HuzairieHusinBlog: Maizawati Bekas Isteri Akhil Hayy Kemalangan Di Ipoh, Perak

Saturday, January 1, 2011

Maizawati Bekas Isteri Akhil Hayy Kemalangan Di Ipoh, Perak

salam kawan kawan... ni berita yang baru zairie tahu... tak tahu la kalau korang dah lama tahu.. kalau siapa tak tahu lagi macam zairie nie ha, meh la kita baca sama sama...





PETALING JAYA: Bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal,36, (gambar) selamat menjalani pembedahan selepas tangan kirnya patah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.
Maizawati yang baru sedarkan diri, Jumaat ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.
Suaminya, Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim,23, ketika dihubung mStar Online Jumaat berkata, Maizawati dijangka ditahan di hospital berkenaan sehingga 4 Januari ini tetapi doktor akan memanjangkan tempoh rawatan sekiranya perlu.
“Syukurlah... hari ini (Jumaat) dia sudah sedar akibat kemalangan itu. Tangan kirinya akan dimasukkan besi,” katanya.
Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, kereta Proton Gen 2 yang dinaiki Mohd Yassin bersama Maizawati terlibat dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan dari Medan Gopeng ke Bercham di Ipoh.


Kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi selepas mereka menghantar keluarga angkat Mohd Yassin ke perhentian bas Medan Gopeng yang ingin pulang ke Singapura selepas bercuti.
Kenderaan yang dipandu Maizawati itu dikatakan terbabas apabila sebuah Proton Wira tiba-tiba membelok di satu selekoh menyebabkan wanita itu terlanggar kenderaan berkenaan.
Turut berada dalam kereta mereka termasuklah tiga daripada enam orang anak hasil perkahwinan Maizawati yang terdahulu iaitu Siti Maisarah,14, Mohd. Syarif Hidayatullah,12, dan Mohd Syatiri,3.
Suami dan anak-anak hanya mengalami cedera ringan.
Ditanya mengenai kandungan Miaza yang sekarang berusia lima bulan, Mohd Yassin berkata, kandungan itu selamat walaupun berlaku sedikit pendarahan.
Selain patah tangan Maizawati turut mengalami luka pada lutut kiri.



p/s : semoga maizawati cepat sembuh ye dan tabah menghadapi semua ini.. amin.... =)




- kredit to mstar online - 

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)