HuzairieHusinBlog: KESESAKAN TERBURUK DI BEIJING | MAMPUKAH ANDA HADAPINYA?

Thursday, October 7, 2010

KESESAKAN TERBURUK DI BEIJING | MAMPUKAH ANDA HADAPINYA?

Salam dari zairie..


terbaca rencana di kosmo online.. kesesakan terburuk di beijing.. dikatakan kesesakan tersebut menyebabkan kenderaan terperangkap sejauh 130 km..!!!! memang dasyat..... 




yang nie zairie sekadar berkongsi dengan anda semua.. sekadar renungan mungkin dan sekadar menambahkan info anda... :)


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


di kalangan  sebahagian besar negara yang membangun, kesesakan lalu lintas bukan perkara yang sentiasa berlaku. Lazimnya, liputan mengenai kesesakan lalu lintas yang dipaparkan di media pada musim-musim perayaan, kemalangan atau sebarang aktiviti demonstrasi yang mengambil tempat di atas jalan raya.

Bagaimanapun senario itu berbeza dengan situasi trafik di lebuh raya di Beijing, China. Di bandar raya berkenaan, jalan raya yang sesak sudah menjadi kebiasaan penduduknya tetapi jika lalu lintas tiba-tiba lengang, ia ibarat satu mimpi buruk.
Sejak pertengahan Ogos lalu, kesesakan lalu lintas lebuh raya Beijing-Tibet mencatatkan kesesakan paling buruk. Jika sebelum ini orang ramai menggunakan lebuh raya untuk perjalanan yang lancar, sebaliknya tempoh perjalanan di lebuh raya tersebut menjadi dua hingga tiga kali ganda daripada biasa.
Semuanya dipercayai berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya sehingga memaksa pihak polis membina lorong lencongan alternatif untuk meredakan kesesakan.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan kemalangan jalan raya yang dikatakan berpunca daripada sikap pemandu yang tidak bersabar, tidak berhemah dan membuat laluan tambahan sehingga menyempitkan laluan sedia ada.
“Kerajaan harus mengambil langkah pembangunan infrastruktur bandar dan menghabiskan sebahagian bajet belanjawannya,” kata Pengarah Institut Urban dan Pengajian Persekitaran, Akademi China dan sains Sosial, Niu Fengrui.
Dalam pada itu, lebuh raya Beijing-Tibet sepanjang 3,700 kilometer (km) akan menghubungkan Beijing dengan Lhasa di rantau autonomi Tibet dekat barat daya China apabila ia siap kelak.


Ketika ini, laluan Beijing Xining dibuka kepada trafik manakala laluan Xining-Lhasa masih di bawah penyelenggaraan dan pembinaan. Ia juga adalah satu-satunya lebuh raya ke Beijing dan Tianjin dari arah barat laut.
Masalah kesesakan trafik paling teruk adalah di Hebei dan Inner Mongolia sejak kerja-kerja penyelenggaraan bermula di laluan sehala.
Reka bentuk jalan yang lemah dan jumlah trak yang berlebihan dikatakan antara puncanya. Empat lebuh raya iaitu Beijing-Tibet, National Road 110, Xiguan Road and Beijing-Xinjiang yang bertemu di hujungnya menyebabkan kesesakan teruk.
Penduduk Beijing pula terpaksa memilih laluan berkenaan kerana laluan alternatif lain mengenakan tol yang terlalu tinggi.
Selain itu, perkembangan industri arang batu dekat Inner Mongolia menambah tekanan ke atas pengangkutan. Produksi arang batu di China bagi tahun 2010 khabarnya mencecah sehingga 730 juta tan.
Laluan trafik di China National Highway 110 telah berkembang 40 peratus setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang menyumbang kepada kesesakan melampau. Kadar trafik adalah 60 peratus lebih tinggi berbanding kebolehan tampungan lebuh rayanya.



0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)