HuzairieHusinBlog: March 2011

Thursday, March 31, 2011

PC Fair 2011 Kuala Lumpur (KLCC) 15-17 April 2011

aku sebenarnya dalam proses mengsurvey nak beli laptop nie.. fuh..! serius.. susah jugak sebenarnya nak membuat pilihan ini.. nak acer aspire one... tengok asus nak asus pulak.. belum tengok macbook lagi.. hehe.. spesifikasi jangan cakap la.. masing masing bersaing nak jadi yang paling latest.. kau baru DDR2.. aku dah DDR3.. lebih kurang macam tu la diorang nyer bersaing.. bersaing secara sihat.. =)

seriusly memamg aku plan sabtu nie memang aku nak tangkap terus laptop.. nak pi survey kat lowyat.. dalam dok survey survey tu, terfikir pulak aku..kenapa tidak mencari di pc fair je.. diorang kata lebih kautim itu harga... ada betul ka...??


so, aku singgah jap official website pc fair.. (klik sini).. aku tengok bila pc fair 2011 nie akan diadakan di kl.. 

alhamdulillah.. masih belum terlewat lagi..


PC FAIR 2011 (Kuala Lumpur)

Tarikh : 15hb - 17hb april 2011
Tempat : KLCC


So. masih belum terlewat kan.... nasihat aku, kalau nak pergi tu, pergi awal sikit.. serius ramai giler orang... lagi satu.. jaga jaga sama dengan pengcilok saku... diorang memang suka tempat tempat macam tu.. kehkeh...



jap jap... aku nak mintak pandangan korang la.. aku nak beli netbook.. brand apa yang ok ea...??? 
»»  BACA SELANJUTNYA...

Mengapa agama islam?

baru je sampai umah nie.. bukak blog... ada 10 komen. siap moderated. bukak nuffnang pulak.. alhamdulillah.. masih terbaik dari ladang lagi traffic blog nie walaupun aku sengaja tak nak bermain dengan SEO sejak kebelakangan ini.. bukak earning nuffnang pulak.. masih lagi sama. metered earning masih lagi berada di column paling atas lagi. taniah...! (dalam hati bila la blog nie nak dapat adventorial post or buffered earning)....

settle semua.. aku bukak facebook pulak.. ada 20navigation + 5 mesej + 0 friend request. aku scroll bawah. tengok post terbaru dari member fb aku. jumpa satu status yang kurang best. status dari oh! media. tak perlu kot  aku bagi tahu apa dia.. rasa nya semua dah tahu.

aku baca status dia. baca dan terus membaca... terjumpa pulak blog si epal tu.. cerita pasal tu gak.. yang si epal nie cerita lagi detail. aku baca status wall budak tu. perrghhh... boleh bikin perang dunia kedua nie.. aku tengok pulak  komen dia...51ribu ++ komen... giler la... banyak  giler komen dia tu...

aku tak faham sampai sekarang.. memang aku jarang bersuara dan memberi pandangan apatah lagi komen mengenai hukum agama nie.. tapi yang nie aku tengok memang dan melampau. aku tak kenal dia.. tapi apa yang boleh aku lakukan, berdoa pada allah, agar dia bertaubat. menyesali perbuatan dia.. itu doa aku.

persoalannya.. mengapa agama silam yang sering dikotak katik kan..? adakah umat islam tidak bersuara atau menentang mereka yang mempersenda kita sedemikian rupa?? aku bukan mahu menyalakan api di bara yang panas. sekadar meluahkan apa yang dirasai dalam hati ini. 

setakat ini aku masih belum lagi melihat apatah lagi mendengar islam mencaci agama lain. yang pelik nya, kenapa mereka tidak membuat perkara yang sama pada agama lain..? adakah agama islam terlalu universal di dunia ini..? atau adakah hanya ada agama islam sahaja di dunia ini. jawapannya tidak..! fikir fikirkan..


tepuk dada tanya iman. perlukah kita membuat begitu pada agama orang lain..? sedangkan nabi mengajar kita agar menghormati agama lain. tak perlu kita mengikut rentak mereka. sekadar berdoa agar kita terpelihara dari perangai seperti mereka..

yang baik datang nya dari allah yang esa.. yang buruk pastinya dari diri aku sendiri.. wallahuallam..

-sekadar renungan buat semua-

assalamualaikum
»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, March 30, 2011

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 6


angin di luar terus menerbangkan rambut iera yang panjangnya mencecah hampir paras bahu. roy sekadar melihat. kelihatan seorang konduktor bas sedang leka mengutip tambang dari penumpang. sangat ramai orang yang mahu keluar pada hari tu. sesak. hingga ada yang terpaksa berdiri dan duduk di atas tangga.  roy mengeluarkan wag kertang RM2. diberikan pada konduktor bas. pada masa itu iera sedang sibuk membelek beg tangannya. barangkali mahu mengeluarkan duit untuk tambang.

