HuzairieHusinBlog: Mari Belajar Memasak Char Kuew Teow Bersama Chef Terkemuka Malaysia, Chef Zairie Husin

Sunday, April 17, 2011

Mari Belajar Memasak Char Kuew Teow Bersama Chef Terkemuka Malaysia, Chef Zairie Husin

ok.. entry ini, saya selaku chef hampir profesional akan mengajar anda semua cara cara buat char kuew teow. sudah sediakan pen dan kertas..? kalau sudah, jom kita mula kan kelas memasak kita.... 


okeh puan puan.. petang tadi saya telah menerjah satu gerai popular di bandar baru bangi. dekat mana? dekat dengan pasar raya giant seksyen 7 tu. dekat depan pasaraya spead mart 99.



kedai makan nie betul betul berada di tepi jalan seksyen 7. siapa yang dekat bangi nie, boleh la cuba pergi kedai nie.. memang sedap...


nampak?? master chef sudah bersedia.. hehe

bahan bahan untuk char kuew teow ialah :


kuew teow, kucai, taugeh, udang, telur dan cili..

oh..! lupe lak.. kicapnya..



cara caranya :

1. masukkan minyak dalam kuali, dan panaskan.


2. masukkan cili. kasi kacau kacau sama dia.. 


3. masukkan bahan bahan tadi.. gaulkannya hingga sebati (dah macam buat kek dah nie.. hehe)







mudah kan?? dah masukkan semua bahan bahan itu, kacau hingga nampak lazat. kalau boleh time nie, kasi api tu high power nyer.. tak pe... tak de hal nyer... hehe




sedia dihidang....






mudah kan..???


selamat mencuba.. =)

6 orang gemar komen entry aku:

  1. nampak sedap..ni yg buat aku lapar nie.. hahaha

    ReplyDelete
  2. @Amir Izzat : xpe amir.. nanti aku blanje ko.. hehe

    ReplyDelete
  3. Makanan kegemaran ku...tengok pun dah rasa lapar.

    ReplyDelete
  4. peh takdelah susah sangat ek..
    kena cuba ni buat keau tiow

    ReplyDelete
  5. nanti aku nak try buat la..thank,z bro share macam ne nak buat.

    ReplyDelete
  6. xpernah try lg...xperasan gerai ni

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)