HuzairieHusinBlog: Cita Cita Tanpa Usaha Mimpi Tidak Akan Menjadi Kenyataan

Monday, December 6, 2010

Cita Cita Tanpa Usaha Mimpi Tidak Akan Menjadi Kenyataan

salam 1 bloggers...

wah.! dah lama Dr. Zairie tidak memberi motivasi kan...? Dr Zairie..?? layan je la... nak motivasi kat diri sendiri dan kat korang semua.. kalau korang baca sampai habis, insyaallah motivated la sikit 1 % sikit.. sebab zairie pun bukan pakar sangat memotivasi diri nie.. hehe



pernah tak korang mahukan sesuatu..?? pernah tak jugak korang berusaha untuk mendapatkan nya...?? ok.. zairie cerita  sikit mengenai zairie... erm.. pasal apa ea??? pasal blog je la.... hehe... sebab korang semua kan bloggers.. kan...?

korang tahu tak apa yang zairie mahukan bila berbog nie...???? masa zairie buat blog mula mula dulu memang zairie tak tahu apa.. tak ada orang yang mengajar zairie selok belok blog nie.. kita jatuh ke.. kita bangun ke dalam dunia blog nie.. tiada siapa yang tahu... sekarang nie lain sangat.. banyak blogger yang membantu blogger baru naik... beruntung mereka... 

suatu ketika dahulu blog zairie pernah menjadi blog entah apa apa.. tak ada hala tuju.. nak ke kiri pun boleh.. nak ke kanan pun boleh.... ikut je nak pergi mana..... so.... zairie tinggalkan blog zairie selama hampir 3 bulan.. 3 bulan beb! gila la.. lama tu.... 

zairie pernah terfikir...  'aku berblog mesti ada tujuan... blog aku untuk siapa... apa yang aku mahu dalam berblog nie...' ... so, dengan persoalan yang bermain dalam fikiran tu, zairie bukak balik blog yang setelah lama terbiar... 

masa bukak zairie jadi blank.. tak tahu mahu mula dari mana... macam mana nak cari traffic.... macam nak nak orang komen entry entry kita.... macam mana nak orang follow blog kita... erm... macam macam cara zairie buat... alhamdulillah berjaya jugak.. penyelesaian nya.. zairie komen entry blogger lain.. kalau kita tak komen entry orang macam mana orang nak komen entry kita.. betul tak..?? ' what u give, u will get back ' .. zairie pegang kata kata tu....

macam nak nak tingkat followers... 

hm.. yang nie membuat kan zairie terfikir jugak.. macam mana nak up kan followers zairie.. bukan senang nak orang follow blog kita... susah.. banyak faktor yang mempengaruhi blog untuk orang follow blog kita... pertama apa yang zairie nampak... cara kita menulis.. gaya bahasa... sesetengah reader mereka tak suka entry short form nie.. dulu zairie pernah kena tegur sebab guna short form.. sebab diorang tak faham.. so, dari situ zairie ambil ikhtibar.. zairie perbaiki gaya penulisan zairie... dan hasil nya..... alhamdullillah... followers semakin  ramai... blog semakin mesra SEO...

erm.. banyak lagi zairie nak kongsi dengan korang semua... boleh bikin satu entry lagi.. hehe... satu je.. apa yang zairie pegang dalam blog.. target apa yang kita mahu dalam berblog.. pastikan ia nya tercapai walaupun apa cara yang korang ambil... try and error.. mana ada orang wat kajian pertama terus berjaya.. mereka sentiasa mencuba.. mencuba dan terus mencuba... akhirnya..... kejayaan yang kita akan capai....

okeh..?? nak pi beli topap jap.. ada siapa siapa nak kirim tak?? hehe

selamat berblogging.. :D

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)