"iera, saya dah bayar tambang tu. sekali. awak dan saya" ujar roy dengan senyuman. iera membalas senyuman itu. nasib baik roy yang bayarkan. memang pada ketika itu iera tidak mempunyai duit kecil. tapi, dia mahu membayar balik pada perjalanan pulang nanti.


penumpang di dalam bas makin lama makin berkurangan. ramai yang sudah turun. yang ada, cuma penumpang di barisan belakang sahaja. di depan cuma ada konduktor bus, pemandu dan beberapa penumpang. boleh dikira dengan jari.

roy bingkas bangun dari tempat duduknya. berjalan ke arah loceng. iera memerhati gelagat roy. roy masih lagi disitu. menunggu point yang sesuai untuk menekan loceng bas..

krrrinnggg..!!!!

bas berhenti lebih kurang 50 meter dari tempat roy menekan loceng itu.

"so, kita nak pergi mana dulu nie...?" tanya roy dengan senyuman. iera membalas senyuman itu.

"erhm... ikut je la.." balas iera. iera berjalan menuju ke satu kedai. roy cuma mengikut jejak iera. memerhati takot ada orang yang dikenali nya. terutama kawan kawannya. apatah lagi gadis gadis yang pernah diayatnya suatu ketika dahulu. kalau perkara ini terjadi, memang satu malapetaka bagi roy.

"roy, mari sini jap.." iera memangil roy. roy cuma mengikut perintah iera.

iera memegang baju t-shirt berwarna biru. digayakannya pada badannya..

"apa pendapat roy...? ok...??" soal iera sambil memandang baju yang digayakannya. roy tidak membalas pertanyaan itu. sekadar memberi senyuman. iera memahami respond dari roy. dibeleknya pula baju lain. roy membiarkan iera membuat pilihan. mungkin buat masa ini, roy tidak dapat memberi pandangan nya sangat. citarasa iera dia perlu tahu juga. baru boleh dia memberi pandangan dan pendapatnya. itulah cara roy. dia lebih suka memberikan jawapan dengan senyuman. lebih selamat.

"iera.. i lapa la..." roy memberikan isyarat kepada iera dengan mengsok perutnya. melihat gelagat roy, iera mencekak pingang.

"tak makan ke pagi tadi...???"

"makan la.. sekarang dah pukul berapa dah.. dah masuk makan tengahhari dah nie..." balas roy sambil menengok jam di tangan nya. iera ketawa kecil dengan jawapan roy. mungkin dia leka dengan memilih pakaian sehingga lupa masa berlalu.

mereka menunju ke satu kedai. memang di situlah tempatnya yang roy akan pergi jika mahu makan tengahari. ramai orang disitu. anak mata roy melilau mencari satu tempat yang masih kosong.

"kat sana tu.." iera mencuit bahu roy sambail menunjukkan ada tempat kosong di sudut hujung sana.

"saya tunggu sini.. iera pergilah ambil nasi dulu.."

iera mengikut kata katanya roy. semakin jauh, semakin hilang iera pada pandangan roy dek kerana kepadatan orang disitu... roy tersenyum sendirian.


"hye roy.. makan sorang je ke.........." seseorang menegur roy. roy terkejut dan terpaku seketika...

"eh awak.....

»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, March 29, 2011

Tak perlu menangisi yang pergi...

ini entry agak sedih sikit.. sedih.. gumbira... gumbira...??? kata sedey..?? haiya... okeh okeh.. sedeh... kadang kadang aku terfikir jugak... kenapa kita perlu menangisi pada yang pergi...? adakah kita amat menyayanginya sehingga tak sanggup kehilangannya...? adakah kerana cinta kita pada nya begitu utuh seutuh bangunan KLCC pencakar langit tu..??? bukan...?? so... kenapa perlu kita bersedih.......????? tell me... why..! why...!! 



aku pernah kehilangan seseorang yang aku sayang.. (rujuk entry ini)

kesedihan kadang kadang membuat kan kita jatuh.. jatuh dari suatu destinasi yang kita tidak ketahui. kadang kadang juga kesedihan itu membuatkan kita sering termenung mengenangkan nya...? 

persoalannya...? adakah kesedihan mendatangkan 1001 keburukkan dari kebaikkan..? tepuk dada sakit.. so tanya je selera.. kalau lapar, pergi makan... aku pernah baca satu buku motivasi nie.. kalau tak silap aku tajuk dia "jangan bersedih"..  kalau tak silap la.. bagus buku tu.. banyak memberi kita semangat di saat kita jatuh.. biasanya... mereka yang jatuh, sukar di bangunkan.. memerlukan semangat yang kuat.. tanpa semua itu, mungkin agak mustahil. tapi perlu ingat.. tiada yang mustahil dalam dunia ini..

sebagai penutup bicara.. aku hadiah kan korang sepotong pantun.. reka sendiri ok... kehkeh..

buah durian di dalam rumah..
di dalam rumah ada buah durian..
hidup ini perlulah tabah..
untuk berani menghadapi dugaan..

amacam pantun gua...?? okeh...? hehe


psss : yang sebenarnya aku just nak bagi tahu je yang aku baru je jual laptop aku kat sorang brader nie... thanks bro sudi beli.. dapat gua beli ipad sabtu nie.. hehe
»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, March 28, 2011

