HuzairieHusinBlog: Dato' Seri Anwar Dan Dato' Seri Najib Berdebat Mengenai Dasar 100 Hari

Friday, January 14, 2011

Dato' Seri Anwar Dan Dato' Seri Najib Berdebat Mengenai Dasar 100 Hari

salam 1 malaysia..

tadi masa zairie jalan jalan menbaca entry kawan kawan blogger, tersesat dekat satu blog politik.. sebenarnya zairie pun kurang sikit dengan politik nie.. dan entah macam mana zairie boleh tertarik nak baca satu artikel nie.. mengenai perdebatan antara Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Dato' Seri Anwar  mengenai dasar 100 hari.. 

zairie nak buat ulasan pun takot juga.. takot tersalah tafsir.. so, zairie dah mintak izin dekat owner blog tu nak share dalam entry nie.. berminat.. boleh la baca.. kadang kadang kita kena ambil tahu juga isu semasa dalam malaysia nie.. betul tak??




KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Khamis sebulat suara bersetuju meneruskan cabaran debat terbuka Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai dasar 100 hari jika mereka menang pilihan raya umum akan datang.
Keputusan tersebut diputuskan majlis berkenaan yang bermesyuarat hari ini.
Anwar menegaskan beliau tidak akan menerima cabaran untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
"Khairy hanya cuba untuk menyelamatkan Perdana Menteri.
"Cabarannya adalah kepada Perdana Menteri dan tuduhan yang mengatakan Malaysia akan muflis sekiranya melaksanakan dasar 100 hari PR itu dibuat oleh Perdana Menteri. Kita hanya mahu respons Perdana Menteri," katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan majlis itu di sini pada Khamis.
Pagi tadi, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menghantar surat rasmi mempelawa Anwar berdebat dengannya berhubung dasar 100 hari Pakatan Rakyat memerintah.
Sementara itu, mengenai pilihan raya kecil Tenang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tidak menafikan seorang calon wanita tersenarai dalam senarai calon yang akan diputuskan oleh Majlis Syura.
"Kita ada tiga nama calon akhir termasuk seorang wanita," katanya yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS kawasan Tenang.

kredit -

nota penulis :

"Tak kan melayu hilang di dunia...."

2 orang gemar komen entry aku:

  1. perghh pkr pulak dah...takotnye =( boleh plak najib nak berdebat ek..anuar tu scarryy ahhh

    ENTRI MANTAP & MELETOZZ :
    # Awek Leggings Ketat Seksi #
    # Sikap Cuai Bawa Padah !#
    # Teks Ucapan Paling Sempoi !#

    ReplyDelete
  2. menanti sja siapa yg akan menang..

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)