HuzairieHusinBlog: Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom Malaysia 2011

Wednesday, January 26, 2011

Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom Malaysia 2011

Salam buat pembaca blog zairie sekalian.. harap anda berada dalam keadaan sihat sejahtera.. (mukhadimah power nie.. hehe)

nak kongsi satu info yang menarik dari anda.. harap dapat manafaat dan share oleh korang ye.. =)

KUALA LUMPUR: PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM)menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kereta persendirian di semua cawangan Puspakom sempena perayaan Tahun Baru Cina ini. 

Pemeriksaan percuma oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan DRB-HICOM ini bermula 24 Januari sehingga 28 Januari.



Pemeriksaan itu merangkumi pemeriksaan asap, brek, gantungan dan gelincir sisi untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan adalah optimal.
"Pemeriksaan ini adalah secara sukarela dan kami menawarkan kepakaran kami untuk memastikan kenderaan anda selamat dan layak dipandu semasa musim perayaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Hisham Othman dalam satu kenyataan hari ini. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemeriksaan percuma ini, sila hubungi talian bebas tol PUSPAKOM di 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my.


note:
sempena tahun baru cina nie mesti ramai yang balik kampung kan.. cuti lama tu.. so bagi yang jalan jauh tu better check 1st your car.. and better pergi pemeriksaan percuma puspakom nie.. lagi pun percuma kan.. tak perlu bayar apa apa pun.. =)

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)