HuzairieHusinBlog: Bukan Mudah Menjadi Seorang Blogger

Wednesday, October 13, 2010

Bukan Mudah Menjadi Seorang Blogger

salam dari zairie...

sekarang nie banyak sangat blogger baru yang muncul.. macam cendawan tumbuh... bagi zairie, ia satu fenomena yang bagus.. lebih banyak blogger baru yang muncul, lebih banyak ilmu atau info yang akan dikongsikan... tak gitu..? tapi, bagi zairie, bukan lah mudah menjadi seorang blogger... zairie suatu ketika dulu, (padahal berapa bulan yang lepas) pernah terjatuh teruk dari dunia berblog nie.. zairie pernah biarkan blog zairie nie bersawang lebih dari 2 bulan..! Oh My God.!! kenapa bersawang lak..? sabar.. nanti zairie cerita.. mukadimah pun tak habis lagi nie... sabar sabar.. 



blogger??? apa yang kita faham dengan istilah blogger nie??? kalau ikutkan kefahaman zairie sendiri, blogger nie adalah kita memberi imput kepada pembaca.. imput sama ada dari pengetahuan umum mahupun yang lain...  pernah tak kita berfikir, apa tujuan kita berblog..??? oh! kenapa aku berblog?? untuk apa?? untuk duit?? tak jugak... sebab kalau nak duit cepat baik kerja kat McD or KFC.. lagi cepat masyuk... nak tunggu duit nuffnang lambat lagi la gamaknya.. mahu makan berbulan bulan.. huhu.. 

sebelum ke isi isi penting, kita relax relax dulu... tak perlu kelam kabut.. meh dengar dulu sejarah zairie selama menjadi seorang blogger... eh! jap jap... sejarah ke?? bukan pengalaman ke?? lantak lah.. huhu... 

http://zairiedinzly.blogspot.com dilahirkan pada bulan oktober 2009.. berkenaan dengan pengunaan "DINZLY" pada url zairie sebab zairie minat sangat dengan pelakon iqram dinzly... bukan zairie adik beradik iqram dinzly k... tu yang selalu blogger tanya.. " u ni adik iqram dinzly ye?? " oh! tidak... aku cuma peminat nya sahaja.. huhu.. masa tu geng blogger belum wujud lagi... tak tahu lagi nak ping kat mana.. senang cerita, buat entry, baca balik entry sendiri.. blogger time tu sikit sangat.. nak cari blogger baru sangat susah.. tips blogging pun susah sangat nak dapat.. main belasah je berblog.... agak agak tak da idea, biar je blog tu bersawang.. kesian blog aku nie.. ada jugak la terbiar 2 3 bulan.. lama tu... memang teruk.. hmmm.... susah nak jadi seorang blogger nie.. siapa cakap senang?? suruh dorang buat blog tengok, nak tahu senang ke susah.. jangan hanya pandai cakap je.. 


sebenarnya zairie respect sangat dengan mereka yang ada blog nie.. senang cerita menjadi sebahagian daripada komuniti blogger.. pendapat zairie, daripada dok menghadap facebook tu 24 jam baik buat blog.. ilmu pun dapat, info pun dapat.. facebook?? gosip gosip je... huhu.. bagi zairie, mereka yang gemar berblog nie punyai minat yang suka menulis.. persoalannya, bila kita menjadi seorang blogger, benda apa yang kita nak tulis..? kisah percintaan kita ke? kisah suka duka kehidupan kita ke? sharing info ke.? bergantung.. bergantung kepada blogger tersebut.. jika dia pandai tarik pembaca, dia akan berjaya.. persoalannya lagi, senang sangat ke nak tarik pembaca baca hasil karya kita nie???  bagi zairie, sangat susah.. kadang kadang orang just pandang sekali imbas je.. sedih tul.. penat aku tulis nie.. komen la sikit bro... huhu.. 

zairie pernah post kt wall facebook zairie, zairie tulis " aku seorang blogger".. ppperrrrggghhhh... banyak lak komen yang menjatuhkan... yang tak tahan ada orang cakap " ada aku kesah.."  memang la kau tak kesah, sebab ko tak pernah menjadi seorang blogger.. kau tak pernah merasa betapa peritnya menjadi seorang blogger nie... 

cuba kita tengok, banyak blogger yang berjaya kena kutuk, atau cuba dijatuhkan.. contoh nya seperti blogger cik epal kita yang dah lama senyap atau terus bersara dari dunia blog nie.. apa yang zairie tahu, memang ada orang cuba jatuhkan dia... hmmm... apa la yang mereka nie tak puas hati..... cuba lah bersaing secara sihat sikit... ini tak.....

ingat senang ke nak jadi seorang blogger....??

jawapannya : susah... susah sangat... tapi tak susah untuk berjaya.. perlu kerja yang keras.. idea yang kreatif... yang penting, selalu update blog... jangan jadi plagiat.. hasilkan karya sendiri yang lahir dari hati kita... baru kita leh cakap SUARA SEORANG BLOGGER.. 

Siapa yang merasakan menjadi seorang blogger nie senang, fikir la balik... kalau tak puas hati jugak, try buat blog.... sign up kat sini.. rasa lah sendiri keperitan yang dialami oleh blogger.. dan dari keperitan itu lah ramai blogger yang berjaya... tengok je la berapa ramai dah cash out duit nuffnang.. itu buktinya.. 

ok lah... yang baik kita ambil.. nie cuma luahan hati seorang blogger yang bernama zairie sahaja... huhu... to newbie, zairie leh tolong selagi zairie mampu.. maybe tips blogging nie, mampu bagi sedikit pengetahuan untuk anda berjaya.. :

  1. tips bila dapat buffered earning
  2. duit atau traffic
  3. tips mendapat traffic mantap
  4. kenapa blog tak perlu muzik..
  5. kenapa perlu ada domain..?
so, harap apa yang zairie sampai kan nie, akan memberi manfaat kepada anda dan juga diri zairie..

assalamualaikum






1 orang gemar komen entry aku:

  1. mcm best je blogger..pnah buat dulu tp tak aktif pun
    sbb lectrer sruh buat wajib sebgai asgmnt..huhu

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)