HuzairieHusinBlog: Harga Terkini Minyak Petrol Ron 97 2011 | Harga Minyak Naik 10 sen

Monday, January 31, 2011

Harga Terkini Minyak Petrol Ron 97 2011 | Harga Minyak Naik 10 sen

alamak .... satu khabar yang kurang mengembira kan... oh! harga minyak naik lagi.. rasa nya macam semalam je naik... kali nie naik lagi.. tapi minyak petrol 97.. selamat.. saya guna ron 95.. jimat sikit.. tapi dapat rasa yang 95 pun akan naik jugak.. maybe dalam masa terdekat la...




PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.




p/s: tak pasti kenapa harga minyak naik secara tiba tiba nie.. rasanya ada kaitan dengan apa yang berlaku di mesir sekarang nie.. harap harap harga minyak akan kembali macam dulu..  hmm

4 orang gemar komen entry aku:

  1. harap sgt bro.. skng musim hujan.. x lalu nk nek moto bsh kuyup g keje

    ReplyDelete
  2. Harap juga. bla minyak turun barang pun turun..

    ReplyDelete
  3. sori la brader minyak naik lagi ader la, turun jangan harap...

    ReplyDelete
  4. tentunye .... sangat la miracle kalo tetiba harga minyak r97 tu turun... adakah?

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)