HuzairieHusinBlog: Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 4

Sunday, March 27, 2011

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 4


"adik kenal abang roy tak...? boleh kasi surat nie pada dia..?" balas iera dengan senyuman. kanak kanak itu mengambil cebisan surat yang dilipat oleh iera. dimasukkannya ke dalam poket.

"ok akak. nanti adik bagi ye.." balas kanak kanak itu. kanak kanak itu terus berlari lari anak. semakin jauh, semakin hilang dari pandangan iera.. dan semakin jauh budak itu berlari, semakin kuat degupan di dada iera. adakah surat itu akan sampai ke tangan roy..? apakah reaksi roy selepas membaca surat itu..

ya allah.. kau tenangkan lah hati dan sanubari ku ini........


hati iera semakin kuat berdengup.. ibu nya sekadar melihat perbuatan anak gadis nya sahaja. mahu di tegur, takot menganggu pula.. mungkin pada pemikiran ibunya, iera sedang mencari ilham. ibu nya memang sudah masak sangat dengan perangai iera. iera memang suka berkarya. dibiarkan sahaja kelakuan iera sebegitu. 

daun daun pokok kelapa di halaman rumah roy terus berterbangan. berterbangan mengikut arah angin. ke kiri pergilah ia.. ke kanan pergilah ia juga.. hobi roy di waktu waktu sebegini adalah tidur. tidur tidur ayam di buaian buatannya. terhuyung hayang di buai angin.

"abang roy! abang roy!" jerit kanak kanak itu yang termengah mengah berlari mendapatkan roy. 

"ye dik.. kenapa..? macam nampak hantu je.." sampuk roy. sedar tak sedar roy sudah terjatuh ke tanah. dek kerana terkejut dengan jeritan kanak kanak itu.

" ni bang. ada surat untuk abang. ada kakak nie bagi.. lupa pulak nak tanya nama dia.." balas kanak kanak itu sambil menghulurkan sepucuk surat kepada roy. roy mengambil surat itu dengan senyuman. musykil roy. pelik. siapakah yang berikan dia surat tanpa sampulnya..?hatinya berdebar debar dan terus tertanya. 

"terima kasih ye dik.. nak ambil 50 sen nie.. buat beli air. cian abang tengok adik nie termengah mengah." ujar roy sambil menghulurkan wang siling 50 sen yang diambil dari poket seluarnya.

kanak kanak itu berlalu pergi. roy memang begitu. tidak berkira sangat dengan wang ringgitnya. dia tidak suka berkira. baik makan, minum. sebab itu ramai yang senang dengan sikap roy ini. walaupun ramai yang tahu sikap roy yang suka mengorat gadis gadis. 

roy hampir terlupa yang di gengamannya ada sepucuk surat yang masih elok lagi. masih tiada kesan comot atau kedut pada uratnya. roy membuka surat itu perlahan lahan.. dan.....


"roy..!!! mari kejap..." jerit ibunya. roy terkejut bagai kucing yang dipijak ekornya. surat itu dilipatnya kembali, dimasukkan nya kedalam poket seluarnya kembali. 

"ye mak.. kenapa..?" roy berlari lari anak ke arah dapur dimana ibu nya berada. kelihatan ibunya sedang melakukan sesuatu yang sukar di ramal oleh roy. 

" tolong mak kejap. ambek ubi belakang rumah kita nie. mak nak buat goreng goreng dan lepat nanti. nanti kau jugak yang nak makan." suruh ibunya. roy hanya tersenyum. memang ubi merupakan makanan pilihannya. tambah kalau buat goreng. memang roy seorang sahaja yang habiskannya. 

roy mengapai cangkul yang terletak di bawah rumahnya. digalinya tanah pada pokok itu. semakin dalam digalinya. roy mengambil plastik di dalam poketnya. meletakkan beberapa ketul ubi yang telah didapatkan. setelah selesai, diberikannya  bungkusan itu kepada ibunya.

setelah selesai solat mahrib roy merebahkan dirinya di atas katil. mengingatkan kembali ingatannya kepada iera. 

"alamak.. surat tu..." roy mula menyedari yang beliau masih belum lagi membaca isi kandungan surat itu. ingin juga dia mengetahui apatah mesej yang tertulis ingin di sampaikan. bingkas dia bangun dari katil. mencari seluar yang di pakainya siang tadi. tiada... roy mula mengelabah. di cari serata bilik nya. tiada jugak. roy semakin panik. tertanya tanya dimanakah dia meletakkan surat itu. dicari nya. digeledahnya. 

"ya allah. dalam mesin basuh." baru roy teringgat seluar itu dimasukkan dalam mesin basuh sewaktu dia mahu mandi senja tadi. risau jugak dia, takot takot ibunya membasuh pakaian yang berada dalam mesin itu. memang confirm  lunyai surat itu. tapi roy bernasib baik. pakaian di dalam mesin itu masih belum terusik. roy mencari seluar itu. jumpa. roy menyelup poket seluar itu mencari surat itu. dapat. digengamnya erat surat itu. 

ibunya dan ayahnya yang sedang menonton television di ruang tamu sekadar memerhatikan anak lelakinya itu. di bukannya pintu biliknya. lantas merebahkan sekali lagi badannya ke katil. di tangannya, masih lagi digengam erat surat itu. diciumnya surat itu. wangi. seperti pernah dia menghidu wanginya itu. dibukanya sekali lagi lipatan itu. 

roy hanya mampu menatap surat itu. kelu lidah mahu membaca isi kandungan dalam surat itu. gaya bahasanya sungguh indah sekali. susunan baris baris ayat sungguh teratur sekali. hati roy semakin berdebar.. 


hye roy. saya pasti disaat ini awak pasti sedang menatap coretan ringkas saya ini. say tak tahu kenapa saya harus menulis surat ini kepada awak padahal kita baru sahaja kenal. saya cuba mencari jawapan di sebalik semua persoalan itu. tapi hampa yang saya temui. 

kalau awak tak keberatan, saya mahu awak teman saya ke pekan esok. itu pun atas kesudian yang awak berikan. kalau awak sudi. mohon awak menhantar sms awak kepada saya. ni nombor saya. 0123456789. 

yang iklas,
iera jaziela


roy tersenyum riang. hatinya berbunga. satu perasaan yang sukar digambarkan ketika itu. roy terus mengapai telefon bimbitnya. membuka kotak mesej. menaip  sesuatu.....




bersambung...

1 orang gemar komen entry aku:

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)