HuzairieHusinBlog: Tips Bagaimana Mahu Kekal Lama Dalam Percintaan Anda |Cinta Memerlukan Prinsip 4K

Monday, December 27, 2010

Tips Bagaimana Mahu Kekal Lama Dalam Percintaan Anda |Cinta Memerlukan Prinsip 4K

" sesungguhnya cinta....
memerlukan kesetian...
tanpa kesetiaan.. oh tiada ertinya...
ramai insan kecewa.. kerana cinta.. "

-petikann lirik lagu cinta memerlukan kesetian by stings-


sebelum tu betul tak apa yang cuba disampaikan oleh kumpulan stings tu melalui lagu diorang nie...?? betul kan...? tak tipu punya.. hehe... kalau korang refer balik pada tajuk.. cinta memerlukan 4K.. Apa 4K tu sebenarnya...?? ok.. zairie akan terangkan kejap nanti...




okeh.. sebenarnya prinsip 4K nie merupakan satu tips percintaan bagaimana mahu kekal dalam hubungan percintaan nya.. prinsip nie zairie gunakan dalam hubungan zairie.. setakat nie alhamdulillah masih lagi saling memahami antara satu sama lain.. hope this tips boleh diguna pakai oleh korang jugak ye.. hehe..

1. Kesetiaan

kesetian merupakan satu elemen penting dalam perhubungan.. korang boleh bayangkan tak macam mana kalau korang kapel tapi masing masing tak setia antara satu sama lain..?? mesti masing masing tak dapat menikmati nikmat setia tu kan...?? so K yang pertama adalah setia.. sesungguhnya cinta memerlukan kesetiaan dalam diri...


2.  Kejujuran

K yang ke-2 adalah kejujuran.. yang nie merupaka elemen penting jugak dalam hubungan percintaan nie.. kapel bertahun tahun tapi kalau masing masing tak jujur tak ada guna jugak kan...?? kalau boleh better kita jujur dengan pasangan kita tu.. tak payah la kelentong kelentong dia.. kan tak baik tipu tipu nie.. hehe..

3.  Keikhlasan

ikhlas tapi jauh... macam lagu VE tu.. jauh jauh pun tak pa.. yang penting kita ikhlas antara satu sama lain.. betul tak..?? dalam perhubungan nie biarlah kita ikhlas apa yang kita lakukan untuk pasangan kita tu.. kalau dia mintak tolong antar ke mana ke.. antar je la.. ikhlas apa yang korang lakukan untuk pasangan korang tu.. ok..? =)

4. Kepercayaan

K yang terakhir ialah kepercayaan... yang nie lah yang zairie selalu terapkan pada hubungan zairie nie... saling percaya mempercayai... buat apa kalau kapel bertahun tahun tapi kalau tak percaya..? betul tak..? kalau saling percaya senang je.. walaupun kita jauh dari mata dia, kepecayaan kita pada dia tetap tinggi.. betul tak...??


so hope prinsip 4K nie boleh diguna pakai dalam perhubungan korang.. yang baru nak mengenali cinta nie boleh la apply ka prinsip nie.. cewah..!

1 orang gemar komen entry aku:

  1. sy memg mnggunakn prinsip ue pon ,,,,cme sy pkai 5k,,,kesetiaan,kejujuran,keihklasan,kepercayaan n keserasian.....

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)