HuzairieHusinBlog: Ais Krim Susu Badan Lady Gaga. Hanya RM69!

Monday, March 7, 2011

Ais Krim Susu Badan Lady Gaga. Hanya RM69!

Ada ke ais krim nie... hahaha... adoi.. macam macam dunia nie... aku bukak Harian Metro online tadi.. terbaca lak artikel nie.. so aku rasa macam nak kongsi dengan korang pulka.. sharing is caring right..? hehe


sumber : Hmetro

LONDON: Peguam Lady Gaga mengancam mengemukakan saman terhadap pengeluar ais krim diperbuat daripada susu badan, Baby Gaga, semalam.
Berdasarkan dokumen disediakan peguam penyanyi berasal dari New York, restoran The Icecreamists Limited yang beroperasi di London, Britain, diberi tempoh sehingga 12 tengah malam Khamis ini untuk pengeluar produk itu menukar jenamanya jika enggan disaman.

Menurut peguam Lady Gaga, restoran di Covent Garden itu juga dikehendaki ‘berhenti mengaitkan’ apa saja produk mereka dengan penyanyi terbabit.


Dalam dokumen berkenaan, The Icecreamists Limited didakwa mengambil kesempatan dan meniru identiti Lady Gaga (gambar) secara amat provokatif dan - bagi kebanyakan orang - menjijikkan.







Ais krim Baby Gaga mendapat sambutan hangat apabila ia mula dipasarkan pengeluar terbabit.


Fasa pertama produk itu - dihasilkan menggunakan susu diperah daripada 15 wanita yang menyahut tawaran The Icecreamists Limited dalam iklan - dilaporkan habis dijual dalam tempoh beberapa hari saja.




Susu itu dijual pada harga RM69 dan dihidangkan pelayan wanita menggunakan pakaian menjolok mata - sesuai dengan imej Lady Gaga.

Bagaimanapun, penjualan Baby Gaga digantung sementara selepas pihak berkuasa tempatan merampas ais krim berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keselamatan.











p/s : untuk makluman korang, kat malaysia nie takada jual ye.. jangan la korang pergi cari lak.. hehe

7 orang gemar komen entry aku:

  1. huhuhuhu

    kalau ada jual kat malaysia

    zairie cari tak?

    hahahah

    ReplyDelete
  2. apa agaknya yang terjadi klo perkara ini diluluskan yer?

    ReplyDelete
  3. alahaiiii..napela diorg ni suka buat benda ngarut2 camni

    ReplyDelete
  4. baru nak g cari... huahuahua...

    nauzubillah..mcm2 sekarang ni

    ReplyDelete
  5. @.::WaNiE::.soala cepurmas nie.. erm.......... hehehe

    ReplyDelete
  6. @cikgu iszamesti la geng lelaki yg slalu beli.. hehe

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)