HuzairieHusinBlog: Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 5

Monday, March 28, 2011

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 5


roy hanya mampu menatap surat itu. kelu lidah mahu membaca isi kandungan dalam surat itu. gaya bahasanya sungguh indah sekali. susunan baris baris ayat sungguh teratur sekali. hati roy semakin berdebar.. 


hye roy. saya pasti disaat ini awak pasti sedang menatap coretan ringkas saya ini. say tak tahu kenapa saya harus menulis surat ini kepada awak padahal kita baru sahaja kenal. saya cuba mencari jawapan di sebalik semua persoalan itu. tapi hampa yang saya temui. 

kalau awak tak keberatan, saya mahu awak teman saya ke pekan esok. itu pun atas kesudian yang awak berikan. kalau awak sudi. mohon awak menhantar sms awak kepada saya. ni nombor saya. 0123456789. 

yang iklas,
iera jaziela


roy tersenyum riang. hatinya berbunga. satu perasaan yang sukar digambarkan ketika itu. roy terus mengapai telefon bimbitnya. membuka kotak mesej. menaip  sesuatu.....


hye iera. harap tidak menganggu awak malam nie.. saya hargai atas kesudian awak ajak saya keluar bersama dengan awak. besok, saya tunggu awak dekat bus stand ok.. pukul 11. selamat malam.

roy meletakkan kembali telefon bimbitnya di sebelah nya. dibacanya lagi surat yang dikirimkan iera siang tadi.. tak pernah puas membacanya.. apatah lagi jemu. jauh sekali. 

tidak seperti malam malam sebelumnya.. malam ini, bulan dan bintang bercahaya amat terang sekali. menerangi bumi allah yang sunyi sepi. kedengaran unggas unggas malam bersuara. angin malam terus menerbangkan langsir di jendela kamar roy. kesejukkan terus meratapi tubuh roy hingga ke tulang. roy menarik selimutnya. cuba melelapkan matanya. pabila di pejam, wajah iera bermain di fikirannya. roy tidak keruan. lantas dibuka matanya kembali. roy mendonggak kelangit bumbung. tersenyum. entah apa yang difikirnya. bagi roy, dia memang tidak sabar menunggu hari esok. pertama kali keluar bersama dengan gadis yang di impikannya.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


pagi ini roy bangun agak awal dari biasa. selesai solat subuh, roy duduk di dangau rumahnya. melihat gelagat ayam yang ke hulu ke hilir mencari rezeki untuk dirinya dan anaknya. roy tersenyum sendirian. memikirkan bagaimana jadinya bila keluar bersama dengan iera. gementar dan segan menjadi satu. mahu di ajak ayie, kawan karibnya, takot dilabelkan sebagai tidak gentle pulak. 



"mak... kejap lagi iera nak pergi pekan jap ye.. ada barang sikit la nak beli.." sahut iera kepada ibunya yang sedang memengang penyapu. membersihkan ruang tamu yang berhabuk itu. kelihatan, iera sedang membersihkan frame gambar di dalam kabinet ruang tamunya. di lapnya satu persatu dengan berhati hati. dikhuatiri jatuh pecah. kerna dia tahu yang kesemua frame itu dibeli oleh abangnya yang belajar di luar negara. mahal kata nya. 

jam menunjukkan pukul 9 pagi. masih terlalu awal untuk keluar. dibukanya almari bajunya. diselaknya baju untuk dipakai nanti satu persatu. akhirnya dia memilih untuk mengenakan baju kurung bertemakan warna hijau. baju raya tahun lepas. masih lagi cantik. 

tuuutt... ttuuuttt...  handphone iera berbunyi. ditatapnya nama di skrin itu. terpampar nama Roy. 

selamat pagi awak.. hope pagi ini akan menceriakan hari awak hari ini.. jumpa nanti ye..=)


iera cuma tersenyum.. tidak dibalasnya mesej dari roy. dibiarkan sahaja mesej itu dengan tanda tanya. biarkan roy terus berteka teki. mak iera sekadar memerhatikan gelagat anak gadisnya sahaja.

"kau jangan balik lewat sangat iera. nanti bapak kau bising pulak.." ibunya cuba memberi peringatan kepada anak gadisnya itu..

"baik mak.. kejap je kat pekan tu.." balas iera ringkas..



jam di tangan roy tepat menujukkan 10.30 pagi. roy sudah bersiap. berkemeja biru berseluar jean dan berkasut nike. memang sesuai. roy melangkah keluar. seperti yang dijanjikan, roy menunggu iera di bus stand. roy sampai awal dari iera. memang dah begitu sikap roy. suka datang awal dari waktu yang ditetapkannya. katanya, dia tak suka membuatkan orang tertunggu, menunggu dan di tunggu. 

dari jauh, roy nampak seorang gadis berbaju hijau berjalan ke arahnya. jantung roy berdengup kencang. ibarat ada gegendang yang sedang di palu di jantungnya. semakin dekat, semakin kuat berdengup. begitu juga dengan iera. tapi roy sembunyi kan perasaan itu. relaxs. itulah gayanya..

"hye awak. maaf lambat sikit.." sapa iera.

"eh, tak ada la.. mana ada lambat. lagi pun belum pukul 11 lagi.. saya saje je datang awal sikit.." roy melihat jam di tangannya. jarum panjang menunjukkan nombor 10. begitu juga dengan jarum pendek. 

"hurm.. cantik awak hari ini.. berbaju hijau.. sedap mata memandang.." roy memulakan perbualan dengan memberikan senyuman di wajah iera. kelihatan iera memang senang berkawan dengan roy..

"eh, tak ada la.. baju lama nie.. dah lama tak pakai.. hurm.. roy, tak pe ke saya paksa awak teman saya nie.. tak pe la.. kejap lagi saya belanja awak makan." iera cuba menyedapkan hati roy. walhal dia tahu roy memang ikhlas menemankannya ke pekan. di wajahnya sudah mengambarkan keihklasan nya.

"eh..! tak ada lah iera. lagipun hari ini memang saya tak da plan apa apa pun.. kebetulan awak ajak saya teman.. boleh terisi masa yang terluang ini.." balas roy. iera cuma tersenyum dengan jawapan roy. 

"ha iera.. itu pun bas dah sampai.. jom..." 




bersambung...


1 orang gemar komen entry aku:

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)