HuzairieHusinBlog: Blog Zairie 3 Tahun Dari Sekarang

Sunday, December 12, 2010

Blog Zairie 3 Tahun Dari Sekarang

okeh... nak join segmen abg zairie.. (padahal segmen sendiri nie.. layan la.. hehe)



andai aku tahu putaran kehidupan masa hadapan, tak payah la aku bekerja keras sangat untuk mencapai je.. tapi itu lah kehidupan.. anda buat.. anda dapat.. usaha tangga kejayaan.. betul tak..?? tanpa usaha, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.. =)

orait... sekadar nak kongsi dengan korang perancagan masa hadapan blog zairie nie.. apa yang akan berlaku 3 tahun dari sekarang.. korang rasa macam mana..??? hehe.. kalau 3 tahun dari sekarang bermaksud blog zairie sudah mengjangkau usia 4 tahun.. lama juga tu.. 4 tahun pengalaman menjadi seorang blogger.. tak ada company nak offer kerja ke... hehe..

3 tahun dari sekarang apa yang zairie mahukan kemajuan pada blog zairie nie...? yang pertama zairie mahu tengok

FOLLOWER

yang nie agak penting jugak pada blog zairie.. followers nie lah kekuatan blog zairie nie.. tanpa mereka zairie pasti akan give up dan jatuh di pertengahan jalan... erm.. apa yang zairie mahu tengok.. satu je.. 3 tahun lagi zairie mahu tengok followers blog zairie nie melebihi 5000... banyak tu.. bagi zairie tak mustahil kalau kita berusaha.. tiada yang mustahil di dunia nie... kan..?

DOMAIN

Yang nie zairie dah plan lama dah.. nak tukar ke zairie.com.... tapi tak tahu lagi bila.. zairie bukan tak nak join blogger yang wat contest bagi domain percuma.. tapi bagi zairie, zairie nak domain pertama zairie tu dengan usaha zairie sendiri.. zairie beli dengan duit zairie.. baru zairie akan rasa satu kepuasan dalam berblog nie.. semagat bila kita usaha sendiri amat berbeza.. tak percaya...??? cuba lah.. hehe..

FAN PAGES

Zairie rasa semua blogger dah ada fan pages sendiri kan.. bagi zairie bagus jugak.. ok.. untuk fan pages zairie yang ini zairie target orang yang like mencecah 10 000.... banyak kan... tak mustahil untuk mencapai angka tu..  bergantung kepada usaha kita.. =)


MAGAZINE


Yang nie kalau dapat... pergghh.. bisa tak tidur malam nie.. hehe... zairie akan cuba buat kan blog zairie nie masuk kan majalah mana mana.. majalan dara pun tak pe lah... haha.. okeh tak..?? tak pun majalah ujang... boleh kan pak cik din.. hehe..


and the last my wishes......... i want.........


BE A REFEERENCE BLOG


Menjadi rujukan blogger.. mungkin dengan pengalaman sebagai seorang blogger pada masa tu, zairie boleh memberi atau berkongsi dengan sedikit ilmu blog nie dengan kawan kawan yang baru berjinak dengan blogging nie.. kalau nak tanya apa, tanya lah.. zairie sedia membantu.. insyaallah....




so.. itu lah yang zairie  mahukan untuk blog zairie  3 tahun dari sekarang... nak mencapainya bukan mudah... memerlukan usaha yang dan ketabahan yang tinggi.. kan...=)


zairie doakan moga zairie dan blogger blogger yang lain akan berjaya dalam dunia blog nie.. amin...


akhir kata pada zairie.. salam 1 bloggers..


assalamualaikum...

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)