HuzairieHusinBlog: Pilihan raya kecil Dun Tenang 2011 | Hari penamaan calon Dun Tenang 2011

Saturday, January 22, 2011

Pilihan raya kecil Dun Tenang 2011 | Hari penamaan calon Dun Tenang 2011

salam.. sekadar berkongsi dengan apa yang berlaku di Dun Tenang yang sedang berlangsung pilihan raya kecil. untuk pengetahuan pembaca sekalian, hari ini 22.01.11 merupakan hari penamaan calon manakala 30.01.11 merupakan hari mengundi oleh penduduk kawasan tenang..


Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang diadakan di Majlis Daerah Labis mula dibuka pada pukul 9 pagi ini dan akan berakhir satu jam kemudian.
Selepas masa penyerahan borang pencalonan tamat pada pukul 10 pagi, proses bantahan pula dibuka selama satu sehingga pukul 11 pagi.
Pilihan raya kecil DUN Tenang dijangka bakal menyaksikan saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.


BN telah memilih bekas Penolong Tadbir Pejabat Daerah Rengit, Mohd Azhar Ibrahim, 39 sebagai calonnya, manakala PAS diwakili oleh Normala Sudirman, 39, bekas guru.
DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pengundi pos, dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani, pekerja di ladang getah dan kelapa sawit.
Daripada jumlah itu, 7,014 orang (47.54 peratus) terdiri daripada kaum Melayu; Cina (5,766); India (1,780); Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima) dan Orang Asli (171).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyediakan sebanyak sembilan buah sekolah dan tiga buah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 32 saluran tempat mengundi.

Pilihan raya kecil ini turut menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010..
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya, Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.




harap tiada eksiden yang memburukkan keadaan.. kepada semua pengundi di dun tenang selamat mengundi dan tunaikan kewajipan anda kepada negara malaysia yang dicintai..

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)