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 5


roy hanya mampu menatap surat itu. kelu lidah mahu membaca isi kandungan dalam surat itu. gaya bahasanya sungguh indah sekali. susunan baris baris ayat sungguh teratur sekali. hati roy semakin berdebar.. 


hye roy. saya pasti disaat ini awak pasti sedang menatap coretan ringkas saya ini. say tak tahu kenapa saya harus menulis surat ini kepada awak padahal kita baru sahaja kenal. saya cuba mencari jawapan di sebalik semua persoalan itu. tapi hampa yang saya temui. 

kalau awak tak keberatan, saya mahu awak teman saya ke pekan esok. itu pun atas kesudian yang awak berikan. kalau awak sudi. mohon awak menhantar sms awak kepada saya. ni nombor saya. 0123456789. 

yang iklas,
iera jaziela


roy tersenyum riang. hatinya berbunga. satu perasaan yang sukar digambarkan ketika itu. roy terus mengapai telefon bimbitnya. membuka kotak mesej. menaip  sesuatu.....


hye iera. harap tidak menganggu awak malam nie.. saya hargai atas kesudian awak ajak saya keluar bersama dengan awak. besok, saya tunggu awak dekat bus stand ok.. pukul 11. selamat malam.

roy meletakkan kembali telefon bimbitnya di sebelah nya. dibacanya lagi surat yang dikirimkan iera siang tadi.. tak pernah puas membacanya.. apatah lagi jemu. jauh sekali. 

tidak seperti malam malam sebelumnya.. malam ini, bulan dan bintang bercahaya amat terang sekali. menerangi bumi allah yang sunyi sepi. kedengaran unggas unggas malam bersuara. angin malam terus menerbangkan langsir di jendela kamar roy. kesejukkan terus meratapi tubuh roy hingga ke tulang. roy menarik selimutnya. cuba melelapkan matanya. pabila di pejam, wajah iera bermain di fikirannya. roy tidak keruan. lantas dibuka matanya kembali. roy mendonggak kelangit bumbung. tersenyum. entah apa yang difikirnya. bagi roy, dia memang tidak sabar menunggu hari esok. pertama kali keluar bersama dengan gadis yang di impikannya.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


pagi ini roy bangun agak awal dari biasa. selesai solat subuh, roy duduk di dangau rumahnya. melihat gelagat ayam yang ke hulu ke hilir mencari rezeki untuk dirinya dan anaknya. roy tersenyum sendirian. memikirkan bagaimana jadinya bila keluar bersama dengan iera. gementar dan segan menjadi satu. mahu di ajak ayie, kawan karibnya, takot dilabelkan sebagai tidak gentle pulak. 



"mak... kejap lagi iera nak pergi pekan jap ye.. ada barang sikit la nak beli.." sahut iera kepada ibunya yang sedang memengang penyapu. membersihkan ruang tamu yang berhabuk itu. kelihatan, iera sedang membersihkan frame gambar di dalam kabinet ruang tamunya. di lapnya satu persatu dengan berhati hati. dikhuatiri jatuh pecah. kerna dia tahu yang kesemua frame itu dibeli oleh abangnya yang belajar di luar negara. mahal kata nya. 

jam menunjukkan pukul 9 pagi. masih terlalu awal untuk keluar. dibukanya almari bajunya. diselaknya baju untuk dipakai nanti satu persatu. akhirnya dia memilih untuk mengenakan baju kurung bertemakan warna hijau. baju raya tahun lepas. masih lagi cantik. 

tuuutt... ttuuuttt...  handphone iera berbunyi. ditatapnya nama di skrin itu. terpampar nama Roy. 

selamat pagi awak.. hope pagi ini akan menceriakan hari awak hari ini.. jumpa nanti ye..=)


iera cuma tersenyum.. tidak dibalasnya mesej dari roy. dibiarkan sahaja mesej itu dengan tanda tanya. biarkan roy terus berteka teki. mak iera sekadar memerhatikan gelagat anak gadisnya sahaja.

"kau jangan balik lewat sangat iera. nanti bapak kau bising pulak.." ibunya cuba memberi peringatan kepada anak gadisnya itu..

"baik mak.. kejap je kat pekan tu.." balas iera ringkas..



jam di tangan roy tepat menujukkan 10.30 pagi. roy sudah bersiap. berkemeja biru berseluar jean dan berkasut nike. memang sesuai. roy melangkah keluar. seperti yang dijanjikan, roy menunggu iera di bus stand. roy sampai awal dari iera. memang dah begitu sikap roy. suka datang awal dari waktu yang ditetapkannya. katanya, dia tak suka membuatkan orang tertunggu, menunggu dan di tunggu. 

dari jauh, roy nampak seorang gadis berbaju hijau berjalan ke arahnya. jantung roy berdengup kencang. ibarat ada gegendang yang sedang di palu di jantungnya. semakin dekat, semakin kuat berdengup. begitu juga dengan iera. tapi roy sembunyi kan perasaan itu. relaxs. itulah gayanya..

"hye awak. maaf lambat sikit.." sapa iera.

