HuzairieHusinBlog: Proton Inspira 2.0 CVT Ganti Proton Perdana Sebagai Kenderaan Rasmi Pegawai Kerajaan

Wednesday, January 5, 2011

Proton Inspira 2.0 CVT Ganti Proton Perdana Sebagai Kenderaan Rasmi Pegawai Kerajaan

SUBANG JAYA - Proton Inspira atau Proton Perdana Eksekutif baru dicadangkan sebagai pengganti Proton Perdana jenis standard yang kini menjadi kenderaan rasmi pegawai kanan kerajaan.


Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed berkata, cadangan itu sudah dihantar kepada kerajaan dan kini terpulang kepada kerajaan memilih model Proton yang sesuai.
"Dengan adanya model Proton Inspira 2.0 CVT (Transmisi Penghantaran Berubah Berterusan), ia boleh menggantikan model Perdana standard kerana ia lebih murah walaupun mempunyai kelajuan yang sama. Proton Perdana Eksekutif pula akan dinaik taraf supaya lebih berdaya saing," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

nota penulis : 
ok jugak kalau ganti proton perdana dengan inspira nie.. baru nampak garang sikit.. =) bila la proton lekir nie nak keluar nie.. tak sabar nak book nie.. haha

2 orang gemar komen entry aku:

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)