HuzairieHusinBlog: Sinopsis & Trailer Filem Kongsi 2011 | Filem Lu Langsi Lu Mati

Sunday, January 23, 2011

Sinopsis & Trailer Filem Kongsi 2011 | Filem Lu Langsi Lu Mati

hari tu masa tengok cerita khurafat ada jugak tengok trailer cerita nie.. filem kongsi. arahan farid kamil rasanya.. kalau tak silap la.. kalau silap sorry ye..  dari apa yang zairie tengok dari trailer filem nie, memang best.. filem aksi.. tapi mungkin tidak sesuai di tonton oleh kanak kanak. sebab terlalu 18PG (parent guide).. ganas beb.. tapi dalam ganas ganas cerita masih mampu lagi tergelak sebab ada unsur unsur kelakar untuk certain certain scene tu.. terutama bila sheizy sam cubit sape ntah and cakap dalam bahasa kelantan.. tu memang lawak.. hehe...



sinopsis filem kongsi

Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.



sheizy sam.. nampak gangster tu.. rambut pacak.. memang gerun jugak la bila tengok.. luar je nampak gangster.. tapi dalam hati ada taman.. betul tak bro? hehe


Trailer filem kongsi

siapa yang tak tengok lagi trailer filem kongsi nie boleh la tengok.. memang best.. 




filem ini akan di tayangkan pada 2011.. bila tu tak pasti.. so kita tunggu je la perkembangan filem kongsi nie.. =)

2 orang gemar komen entry aku:

  1. tunggu cuti nnt aku ingat nak tgok la bro, macam seronok je kan, mesti kene tgok

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)