HuzairieHusinBlog: Projek Menara Warisan Merdeka Menara Tertinggi Di Malaysia

Monday, October 25, 2010

Projek Menara Warisan Merdeka Menara Tertinggi Di Malaysia

salam dari zairie..


dengar cerita dalam bajet 2011 yang dibentang DS Najib, malaysia akan mendirikan sebuah menara dan menara tersebut merupakan menara tertinggi kat malaysia! lepak sini untuk baca intipati bajet  2011


Sebuah bangunan tertinggi di Malaysia akan dibina berhampiran Stadium Merdeka pada kos RM5 bilion yang dijangkakan akan siap pada tahun 2015 yang dinamakan di dalam projek yang dikenali sebagai Warisan Merdeka.


Bangunan setinggi 100 tingkat itu yang belum diketahui tingginya itu dijangkakan tidak akan menewaskan bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa. Bangunan di


Dubai itu berukuran 828 meter tinggi dengan 160 tingkat.











Bangunan baru itu mungkin menandingi bangunan kedua tertinggi di dunia, Taipei 101 yang setinggi 101 tingkat dan 509 meter. Bangunan baru yang bakal dipelopori oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) itu dijangkakan menandingi bangunan Menara Petronas yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia apabila siap pada tahun 1998 dengan 452 meter dan 88 tingkat.

Bangunan itu akan dibina di tanah seluas 7.2 hektar milik PNB yang terletak berhampiran Stadium Merdeka dan tapak bekas Penjara Pudu.


zairie : lepas nie kompem industri pelancongan kat malaysia nie naik... bertambah maju la malaysia.. :D

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)