HuzairieHusinBlog: Keputusan Akhir Perlawanan Badminton Terbuka Korea 2011, Lin Dan Kalah kan Pemain No 1 Dunia.!

Sunday, January 30, 2011

Keputusan Akhir Perlawanan Badminton Terbuka Korea 2011, Lin Dan Kalah kan Pemain No 1 Dunia.!

salam... berakhir sudah kejohanan korea open 2011 di korea... dan berakhir juga la perjalanan pemain badminton malaysia di korea.. ada yang membawa balik kejayaan dan ada membawa balik kenangan.. 


dan tadi baru je selesai perlawanan akhir badminton terbuka korea 2011.. dan rasa nya semua dah tahu kan siapa juara...?? bagi yang tahu jap lagi zairie bagi tahu k..  dan tadi final bagi kategori lelaki memang game yang paling dinantikan.. semua comfirm dah ada depan tv dah.. final tadi antara lin dan & choong wei. game memang fight.. 

masa 1st set lin dan nampak bermain bermati mati.. tengok choong wei nampak sedikit tertekan.. lin dan macam biasa la.. main saiko sikit.. saiko pengadil la. choong wei la.. 2nd set lak choong wei menang.. tak pasti sama ada lin dan saja bagi menang atau apa.. masa lawan ngan taufik time separuh akhir pun lin dan bagi menang time 2nd set.. 


dah memang rezeki pasukan china.. diorang bawak balik lagi piala... lin dan berjaya kalahkan choong wei dengan 3 set.. 21-19, 14-21, 21-16.. tak apa lah.. yang penting choong wei dah bermain dengan bersungguh. pujian harus juga diberkan kepada dia kerana berjaya sampai ke tahap nie.. 

taniah kepada pasukan yang menang.. dan majulah sukan untuk negara...


p/s: ingat iklan milo "play more learn more" hehe

4 orang gemar komen entry aku:

  1. hampir2 lee chong wei menang..hehe tak pe cuba lagi lain kali

    ReplyDelete
  2. chong wei ni macam federer.

    sebab federer kalau jumpa dgn nadal je slalu kalah.

    :D

    ReplyDelete
  3. ttp x lengkap status pemain no 1 tu slagi xleh klh kan lin dan..

    ReplyDelete
  4. kekalahan pemain no 1 negara di sebb kn keletihan,, selesai bermain di kejohanan terbuka proton trus ke korea,, lin dan tarik diri disebabkn untuk mendapatkan rehat dan mngumpulkan stamina,,,, dengn alasan kecederaan belakang, lindan ni mmg pnipu bsar

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)