HuzairieHusinBlog: Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 6

Wednesday, March 30, 2011

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 6


angin di luar terus menerbangkan rambut iera yang panjangnya mencecah hampir paras bahu. roy sekadar melihat. kelihatan seorang konduktor bas sedang leka mengutip tambang dari penumpang. sangat ramai orang yang mahu keluar pada hari tu. sesak. hingga ada yang terpaksa berdiri dan duduk di atas tangga.  roy mengeluarkan wag kertang RM2. diberikan pada konduktor bas. pada masa itu iera sedang sibuk membelek beg tangannya. barangkali mahu mengeluarkan duit untuk tambang.

"iera, saya dah bayar tambang tu. sekali. awak dan saya" ujar roy dengan senyuman. iera membalas senyuman itu. nasib baik roy yang bayarkan. memang pada ketika itu iera tidak mempunyai duit kecil. tapi, dia mahu membayar balik pada perjalanan pulang nanti.


penumpang di dalam bas makin lama makin berkurangan. ramai yang sudah turun. yang ada, cuma penumpang di barisan belakang sahaja. di depan cuma ada konduktor bus, pemandu dan beberapa penumpang. boleh dikira dengan jari.

roy bingkas bangun dari tempat duduknya. berjalan ke arah loceng. iera memerhati gelagat roy. roy masih lagi disitu. menunggu point yang sesuai untuk menekan loceng bas..

krrrinnggg..!!!!

bas berhenti lebih kurang 50 meter dari tempat roy menekan loceng itu.

"so, kita nak pergi mana dulu nie...?" tanya roy dengan senyuman. iera membalas senyuman itu.

"erhm... ikut je la.." balas iera. iera berjalan menuju ke satu kedai. roy cuma mengikut jejak iera. memerhati takot ada orang yang dikenali nya. terutama kawan kawannya. apatah lagi gadis gadis yang pernah diayatnya suatu ketika dahulu. kalau perkara ini terjadi, memang satu malapetaka bagi roy.

"roy, mari sini jap.." iera memangil roy. roy cuma mengikut perintah iera.

iera memegang baju t-shirt berwarna biru. digayakannya pada badannya..

"apa pendapat roy...? ok...??" soal iera sambil memandang baju yang digayakannya. roy tidak membalas pertanyaan itu. sekadar memberi senyuman. iera memahami respond dari roy. dibeleknya pula baju lain. roy membiarkan iera membuat pilihan. mungkin buat masa ini, roy tidak dapat memberi pandangan nya sangat. citarasa iera dia perlu tahu juga. baru boleh dia memberi pandangan dan pendapatnya. itulah cara roy. dia lebih suka memberikan jawapan dengan senyuman. lebih selamat.

"iera.. i lapa la..." roy memberikan isyarat kepada iera dengan mengsok perutnya. melihat gelagat roy, iera mencekak pingang.

"tak makan ke pagi tadi...???"

"makan la.. sekarang dah pukul berapa dah.. dah masuk makan tengahhari dah nie..." balas roy sambil menengok jam di tangan nya. iera ketawa kecil dengan jawapan roy. mungkin dia leka dengan memilih pakaian sehingga lupa masa berlalu.

mereka menunju ke satu kedai. memang di situlah tempatnya yang roy akan pergi jika mahu makan tengahari. ramai orang disitu. anak mata roy melilau mencari satu tempat yang masih kosong.

"kat sana tu.." iera mencuit bahu roy sambail menunjukkan ada tempat kosong di sudut hujung sana.

"saya tunggu sini.. iera pergilah ambil nasi dulu.."

iera mengikut kata katanya roy. semakin jauh, semakin hilang iera pada pandangan roy dek kerana kepadatan orang disitu... roy tersenyum sendirian.


"hye roy.. makan sorang je ke.........." seseorang menegur roy. roy terkejut dan terpaku seketika...

"eh awak.....

2 orang gemar komen entry aku:

  1. alamak..
    siapa yg kacau daun pulak tu..

    ReplyDelete
  2. aduyai...
    wat nebes je nie...
    mne smbugn ye nie....

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)