HuzairieHusinBlog: Saintis USA Buktikan Nabi Musa A.S. Belah Laut

Thursday, January 6, 2011

Saintis USA Buktikan Nabi Musa A.S. Belah Laut

salam kawan kawan... yang nie zairie baru terbaca kat satu laman web nie.. dan zairie rasa patut zairie berkongsi dengan semua pembaca setia zairie...


BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.


Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE.


nota penulis :

bayangkan orang bukan islam boleh mengkaji sejarah orang islam.. yang baik kita terima.. ilmu tak pernah cukup selagi kita bernafas di bumi allah ini...

renungkan lah...

10 orang gemar komen entry aku:

  1. nice bro.. ilmu tiada akhirnya malah ia semakin berkembang

    ReplyDelete
  2. sangat menarik, thx for sharing, hee :)

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Ilmu mmg tak pernah cukup dan tak akan habis...

    ReplyDelete
  4. Tiada yang mustahil dengan kuasa-Nya....
    Thanks for sharing....

    ReplyDelete
  5. slm pagi jumaat,alhamdulillah tq ye bkongsikan artikel yg menarik ni.smga hr ni Allah pmudahkan urusan Zairie amin

    ReplyDelete
  6. datang bace entry ni. satu lagi info yang aunt T dapati dengan melayari blog ke blog. tq

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing.. i like this entry.. berguna utk otak aku..

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)