HuzairieHusinBlog: Asus netbook EEE 1015PEM REVIEW

Saturday, April 23, 2011

Asus netbook EEE 1015PEM REVIEW

sebenarnya dah lama sangat aku nak buat review pasal netbook yang baru aku beli nie. [klik sini] . memandangkan dah genap sebulan aku pakai asus nie, aku kan kongsi serba sedikit mengenai Asus EEE 1015 PEM nie.. 


1. Spesifikasi

ok. memandangkan ia sekadar netbook yang bersaiz agak comel, spesifikasinya memang tak dapat nak lawan spesifikasi laptop mahupun destop. sedia maklum netbook  cuma sesuai untuk membuat kerja atau surf internet. EEE 1015 menggunakan window 7 starter sebagai window utamanya dan proccessor yang digunakan ialah intel atom N550 Dual Core CPU.

so, jom kita lihat spesifikasi asus ini dari segi :

RAM - in build 2GB RAM DDR3. ya.. 2 GB.. aku dah survey semua netbook dekat lowyat masa nak beli.. mostly banyak yang 1GB in build. asus ni je yang memang dah tersedia  2GB. 




Hard Disk - asus 1015 PEM juga merupakan antara netbook yang mempunyai kapasiti hard disk yang banyak (bagi kategori netbook). 320GB. memang banyak. boleh diupgarade lagi kalau mahu.. tapi pendapat au, better beli external hard disk. lebih murah & mudah.

saiz - agak kecil. bersaiz 10.3 x 7.1 x 1.4-inci, ia nampak slim dan ringan. mudah dibawa.. sesuai dengan slogan nya

 "go anywhere in style".

2. Display dan Sound/speaker

grafiknya boleh la tahan. tapi tidak sesuai untuk mereka yang kaki game.. proccesor tak dapat nak support game game yang kuat makan grafik nie. 


gambaran destop asus EEE 1015PEM :



[Gambar : Sepatutnya dekat destop ada stardock yang asus bagi. tapi tak tahu kena bila screen print ia tak detect]


ok.. sound untuk netbook nie boleh tahan la. tidak terlalu kuat.. dan tidak terlalu perlahan.. 


2. Web Cam dan Bluetooth


mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya asus EEE 1015 PEM nie memang mempunyai web cam. so tak perlu nak beli external web cam lagi. gambarnya..?? boleh tahan.. VGA rasanya..




amacam...?? ok..??


netbook asus nie juga memang sudah tersedia bluetooh. so tak perlu nak beli adapter bluetooh lagi. memudahkan kerja kita untuk transfer fail dari handphone ke netbook. mudah kan..?




3. Keyboard and touch pad



keypad untuk keyboard nie memang sedap bila tekan. tidak terlalu keras. jarak antara huruf ke huruf tidak terlalu dekat hingga susah nak taip dan tidak terlalu jauh. pantas, cepat dan mudah. itu yang dapat dirumuskan bila aku menaip keyboard asus nie..



touchpad asus nie pulak simple je. tak ada la kesat sangat hingga cursor tu tak bergerak. mudah la secara ringkasannya.




4. Bateri


kebanyakkan laptop sekarang menggunakan bateri jenis 6 cell. begitu juga dengan asus nie. menggunakan 6 cell jugak. jangka hayat bateri nie ada la lebih kurang 5 jam


5. Ports


1015 PEM mempunyai standard yang lebih kurang sama dengan netbook yang lain. apa yang aku perasan 1015PEM nie menambah bilangan port usb. ada 3 kesemuanya.






lagi satu, 1015PEM nie mempuyai port untuk card reader. so, tak perlu nak beli card reader lagi.. mudah kan..?




6. Harga


Harga?? standard harga netbook.. harga asal netbook nie RM 1299. tapi dapat kurang sehingga RM 1050. boleh la kan..??






selama sebulan aku pakai nie, memang amat memuaskan hati.. sangat.... 




p/s:  hope korang dapat imput sikit la ea dari review aku nie.. hehe

4 orang gemar komen entry aku:

  1. nice infos....
    hihihi..fara follow sini

    ReplyDelete
  2. ok ke netbook ni.. tgah servey nk bli untuk adik.. x tau nk bli yg mana

    ReplyDelete
  3. tomatoo : berdasarkan review dan pengalaman, mmg asus antara laptop terbaik selain mac.. cuma netbook nie tak boleh untuk heavy work.. just sesuai untuk surf internet and wat kerja2 opis je.. :)

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)