"eh, tak ada la.. mana ada lambat. lagi pun belum pukul 11 lagi.. saya saje je datang awal sikit.." roy melihat jam di tangannya. jarum panjang menunjukkan nombor 10. begitu juga dengan jarum pendek. 

"hurm.. cantik awak hari ini.. berbaju hijau.. sedap mata memandang.." roy memulakan perbualan dengan memberikan senyuman di wajah iera. kelihatan iera memang senang berkawan dengan roy..

"eh, tak ada la.. baju lama nie.. dah lama tak pakai.. hurm.. roy, tak pe ke saya paksa awak teman saya nie.. tak pe la.. kejap lagi saya belanja awak makan." iera cuba menyedapkan hati roy. walhal dia tahu roy memang ikhlas menemankannya ke pekan. di wajahnya sudah mengambarkan keihklasan nya.

"eh..! tak ada lah iera. lagipun hari ini memang saya tak da plan apa apa pun.. kebetulan awak ajak saya teman.. boleh terisi masa yang terluang ini.." balas roy. iera cuma tersenyum dengan jawapan roy. 

"ha iera.. itu pun bas dah sampai.. jom..." 




bersambung...


»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, March 27, 2011

Adakah Buffered Earning @ Adventorial Post Target Aku?

entah la.. aku pun tak tahu. adakah blog ini tidak menepati citarasa advertiser atau sebaliknya..? aku tak pasti. yang pastinya, aku kecewa sedikit dengan nuffnang. tapi aku tak kesah. rezeki kita allah yang tentukan.. bukannya aku tak suka berblowalking.. mengkomen entry korang, tapi bila ada yang menceritakan kehadiran BE dalam account nuffnang, sedikit membuat aku kecewa..



nak kata aku kecewa sangat.. tidak lah.. mungkin perasaan itu hadir sewaktu awal dulu.. sekarang, aku dah berapa kesah kehadiran BE lagi. kadang kadang aku tak faham.. kenapa.. dan mengapa.. benarlah pa yang kak kujie beritahu kat aku,

"dahulu sebiji kek dibahagikan kepada 10 orang.. sekarang sebiji kek dibahagi kan kepada 100 orang.. semua dapat sikit.."

memang mendalam maksudnya. nak cakap lebih, takut ada yang terasa.. tak ape lah.  biarlah aku simpan di dalam hati ini sahaja.. 

aku mempunyai target. dan target aku. aku mahu iklan hijau itu berada di dalam blog aku. mungkin tidak hari ini.. tapi esok.. lusa.. tulat.. siapa tahu kan...? doakan apa yang aku  impikan..

sebelum aku menekan noktah yang terakhir, aku ingin tinggalkan korang dengan satu persoalan.. 

"adakah traffic blog yang tinggi akan mengecewakan kita jika tiada apa yang kita impikan...?"


assalamualaikum..



»»  BACA SELANJUTNYA...

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 4


"adik kenal abang roy tak...? boleh kasi surat nie pada dia..?" balas iera dengan senyuman. kanak kanak itu mengambil cebisan surat yang dilipat oleh iera. dimasukkannya ke dalam poket.

"ok akak. nanti adik bagi ye.." balas kanak kanak itu. kanak kanak itu terus berlari lari anak. semakin jauh, semakin hilang dari pandangan iera.. dan semakin jauh budak itu berlari, semakin kuat degupan di dada iera. adakah surat itu akan sampai ke tangan roy..? apakah reaksi roy selepas membaca surat itu..

ya allah.. kau tenangkan lah hati dan sanubari ku ini........


hati iera semakin kuat berdengup.. ibu nya sekadar melihat perbuatan anak gadis nya sahaja. mahu di tegur, takot menganggu pula.. mungkin pada pemikiran ibunya, iera sedang mencari ilham. ibu nya memang sudah masak sangat dengan perangai iera. iera memang suka berkarya. dibiarkan sahaja kelakuan iera sebegitu. 

daun daun pokok kelapa di halaman rumah roy terus berterbangan. berterbangan mengikut arah angin. ke kiri pergilah ia.. ke kanan pergilah ia juga.. hobi roy di waktu waktu sebegini adalah tidur. tidur tidur ayam di buaian buatannya. terhuyung hayang di buai angin.

"abang roy! abang roy!" jerit kanak kanak itu yang termengah mengah berlari mendapatkan roy. 

"ye dik.. kenapa..? macam nampak hantu je.." sampuk roy. sedar tak sedar roy sudah terjatuh ke tanah. dek kerana terkejut dengan jeritan kanak kanak itu.

" ni bang. ada surat untuk abang. ada kakak nie bagi.. lupa pulak nak tanya nama dia.." balas kanak kanak itu sambil menghulurkan sepucuk surat kepada roy. roy mengambil surat itu dengan senyuman. musykil roy. pelik. siapakah yang berikan dia surat tanpa sampulnya..?hatinya berdebar debar dan terus tertanya. 

