HuzairieHusinBlog: REVIEW ADVERTISMENT BUFFERED EARNING | AMP Era.Fm

Saturday, November 6, 2010

REVIEW ADVERTISMENT BUFFERED EARNING | AMP Era.Fm

salam dari zairie..

firstly siapa tak kenal radio yang popular dan radio no 1 di hati zairie... ERA lah... ok.. yang nie merupakan review untuk second BE zairie untuk bulan nie (november 2010).. alhamdulillah... klik sini.. AMP bermaksud Airtime Management and Programming (AMP).. 

kat sini ada sedikit info menegenai AMP nie.. kredit to murai.com.my


Kredit photo By Murai.com.my



Selepas menjalani proses kaji selidik yang dijalankan bermula Ogos lalu, radio-radio di bawah payung AMP Radio Network seperti ERM FM, Sinar FM, THR Raaga/THR Gegar, MY FM, XFM, Hitz.FM, Mix FM dan Lite FM masih kekal menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. 


Keputusan ini diperoleh berdasarkan 5 stesen radio AMP berada di tangga teratas carta manakala beberapa stesen kekal sebagai No 1. 

Dari 15.188 juta pendengar, 10.978 juta memilih stesen radio AMP dan ia mengesahkan lagi bahawa AMP adalah badan penyiar yang memiliki kelompok pendengar terbesar. Jurang 6.3 juta pendengar memisahkan AMP dan pesaing terdekat. 

Pencapaian ini menunjukkan AMP terus kekal dalam pasaran sebanyak 54% meskipun berada di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit. 

Ketua Pegawai Operasi AMP, Sree Pathmanathan, berkata industri radio AMP kini berada pada tahap paling cemerlang. Pendengar sudah pandai memilih radio yang ada kandungan terbaik.

"Tinjaun kali ini membuktikan pendengar masih lagi menjadikan radio sebagai sumber informasi dan hiburan. Apatah lagi, pendengar lebih gemar mengikuti konsert dan persembahan yang dianjurkan stesen radio seperti Jelajah 11 Era, Konsert R&R Sinar dan XGig," ujarnya.

Apa yang menarik, dalam carta Top 10 ERA, Sinar, THR (Raaga & Gegar) dan My FM terus unggul dalam kategori masing-masing.

"Selain Era dan Sinar yang terus menjadi pilihan ramai jutaan pendengar Melayu, MY FM kini adalah stesen Bahasa Cina No 1, Hitz.fm (Bahasa Inggeris No. 1) dan THR Raaga (Bahasa Tamil No.1)," jelasnya.


Berikut adalah prestasi radio AMP:

ERA FM: 

Aznil Riuhkan Pagi ERA bersama Din Beramboi makin diminati. 
Satu-satunya rancangan sarapan pada 5 tangga teratas yang merekodkan peningkatan positif dan mencatatkan peningkatan. Pendengar Riuh Pagi ERA kini menjangkau 1.8 juta. 

maklumat lanjut boleh baca kat sini


zairie paling suka dengar pagi era.. paling best dengar segmen can i help u.. kelakar habis... yang kurang pandai BI nie, memang nampak gambra.. kesian kat diorang geng2 paknil nie kenakan.. hehe.. 



jom layan kejap video nie.. memang kelakar habis.. rugi tak tengok.. hehe






nak terjah website era dan dengar era secara online.. klik sini


pss : suka tagline baru era sekarang... "era kini memaikan lagu lagu hits terbaik" ... buhbye!

assalamualaikum..

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)