HuzairieHusinBlog: RAJA AZURA BERCERAI | KENYATAAN RASMI RAJA AZURA

Monday, October 11, 2010

RAJA AZURA BERCERAI | KENYATAAN RASMI RAJA AZURA


Assalamualaikum wbt dan salah sejahtera.

Maafkan saya kerana sukar untuk dihubungi beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin ini telah menyebabkan ramai menganggap saya sengaja mengelakkan diri, terutama daripada rakan-rakan media, tetapi segala tindakan saya bersebab. Sebagai manusia, saya tentulah ada kelemahan. Saya masih sedih dan belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, apatah lagi berbicara mengenai keadaan saya secara terbuka. Berikanlah saya masa untuk mengumpul kekuatan diri dan meredakan emosi. Masalah yang saya alami adalah sangat peribadi dan saya amat berharap semua pihak dapat hormati ruang peribadi saya. Sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya maklum akan tuntutan kerja wartawan. Walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas, bahkan ada yang tekad sehingga menunggu saya di pejabat, saya tidak marah mahupun kecil hati.



Saya ingin mengesahkan bahawa, kes mahkamah saya telah selesai secara damai dengan persetujuan bersama. Perceraian antara saya dan Adzmin Tan Sri Osman adalah jalan terakhir setelah peluang berunding yang diambil saya akui menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna rumah tangga yang kami bina selama sembilan tahun ini tidak boleh diselamatkan lagi, cuma tiada jalan penyelesaian lain yang ditemui buat masa ini. Saya yakin masih ada peluang untuk memulih dan menyelamatkan rumah tangga ini, kerana ini adalah perceraian kali pertama dan berdasar persetujuan kedua-dua pihak. Saya masih dalam tempoh idah dan kami boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya.

Kami masih tidak putus asa mencari pendamaian walaupun tidak lagi bergelar suami isteri. Saya terima hakikat bahawa perkara yang berlaku ini menjadikan saya semakin dewasa dalam alam rumahtangga. Perpisahan tidak menjadi penghalang bagi kami untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.

Perceraian bukan kesalahan dari segi agama ataupun undang-undang, malah dihalalkan dalam Islam serta dibenarkan undang-undang mengikut prosedur yang betul. Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu dibesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin. Kami memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumahtangga setelah kaedah membaiki dari dalam tidak berhasil. Sampai masanya kami mencuba kaedah membaiki dari luar pula. Seperti yang tertulis dalam Al-Quran, ‘Tasrihun bi ihsan’ yang bermaksud bercerai demi kebaikan.

Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan saya dalam menempuhi perjalanan hidup menempuhi alam rumah tangga. Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa, perjuangan saya belum selesai.

Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh idah ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional. Adzmin masih mengambil berat diri saya dan mengambil tahu akan keperluan saya, seperi nafkah dan lain-lain. Kami tahu silap masing-masing, dan kasih sayang kami tidak pernah luntur.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memahami dan banyak bersabar dengan situasi ini. Harapan saya agar semua pihak sama-sama mendoakan kebahagiaan saya dan Adzim meskipun kami kini berada dalam bahtera yang berbeza. Mungkin satu hari nanti, siapa tahu, kami akan kembali berkongsi satu bahtera yang sama.

Doakanlah kami.

Yang benar,
Raja Azura





P/S:  Semoga kak engku tabah dalam menepuhi apa yang berlaku..

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)