HuzairieHusinBlog: Sah! Hosni Mubarak Lepaskan Jawatan Perdana Menteri Mesir 2011

Saturday, February 12, 2011

Sah! Hosni Mubarak Lepaskan Jawatan Perdana Menteri Mesir 2011

salam semua... dah lama ye tak mengupdate blog nie... kesibukkan yang memaksa semua ini berlaku... tak pasti sama ada yang dah tahu atau tidak berita mengenai Hosni Mubarak perdana menteri mesir yang telah melepaskan jawapannya... kalau yang belum tahu lagi.. Ye! Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya.... 


itulah yang berlaku kat mesir sekarang nie.. dah nampak makin parah... takot pulak bila tengok.. tak dapat nak di gambarkan macam mana la kalau apa yang berlaku kat mesir akan berlaku kat Malaysia nie.. tapi setakat nie dah berpuluh tahun kita merdeka alhamdulillah.. Malaysia masih lagi aman, sejahtera dan makmur.. rakyat malaysia kan bagus.. hehe

untuk pengetahuan semua, Hosni Mubarak telah memberikan kuasanya kepada pihak tentera mesir.. klik sini untuk berita lanjut..

sebenarnya saya cuba nak berkongsi dengan anda semua apa yang berlaku dekat sana.. walaupun saya tidak lah berada di sana seperti kawan kawan kita yang lain, tapi saya yakin apa yang berlaku di sana kita akan dapat merasakannya.. sedikit walaupun tak banyak..

cuba perhatikan gambar di bawah...



lebih kurang sejuta rakyat mesir mengadakan tunjuk perasaan... fuh! tak dapat nak dibayangkan.. apa yang saya tahu tunjuk perasaan ni diadakan sebab cara pentadbiran Hosni Mubarak yang tidak disenangi oleh mereka.. 

saya tak pasti... tapi mungkin apa yang mereka buat nie betul.. menuntut hak mereka... lagi pun sekarang nie kan dunia sudah mengamalkan sistem demokrasi.. tapi bagi saya mungkin tunjuk perasaan nie bukan lah cara terbaik.. sebab bagi saya ia sedikit sebanyak akan mencalarkan imej negara.. cuma pendapat saya... mungkin ada cara lain.. nanti kita fikir bersama...

erm.. harap apa yang berlaku di sana tidak akan berlaku di negara Malaysia yang aman lagi sejahtera nie.. amin....

1 orang gemar komen entry aku:

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)