"terima kasih ye dik.. nak ambil 50 sen nie.. buat beli air. cian abang tengok adik nie termengah mengah." ujar roy sambil menghulurkan wang siling 50 sen yang diambil dari poket seluarnya.

kanak kanak itu berlalu pergi. roy memang begitu. tidak berkira sangat dengan wang ringgitnya. dia tidak suka berkira. baik makan, minum. sebab itu ramai yang senang dengan sikap roy ini. walaupun ramai yang tahu sikap roy yang suka mengorat gadis gadis. 

roy hampir terlupa yang di gengamannya ada sepucuk surat yang masih elok lagi. masih tiada kesan comot atau kedut pada uratnya. roy membuka surat itu perlahan lahan.. dan.....


"roy..!!! mari kejap..." jerit ibunya. roy terkejut bagai kucing yang dipijak ekornya. surat itu dilipatnya kembali, dimasukkan nya kedalam poket seluarnya kembali. 

"ye mak.. kenapa..?" roy berlari lari anak ke arah dapur dimana ibu nya berada. kelihatan ibunya sedang melakukan sesuatu yang sukar di ramal oleh roy. 

" tolong mak kejap. ambek ubi belakang rumah kita nie. mak nak buat goreng goreng dan lepat nanti. nanti kau jugak yang nak makan." suruh ibunya. roy hanya tersenyum. memang ubi merupakan makanan pilihannya. tambah kalau buat goreng. memang roy seorang sahaja yang habiskannya. 

roy mengapai cangkul yang terletak di bawah rumahnya. digalinya tanah pada pokok itu. semakin dalam digalinya. roy mengambil plastik di dalam poketnya. meletakkan beberapa ketul ubi yang telah didapatkan. setelah selesai, diberikannya  bungkusan itu kepada ibunya.

setelah selesai solat mahrib roy merebahkan dirinya di atas katil. mengingatkan kembali ingatannya kepada iera. 

"alamak.. surat tu..." roy mula menyedari yang beliau masih belum lagi membaca isi kandungan surat itu. ingin juga dia mengetahui apatah mesej yang tertulis ingin di sampaikan. bingkas dia bangun dari katil. mencari seluar yang di pakainya siang tadi. tiada... roy mula mengelabah. di cari serata bilik nya. tiada jugak. roy semakin panik. tertanya tanya dimanakah dia meletakkan surat itu. dicari nya. digeledahnya. 

"ya allah. dalam mesin basuh." baru roy teringgat seluar itu dimasukkan dalam mesin basuh sewaktu dia mahu mandi senja tadi. risau jugak dia, takot takot ibunya membasuh pakaian yang berada dalam mesin itu. memang confirm  lunyai surat itu. tapi roy bernasib baik. pakaian di dalam mesin itu masih belum terusik. roy mencari seluar itu. jumpa. roy menyelup poket seluar itu mencari surat itu. dapat. digengamnya erat surat itu. 

ibunya dan ayahnya yang sedang menonton television di ruang tamu sekadar memerhatikan anak lelakinya itu. di bukannya pintu biliknya. lantas merebahkan sekali lagi badannya ke katil. di tangannya, masih lagi digengam erat surat itu. diciumnya surat itu. wangi. seperti pernah dia menghidu wanginya itu. dibukanya sekali lagi lipatan itu. 

roy hanya mampu menatap surat itu. kelu lidah mahu membaca isi kandungan dalam surat itu. gaya bahasanya sungguh indah sekali. susunan baris baris ayat sungguh teratur sekali. hati roy semakin berdebar.. 


hye roy. saya pasti disaat ini awak pasti sedang menatap coretan ringkas saya ini. say tak tahu kenapa saya harus menulis surat ini kepada awak padahal kita baru sahaja kenal. saya cuba mencari jawapan di sebalik semua persoalan itu. tapi hampa yang saya temui. 

kalau awak tak keberatan, saya mahu awak teman saya ke pekan esok. itu pun atas kesudian yang awak berikan. kalau awak sudi. mohon awak menhantar sms awak kepada saya. ni nombor saya. 0123456789. 

yang iklas,
iera jaziela


roy tersenyum riang. hatinya berbunga. satu perasaan yang sukar digambarkan ketika itu. roy terus mengapai telefon bimbitnya. membuka kotak mesej. menaip  sesuatu.....




bersambung...
»»  BACA SELANJUTNYA...

update blog via nokia E71

salam guys! First time nih aku update blog guna henset aku.. Agak susah sikit la nak mengupdate. Maybe this entry akan menjadi entry terpendek aku.. Kehkeh... Apa yang aku dapat bila update blog menggunakan henset 1. Loading. Loading memang agak slow jugak.. Sebab ape? Sebab loading henset nie berapa je leh masuk.. Sikit je.. Sebab tu disarankan agar blogger mengurangkan beban blog.. Tak ada la orang yang bukak blog kita nie berejam rejam.. Hehe.. Ok.. Itu sje.. Agak susah sebenarnya online via henset nie..
»»  BACA SELANJUTNYA...

