HuzairieHusinBlog: Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 3

Sunday, March 27, 2011

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 3


"eh...... ini macam awek yang aku jumpa semalam je... cantiknya... makin dekat makin cantik.... " ujar roy dalam hati.. roy melihat gadis itu mengambil kuih satu persatu... ingin ditegur, tapi berat kaki melangkah menghampirinya... apatah lagi mengungkapkan sebaris ayat... 

kata hati mati.. namun diturutkan jua kata hati... roy melangkah pergi.... semakin hampir aku dengan dia...

"hye..." tegur roy disambut dengan senyuman yang manis....


"hye.." jawab iera. 

roy tak tentu arah.. ke kana pun tidak.. ke kiri pun tidak.. mahu dilontarkan ayat ayat manis seterusnya ibarat satu batu berat yang sedang berada di dalam mulut nya..  lidah kelu... tanpa kata... diam terus membisu.. bak kata hang jebat.."ku daki gunung, kan ku daki jua...."

"hm... rasanya saya pernah nampak awak la.. tapi....... hurm... kat mana ye..." soal roy. biasanya begitu la ayat dia kalau nak mengayat gadis gadis.. dibuat tanya dimanakah pernah jumpa. 

"dekat depan rumah awak.. masa tu kalau tak silap saya awak sedang bersihkan halaman rumah.. rajin ye awak" balas iera dengan senyuman. dari segi percakapannya, memang iera memberi respond yang sangat baik. 

"eh iera, saya minta diri dulu ye.. nanti mak saya tunggu lak nasi lemak nie.. hehe"

"oh lupa.. tak pe.. nanti kita boleh jumpa la.." 

"ok iera.. salam perkenalan ye.." roy berlalu pergi bersama basikal BMX nyer. dalam perjalanan pulang, senyuman terus terukir di wajahnya. dia tahu, yang langkah pertama dia telah berjaya. 

setelah selesai makan pagiroy terus ke rumah ayie. best friend dia dari kecil. memang dah menjadi lumrah kehidupan roy. kalau step 1 dia berjaya, memang ayie lah yang di cari. tak ada orang lain. ingat lagi masa mula mula roy cuba memikat haliza masa tingkatan 2 dulu. bila step 1 dia berjaya je, terus  dia jumpa ayie. walhal dia tahu yang ayie nie tengah dating dengan iema. teman wanita ayie. satu kelas dengannya. 

"ayie..! kau ada rumah tak nie...!" jerit roy di luar rumah. rasanya suaranya tu boleh mencecah 3.5 scala rither. 

"ha! apa dia.."  sahut ayie dengan wajah yang kusut masai. rasanya seperti orang baru bangun tidur lagaknya.

"aku ada berita baik punya nie.."

"dah dah.. biar aku teka... kau dapat jumpa budak tu kan...? apa nama dia.. ala... lupa lak aku.." ayie cuba meneka apa yang bermain di benak fikiran roy sahabat karib nya itu.

" ha.! teka la kalau kau hebat sangat.. hehe"

"kau kalau tergesa gesa waktu pagi macam nie dah tak ada lain dah... nie mesti kes step 1 kau dah berjaya kan....?" teka ayie..

"wah! giler kentang la kau.. hebat tu.. macam mana kau tahu nie.. hehe.. tadi aku pi kedai pak maon. jumpa dia siot.! giler la.. dah la time tu aku basuh muka je.. alamak... nama dia iera. cantik gila la ayie wa cakap sama lu.." roy mula bercerita apa yang berlaku di kedai pak maon awal pagi tadi. 

ayie memang dah biasa dengan perangai si roy nie. bila dia dah mula bercerita memang bersemangat. cuma.. roy nie rambang mata sikit dengan perempuan. susah nak setia. bukannya tak cuba menasihatinya. alasanya, relax la. nanti aku setia la...

"so, apa plan step ke2 nie...? soal ayie.

"aku ingat nak borak lebih panjang sikit la dengan dia.. aku nak berkenalan dengan dia dengan lebih rapat lagi. aku nak kenal hati budi dia macam mana. aku dapat rasakan yang dia memang wanita yang aku cari selama ni." jawab ayie bersemangat. memang ayie dah berazam yang dia mahu setia pada cintanya selepas nie. mungkin sekarang nie bukan masa nya lagi.


xxxxxxxxxxxxxx


angin bertiup sepoi bahasa. seperti tahu irama dalam hati roy. cuaca di tengah hari itu tidak la terlalu panas, dan tidak la terlalu sejuk. sekadar menerangi cahaya di bumi ini. 

kelihatan iera sedang menulis sesuatu di atas sehelai kertas. diberikannya pada siapa pun tidak tahu. iera menulis dan terus menulis. meluahkan apa yang terbuku di minda dan di hatinya. memang sudah menjadi lumrah kehidupan, wanita dan pena memang sukar dipisahkan. begitu juga dengan iera, iera memang suka menulis. katanya, menulis dapat meluahkan apa yang ada di dalam hati nya. puas! 

iera meletakkan pen di atas meja yang berada di sisinya. lantas dia mengoyakkan sehelai kertas itu. dilipatnya menjadi lipatan yang kecil. 

"dik! mari sini jap.." jerit iera yang nampak seorang kanak kanak sedang berjalan di hadapannya. 

"ye kak. knapa..?

"adik kenal abang roy tak...? boleh kasi surat nie pada dia..?" balas iera dengan senyuman. kanak kanak itu mengambil cebisan surat yang dilipat oleh iera. dimasukkannya ke dalam poket.

"ok akak. nanti adik bagi ye.." balas kanak kanak itu. kanak kanak itu terus berlari lari anak. semakin jauh, semakin hilang dari pandangan iera.. dan semakin jauh budak itu berlari, semakin kuat degupan di dada iera. adakah surat itu akan sampai ke tangan roy..? apakah reaksi roy selepas membaca surat itu..

ya allah.. kau tenangkan lah hati dan sanubari ku ini........




bersambung...

3 orang gemar komen entry aku:

  1. 'wanita dan pena memang sukar dipisahkan'
    eh, ye ke?
    hehe..

    TK bc smbil senyum..
    tp last2 ayat tu buat berdebar pula..
    teruskan..

    ReplyDelete
  2. best gile..waiting 4 the next part:)

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)