HuzairieHusinBlog: Gambar Bogel Alexandria Mills Ratu Dunia 2010

Tuesday, November 16, 2010

Gambar Bogel Alexandria Mills Ratu Dunia 2010

salam dari zairie..


fuh..!! lagi gambar bogel... kali nie gambar bogel ratu dunia Alexandria Mills pulak.. kalau sebelum nie kecoh pasal gambar bogel emma watson.. kenapa la diorang nie suka bogel bogel.. apa yang dapat?? dah tersebar macam nie baru nak mengelabah... dunia dunia.. huhu..




Gambar Dari HMetro Online

yang nie artikel dari Harian metro.. 

NEW YORK: Kedudukan Ratu Dunia 2010, Alexandria Mills kini terumbang-ambing selepas gambar bogelnya tersebar. Alexandria Mills, 18, dari Kentucky, mewakili Amerika Syarikat dan dinobatkan dengan gelaran itu dalam pertandingan yang diadakan di Sanya, China pada 30 Oktober lalu.  Alexandria, wanita pertama Amerika memenangi gelaran berkenaan, didakwa merakam sendiri gambarnya dalam keadaan bogel musim panas lalu. 

Gambar itu menunjukkan dia duduk di atas tandas tanpa berpakaian.




Dia kemudian mengirimkan gambar itu kepada teman lelakinya ketika itu dan kini ia tersebar di media. Alexandria yang bekerja sebagai model untuk Elite Model Management Miami bukan ratu cantik pertama berdepan dengan kontroversi seumpama itu. Carrie Prejean yang memenangi Ratu California terpaksa menyerahkan mahkotanya selepas gambar bogelnya tersebar.  Dalam pertandingan Oktober lalu, Alexandria mengalahkan 115 peserta lain. 

Tempat kedua dimenangi peserta Botswana dan yang ketiga dari Venezuela.

Bagaimanapun, kemenangan Alexandria itu dipertikaikan.

Menurut sumber, Ratu Norway sepatutnya memenangi gelaran berkenaan tetapi juri kononnya diarah supaya tidak memilihnya kerana tindakan Norway menganugerahkan Hadiah Nobel Keamanan kepada aktivis antikerajaan, Liu Ziabao, awal tahun ini.

Sebelum keputusan, pelajar Norway, Mariann Berkendal menjadi peserta ‘favourit’ untuk memenangi gelaran Ratu Dunia 2010 itu. - Agensi

pss : jangan ambil gambar yang korang rasa boleh membahayakan diri korang sendiri.. jangan sudah terhantuk baru tergadah.. bak kata abang bil.. " lu pikir la sendiri... assalamualaikum.."

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)