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 3


"eh...... ini macam awek yang aku jumpa semalam je... cantiknya... makin dekat makin cantik.... " ujar roy dalam hati.. roy melihat gadis itu mengambil kuih satu persatu... ingin ditegur, tapi berat kaki melangkah menghampirinya... apatah lagi mengungkapkan sebaris ayat... 

kata hati mati.. namun diturutkan jua kata hati... roy melangkah pergi.... semakin hampir aku dengan dia...

"hye..." tegur roy disambut dengan senyuman yang manis....


"hye.." jawab iera. 

roy tak tentu arah.. ke kana pun tidak.. ke kiri pun tidak.. mahu dilontarkan ayat ayat manis seterusnya ibarat satu batu berat yang sedang berada di dalam mulut nya..  lidah kelu... tanpa kata... diam terus membisu.. bak kata hang jebat.."ku daki gunung, kan ku daki jua...."

"hm... rasanya saya pernah nampak awak la.. tapi....... hurm... kat mana ye..." soal roy. biasanya begitu la ayat dia kalau nak mengayat gadis gadis.. dibuat tanya dimanakah pernah jumpa. 

"dekat depan rumah awak.. masa tu kalau tak silap saya awak sedang bersihkan halaman rumah.. rajin ye awak" balas iera dengan senyuman. dari segi percakapannya, memang iera memberi respond yang sangat baik. 

"eh iera, saya minta diri dulu ye.. nanti mak saya tunggu lak nasi lemak nie.. hehe"

"oh lupa.. tak pe.. nanti kita boleh jumpa la.." 

"ok iera.. salam perkenalan ye.." roy berlalu pergi bersama basikal BMX nyer. dalam perjalanan pulang, senyuman terus terukir di wajahnya. dia tahu, yang langkah pertama dia telah berjaya. 

setelah selesai makan pagiroy terus ke rumah ayie. best friend dia dari kecil. memang dah menjadi lumrah kehidupan roy. kalau step 1 dia berjaya, memang ayie lah yang di cari. tak ada orang lain. ingat lagi masa mula mula roy cuba memikat haliza masa tingkatan 2 dulu. bila step 1 dia berjaya je, terus  dia jumpa ayie. walhal dia tahu yang ayie nie tengah dating dengan iema. teman wanita ayie. satu kelas dengannya. 

"ayie..! kau ada rumah tak nie...!" jerit roy di luar rumah. rasanya suaranya tu boleh mencecah 3.5 scala rither. 

"ha! apa dia.."  sahut ayie dengan wajah yang kusut masai. rasanya seperti orang baru bangun tidur lagaknya.

"aku ada berita baik punya nie.."

"dah dah.. biar aku teka... kau dapat jumpa budak tu kan...? apa nama dia.. ala... lupa lak aku.." ayie cuba meneka apa yang bermain di benak fikiran roy sahabat karib nya itu.

" ha.! teka la kalau kau hebat sangat.. hehe"

"kau kalau tergesa gesa waktu pagi macam nie dah tak ada lain dah... nie mesti kes step 1 kau dah berjaya kan....?" teka ayie..

"wah! giler kentang la kau.. hebat tu.. macam mana kau tahu nie.. hehe.. tadi aku pi kedai pak maon. jumpa dia siot.! giler la.. dah la time tu aku basuh muka je.. alamak... nama dia iera. cantik gila la ayie wa cakap sama lu.." roy mula bercerita apa yang berlaku di kedai pak maon awal pagi tadi. 

ayie memang dah biasa dengan perangai si roy nie. bila dia dah mula bercerita memang bersemangat. cuma.. roy nie rambang mata sikit dengan perempuan. susah nak setia. bukannya tak cuba menasihatinya. alasanya, relax la. nanti aku setia la...

"so, apa plan step ke2 nie...? soal ayie.

"aku ingat nak borak lebih panjang sikit la dengan dia.. aku nak berkenalan dengan dia dengan lebih rapat lagi. aku nak kenal hati budi dia macam mana. aku dapat rasakan yang dia memang wanita yang aku cari selama ni." jawab ayie bersemangat. memang ayie dah berazam yang dia mahu setia pada cintanya selepas nie. mungkin sekarang nie bukan masa nya lagi.


xxxxxxxxxxxxxx


angin bertiup sepoi bahasa. seperti tahu irama dalam hati roy. cuaca di tengah hari itu tidak la terlalu panas, dan tidak la terlalu sejuk. sekadar menerangi cahaya di bumi ini. 

kelihatan iera sedang menulis sesuatu di atas sehelai kertas. diberikannya pada siapa pun tidak tahu. iera menulis dan terus menulis. meluahkan apa yang terbuku di minda dan di hatinya. memang sudah menjadi lumrah kehidupan, wanita dan pena memang sukar dipisahkan. begitu juga dengan iera, iera memang suka menulis. katanya, menulis dapat meluahkan apa yang ada di dalam hati nya. puas! 

iera meletakkan pen di atas meja yang berada di sisinya. lantas dia mengoyakkan sehelai kertas itu. dilipatnya menjadi lipatan yang kecil. 

"dik! mari sini jap.." jerit iera yang nampak seorang kanak kanak sedang berjalan di hadapannya. 

"ye kak. knapa..?

