HuzairieHusinBlog: Memang Aku Darah Keturunan Hang Jebat!

Saturday, March 19, 2011

Memang Aku Darah Keturunan Hang Jebat!

sekarang nie aku ngah layan citer hang tuah dekat astro ria nie.. lama sih tak layan... bila dah layan best lak.. huhu.. dalam citer ni aku paling suka karakter hang jebat.. bagi aku dia nie memang hati kering habis.. memang darah pahlawan...!



aku tak tahu la sama ada betul ke tak yang jebat nie mengamuk dalam istana sebab atas nak tuntut bela kematian tuah.. kalau ia benar, memang jebat seoarang yang amat setia kawan. seorang yang berani menegak kan keadilan. 

personally dalam cerita Hang Tuah nie memang karekter jebat paling menonjol.. paling nampak keganasan dan keberanian dia.. kalau korang perasan, masa jebat tengah berlawan dengan tuah, jebat rela mati di tangan tuah. semangat setia kawan yang amat tinggi. lagi pun mereka dan mengaku bersaudara kan...


tapi.... kenapa aku cakap aku darah keturunan hang jebat..??

begini ceritanya....


aku baru je ambek motor dari sebuah kedai nie.. ada la dalam sebulan lebih.. baru sebulan lebih motor nie dah buat hal.. ada masalah sikit.. so, aku datang balik kedai tu.. mengadu masalah yang ada.. aku lah.. orang kedai tu cakap dia leh repair..  so aku tinggalkan motor tu kat kedai tu.. then bila nak ambek, orang kedai tu kata kena bayar... wat the ****... Aku baru je ambek motor tu.. tak kan la kena bayar...? lagi pun under warraty lagi ma.... 

so, dengan darah jebat dalam badan aku nie aku mengamuk la.. apahal lak aku nak kena bayar.. cilaks punya ****... punya bertekak aku ngan orang kedai tu, lastly dia mengalah jugak.. nak je aku wat report polis and report kat tribunal tu.. 

dah la.. nanti darah lekir lak mengalir dalam badan aku ni.. 




3 orang gemar komen entry aku:

  1. ahhahahaha... mujur bro ada dara jebat je... kalo ada darah hulk lagi payah bro.. hahahahha

    ReplyDelete
  2. lol nasib bek xhunus keris..kang naya jee

    ReplyDelete
  3. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)