HuzairieHusinBlog: Mars Needs Moms 2011 | Filem Animasi Yang Penuh Dengan Pengajaran

Sunday, March 13, 2011

Mars Needs Moms 2011 | Filem Animasi Yang Penuh Dengan Pengajaran

fuh! seriusly penat giler aku berjalan hari nie.. hari nie aku habiskan semua tiket wayang yang nuffnang bagi.. dia bagi empat keping tiket kan..? dua tiket aku bagi kat parents aku, and 2 tiket lagi aku pi tengok ngan kekasih halal aku.. hehe.. 

sebenarnya banyak benda aku nak story ngan korang nie.. tapi nanti nanti la.. next entry nanti aku cite.. ok..? aku mula mula nak tengok citer I'm number 4 tu.. tapi dah penuh pulak.. ada tu memang la ada lagi tiket tu.. tapi .. yang depan sekali.. kalau korang korang nak dok depan sekali..? mahu terkehel tengkok nanti.. so, pilihan ke-2 aku, aku tengok citer Mars Need Mom nie.. seriusly aku cakap ngan korang citer nie memang best giler.. banyak pengajaran dan pembelajaran yang korang akan dapat di akhir citer nie..

meh aku reviews sikit..


sinopsis citer mars need mom..

cerita ini mengisahkan seorang ibuy yang selalu berleter kat anak lelaki dia nie.. kira anak lelaki dia agak malas + nakal jugak la.. senang cerita susah giler nak dengar cakap mak dia nie.. so, ada satu planet nie, nama dia planet mars.. maybe marikh kot yang dimaksudkan.. mencari seorang yang betul betul mempunyai sifat ibu yang boleh mendidik dan mendisiplin anak.. so, sorang ketua makhluk asing nie dah memilih mak si budak ini.. 

nak dipendekkan cerita pada suatu malam tu, mak dia nie suruh anak dia pi tidor.. anak dia pun bengang la sebab anak dia nie nak tengok tv.. yang mak dia nie pulak suruh pi tidur.. nak tak nak, pi la jugak bilik tu.. bila mak dia bukak pintu bilik anak dia tu, anak dia boleh bantai terloncat loncat atas katil.. mahu tak berangin mak dia... 

"kau nie, kan mak suruh tidur.. apa kau buat.."

"mak suruh saya masuh bilik, mak tak suruh saya tidur.. kain kali biar lah spesifik sikit..."

"kau nie.. melawan ea cakap mak..."

"kalau macam nie tak ada mak pun xpe la.."



[Gambar: time nie la ketua makluk asing tu pilih mak dia tu.. memenuhi kriteria.. hehe]

hati ibu mana beb tak tersentuh bila anak dia cakap macam tu.. kalau korang pun tentu korang tersentuh jugak kan..? so, mak dia mengalirkan air mata sebab anak dia cakap macam tu.. bila mak dia masuk bilik, anak dia nie tergerak hati nak mintak maaf.. bila bukak je pintu bilik nie, dia nampak makluk asing nie dah tangkap mak dia.. nak culik la... apa lagi.. mahu tak kejar si anak tu.. 


akhirnya anak dia sampai kat kapal angkasa alien tu.. bila kapal tu nak berlepas, boleh la pulak baju anak dia nie tersangkuk kat tayar kapal tu.. so, terikut la sekali.. 

xxxxxxxxxxxxxxxx

bila sampai kat planet tu, anak dia kena tangkap.. kena masuk lokap.. yang mak dai pulak kena bawak ke satu tempat untuk memindahkan minda mak dia nie kepada memory lain.. alien nie tangkap mak budak nie sebab nak minda mak dia nie.. nak masukkan kat memory alien pengasuh supaya dapat mengasuh, mendidik dan mendisiplinkan anak anak alien nie macam mak budak tu didik anak dia..



[Gambar: misi mencari dan menyelamat mak dia nie.. ops! siapa pulak laki nie..?]

dalam misi menyelamat kan mak dia nie memang banyak halangan yang kena budak nie tempoh... ada kena tembak lah.. kena tangkap la... macam macam la...

persoalannya... adakah budak nie dapat selamat kan mak dia nie..? atau dua dua dapat diselamatkan...? adakah orang lain yang membantu budak nie menyelamatkan mak dia...? semua nya ada jawapan bila korang tengok cerita nie... hehe



bagi aku cerita nie banyak sangat pengajaran yang kita dapat.. personally memang aku dapat okjektif yang ingin disampaikan oleh pengarah cerita nie.. pengajaran nya..
  1. hargainya ibu kita selagi ia ada di sisi kita
  2. ibu kita adalah segalanya bagi kita
  3. ibu kita adalah yang terbaik di dunia nie..
  4. ibu kalau berleter tu sebenarnya nak mendidik kita menjadi seorang yang lebih berdisiplin.. 

daripada 5 bintang aku bagi 4.5 bintang.. 4.5/5 bintang.. filem yang memang bagus untuk ditonton.. terutama macam kita semua nie yang masih remaja.. 






siapa yang tak tengok lagi tu boleh la tengok.. masih belum terlambat.. tengok trailer pun dah best apa lagi full movie.. ye tak...??

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)