belagak lagi..siap pakcik adebayor tu boleh bantai pijak lagi kepala van persie... semalam zairie tengok time farbegas nak ganti ngan wallcot, adebayor tu salam pulak dengan farbegas.. rasanya dia dah mula menyedari kesilapan yang lalu kot.. hehe..

3-0.. siapa yang score..?? siapa lagi kalau bukan

nasri ('20)
song ('66)
bendtner ('88)

respect habis la dengan super sub arsenal nie... en. bendtner... baru masuk je rasanya... terus score... tu kalau dia masuk awal tu, rasanya lagi banyak score.. hehe...

jom layan gambar...   zzzaaaaaassssss (ala melodi.. kehkehkeh)











Boleh Lak Tak Gol Penalti nie... Sayang 1000 Kali Sayang..

table dah berubah.. arsenal dimana..?? arsenal kat 2nd place.. sikit lagi nak kejar chelsea.. hehe... ada harapan lagi ni... masih nampak sinar cahaya tu...



zairie : majulah sukan untuk negara :D



»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, October 24, 2010

Punca Kemalangan Maut Bas Delima Di Simpang Ampat

KUALA LUMPUR: Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati bas ekspres yang terbabit dalam nahas maut di lebuh raya PLUS berdekatan Simpang Ampat pada 10 Oktober lalu, berpunca daripada ia dipandu pada 120km/jam. 


sumber : BH online





p/s : biar lambat asal selamat.. kamu tu bawak banyak nyawa...  harap kita semua ambil iktibar dari apa yang berlaku..

»»  BACA SELANJUTNYA...