"adik kenal abang roy tak...? boleh kasi surat nie pada dia..?" balas iera dengan senyuman. kanak kanak itu mengambil cebisan surat yang dilipat oleh iera. dimasukkannya ke dalam poket.

"ok akak. nanti adik bagi ye.." balas kanak kanak itu. kanak kanak itu terus berlari lari anak. semakin jauh, semakin hilang dari pandangan iera.. dan semakin jauh budak itu berlari, semakin kuat degupan di dada iera. adakah surat itu akan sampai ke tangan roy..? apakah reaksi roy selepas membaca surat itu..

ya allah.. kau tenangkan lah hati dan sanubari ku ini........




bersambung...
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, March 26, 2011

Blogger perkenal widget baru, follow by email | Cara mudah memasang feed burner pada blogspot

salam guys..! sebelum tu aku nak promote dulu novel online aku.. aku bukan romeo.. klik sini untuk baca.. =)

tutorial mudah hari ini.. cara mudah untuk pasang feed burner.. sebelum nie aku pasti ramai blogger yang mempunyai masalah nak pasang feed burner.. ini kerana, proses atau prosedur nak pasang feed burner nie agak leceh dan sedikit rumit.. tapi feed burner punyai kelebihan sendiri.. 

blogger.com memperkenal satu widget baru yang membolehkan readers blog mengfollow blog kita dengan hanya masukkan email.. sama seperti feed burner. caranya..

1. pergi ke dashbord > design > add a widget


sila klik button tambah tu untuk mengakses widget ini..


2. selepas itu, configure akan keluar.. korang boleh mengubah tajuk title itu.. then.. klik save. 




siap..


3. sila view blog korang.. yang pastinya korang akan nampak widget ini.. selamat mencuba.. =)


»»  BACA SELANJUTNYA...

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 2

roy tersenyum... rupanya sekuntum bunga mawar yang sedang mekar berada di kampung nie..... roy terus berlari dapat kan basikal BMX roy... terus ke rumah ayie..

"ayie...!!!!!!"


"ha...! apahal kau.. terjerit macam nak cari gaduh je.." sahut ayie yang masa itu sedang membaca majalah yang baru di belinya di pekan tadi..

"kau tahu ada orang baru pindah kat kampung kita nie...?" soal roy. 

"tahu. kenapa?"

"tak ada lah.. tadi aku ada nampak sorang awek nie.. naik basikal. serius cun.. aku rasa dia awek paling cun abad nie lah."

"ah kau.. macam aku tak kenal je kau nie sape.. come on la roy.. aku kenal kau nie bukan nyer setahun dua... dari kecil kita berkawan.. aku kenal sangat la kau nie macam mana... kau ingat lagi dulu.. si iza dulu.. kau pun cakap macam nie jugak... gadis paling cun abad nie.. sudah la roy..." balas ayie.. kelihatan ayie sedikit memerli roy. 

"ala kau nie... support la sikit member kau nie... hehe.. eh! ok la.. malam nie lepak lagi.. port biasa.. aku ada plan baik nie.. kehekeh.."

"sudah a romeo kampung.. haha"

ayie sekadar melihat gelagat roy yang dah macam orang sedang dilamun satu perasaan aneh. roy roy... tak berubah lagi kau ye.... 


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

malam itu, iera menolong ibu nya memasak.. untuk sajian makan malam ini.. macam biasa, ibunya sekadar mengarah dan menolong apa yang patut sahaja.. selebihnya... iera yang lakukan....

"mak... macam mana abah boleh nak pindah kat kampung nie pulak..? soal iera yang sedang memotong bawang kepada ibunya..

"owh.. bapak kau la.. dulu arwah moyang kau ada tinggal kat sini.. dah lama dah.. dulu bapak kau jugak pernah duduk kat sini.. tapi bila moyang kau dah meninggal, bapak kau pindah kat kl.. dok ngan maksu kau kat KL tu.. memang dah lama la bapak kau tak balik sini.." jawab mak iera dengan lancar. segala persoalan di benak dada iera terjawab.. 

selepas semua nya selesai, iera lah yang mengemas semua nya.. membasuh pingan, memasak.. memang sudah menjadi kebiasaan bagi diri nya.. memang ibunya sudah mendidik iera sebegitu.. dari kecil lagi... lepas semuanya selesai, iera membuka jendela pintunya.. lantas ia merebahkan badannya ke katil. ditangannya di penggang senaskah buku. "majalah durian".

"hm.... sapa dia eh yang pandang aku tadi ye.. lain macam pandangan dia.. entah la.. maybe aku orang baru di sini.. asing dari pandangan penduduk kampung disini.. mungkin.." bisik hati kecil iera ketika ini.. 



jam menunjukkan pukul 12.. roy masih belum mampu lagi melelapkan mata.. bukan roy tak cuba melelapkan mata... tapi fikiran roy masih terbayang gadis yang roy jumpa siang tadi.. siapa agaknya dia... 

fuh! satu persoalan yang masih belum mampu roy menjawab.. selagi belum terjawab semua persoalan itu, selagi itu lah roy masih belum berpuas hati..

jam menunjukkan pukul 5 pagi. entah bila roy terlelap pun roy tak pasti.. roy melihat di luar tingkap.. senyap... sunyi.. sepi dan gelap.. seram seram sejuk pulak dibuatnya.. sekali lagi roy cuba lelapkan mata... tak mampu.. fikiran roy masih sama seperti tadi.. masih memikirkan siapa dia... roy nekad.. roy akan cari identiti gadis misteri itu.. tidak hari ini.. esok... ini bukannya janji.. tapi pasti.....


pagi itu, macam biasa dan sudah menjadi rutin harian roy, roy akan membeli sedikit sarapan pagi di kedai pak maon.. 

"hah roy... awal pulak kau pagi nie... kalau tak dalam pukul 8.30 nie kau baru datang kedai aku nie.." sahut pak maon yang ketika itu sedang menyusun kuih kuih di dalam bekas.

"ala pak maon nie.. saya datang lambat pun pak maon cakap.. datang awal pun pak maon cakap.." balas roy dalam keadaan sinis.. 

roy melihat beberapa bungkusan nasi lemak di atas meja.. diambil 4 bungkusan, dan di masukkan ke dalam plastik.. sedang asyik roy memasukan bungkusan nasi lemak itu, roy terdengar suara yang lembut sedang berkata sesuatu dengan pak maon..

"cik... kuih nie sebiji berapa ye..." ujar iera

"3 singgit dik" jawab pak maon ringkas..

"eh...... ini macam awek yang aku jumpa semalam je... cantiknya... makin dekat makin cantik.... " ujar roy dalam hati.. roy melihat gadis itu mengambil kuih satu persatu... ingin ditegur, tapi berat kaki melangkah menghampirinya... apatah lagi mengungkapkan sebaris ayat... 

kata hati mati.. namun diturutkan jua kata hati... roy melangkah pergi.... semakin hampir aku dengan dia...

"hye..." tegur roy disambut dengan senyuman yang manis....





nota penulis :

nak tahu apa terjadi selepas itu... tunggu episode 3.. =)


»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, March 25, 2011

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 1

hye.! nama aku razlan.. Muhd Razlan B Razman. Mak bapak aku panggil aku Lan. Tapi aku suruh member aku panggil aku roy. Baru glamourus sikit... hehe... umur aku...?? rahsia.. yang pasti nya aku baru je habis SPM tahun nie.. baru je aku ambek result siang tadi... ok la.. not bad la... hehe


aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu.. Budak budak sekolah semua panggil aku romeo.. aku pun tak tahu kenapa... handsome...? ermm.... maybe la.. sebab aku tengok ayah aku pun boleh tahan jugak kacak dia.. ada satu hari tu aku kemas laci ruang tamu, aku jumpa gambar time bapak aku masa remaja dulu.. aku pikir time tu bapak aku umur awal 20an la.. maybe.. dengan seluar yengki nyer, baju kotak kotak + tat in.. pergh! serius kacak.. 

xxxxxxxxxxxxxx

petang tu aku lepak lepak kat halaman rumah aku.. bermain dengan ciko.. kucing kesayangan aku.. 

"lan..! kau kat mana...?? mai kejap"

sahut mak aku dari dapur. aku rasa aku dah tahu dah mak aku panggil aku kenapa.. takpe la.. tak nak derhaka punya pasal, aku pergi ke dapur..

"ye mak.. nape panggil lan...?"

" kau nie tak ada kerja lain.. dok main dengan ciko tu je... ambek sampah nie.. pi buang sat.. dah penuh dah... pastu kau sapu sikit sampah kat luar rumah tu..."


aku memang dah agak dah... petang petang macam nie kalau mak aku tak panggil buang sampah, atau pi beli pisang goreng je kat warung pak jabit tu.. perintah mak aku, aku turutkan jua...

lepas buang sampah kat luar rumah tu, aku capai cakar ayam yang tersandar kat pokok rambutan tu.. aku ambek.. aku sapu dari atas ke bawah.. ku kumpulkan di suatu tempat.. sewaktu aku tengah kushyuk bersihkan halaman rumah, aku terpandang seorang gadis tengah naik basikal... aku tertanya... "sape pulak dia nie...?? tak pernah pulak aku tengok dia sebelum nie..."


" mak.....!!!!" jerit aku kat mak aku yang tengah goreng keropok lekor agaknya..

"yang kau jerit nie kenapa lan..? ce citer ce citer"

" ada orang baru pindah ke kampung kita nie mak..." soal aku..

"aah... ada.. baru je semalam pindah.... rumah dia kat sebelah rumah mak som kau kot.. mak pun dah lupa dah..."


aku tersenyum... rupanya sekuntum bunga mawar yang sedang mekar berada di kampung aku nie..... aku terus berlari dapat kan basikal BMX aku... terus ke rumah ayie..

"ayie...!!!!!!"







>apa yang berlaku selepas itu...?? siapa ayie.?? apa hubungan roy dengan ayie...?? tunggu...

> terima kasih kerana membaca.. tunggu episod 2.. :D
»»  BACA SELANJUTNYA...