HuzairieHusinBlog: Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 7

Sunday, April 3, 2011

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 7

"eh awak...."  roy terpaku memandang seorang gadis yang betul betul berada di hadapan nya sekarang. gadis itu cuma tersenyum. sedangkan roy seolah olah orang hilang arah. roy meliarkan matanya... sekejap kekiri.. sekejap ke kanan...

"sorang je ke roy..? ujar gadis itu..

"tak ada la.. berdua.. dengan kawan sekampung.. teman dia beli barang sikit.." balas roy. gadis itu cuma mengangguk tanda faham. 

"awak ingat lagi ke kat saya roy??

"zaman kita dah berlalu dah farah.. masing masing dah hidup sendiri.. dah ada jalan sendiri.." balas roy. roy masih ingat lagi masa dia mula mula bercinta dengan farah. 3 tahun yang lepas. masa itu roy baru sahaja habis latihan bola sepak sekolahnya. farah datang dengan senyuman. tujuannya sekadar melihat kekasihnya menjalani latihan bola sepak. tapi hampa. latihan habis awal dari kebiasaanya. di tangan farah, di gengam erat sebotol air 100 plus. diberikan pada roy. rakan rakan roy sekadar memerhati gelagat roy dan farah...




"ehem ehem...." satu suara lembut memintas perbualan di antara roy dan farah.  roy ibarat cacing kepanasan. diam terus membisu. sekejap di tatap wajah farah.. sekejap di tatap wajah iera pula.

"eira.. kenalkan.. kawan sekolah roy.. farah.." roy memulakan katanya. di tunjuknya jari ke farah dan iera.

"iera....."

"farah..." farah menghulurkan tangannya.. 

" ok lah roy.. farah pun nak pergi pejabat pos jap.. tadi time nak basuh tangan ternampak pulak roy.. ingat sorang.. kalau tahu bawak awek, tak mau kacau daau..." farah cuba memerli roy. dia memang kenal sangat dengan perangai roy. roy tersenyum. begitu jugak dengan iera.. 


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


malam itu, sesudah solat maghrib dan makan malam,  roy duduk di halaman rumah. malam itu bulan tidak seterang seperti malam malam sebelumnya.. begitu juga dengan bintang. tidak sebanyak seperti malam malam sebelumnya.  sepi. cuma cengkerik yang riang bersuara malam itu. roy menyeluk poket seluarnya. mengeluarkan telefon bimbitnya. cuma mendail nombor iera. tidak dijawab.  dihantarnya mesej. tidak jugak berbalas. roy menjadi gundah gulana.

roy teringat perbualannya dengan iera dalam perjalanan pulang dalam bas siang tadi. 

" siapa farah tu roy...?" tanya iera. roy memandang tepat ke mata iera. serba salah. mahu memberi jawapan yang benar atau tidak.. 

"owh.. farah.. member sekolah dulu.." balas roy dengan senyuman.

" bukan ex roy..? 

roy menoleh mukanya ke arah iera. tak pasti samada jawapan yang diberikan akan memberikan kesan kepada nya atau tidak..

"tu cerita dulu iera.. dah lama dah... dah la.. yang dah lepas tu biarlah berlalu. saya percaya.. apa yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. " 

iera tersenyum mendengar jawapan roy. dia tahu, roy jujur dengan jawapannya. 

"roy harap, apa yang berlaku tadi, tidak akan merosakan hubungan persahabatan yang kita bina ini.." roy cuba mengambil hati iera.. di tahu, di sebalik senyuman yang dilemparkan kepadanya, tersembunyi 1001 makna dan rahsia..


"roy...! masuk.... dah lewat nie..." roy terkejut dari lamunan dek kerana pekikan ibunya. roy  masih menunggu mesej dari iera. tak faham. iera tak pernah tak balas mesejnya. kehabisan kredit amat mustahil. sebab sebelum naik bas, iera ada belikan top up. 

roy merebahkan dirinya di atas katil. mendail semula nombor iera. keputusannya tetap sama. tidak berjawab. kalau nak diikutkan hati mahu sahaja dia pergi ke rumah iera masa itu. tapi itu akan memburukkan lagi keadaan.. 


roy melihat jam dinding. tepat pukul 12 tengah malam. hatinya semkin gundah. roy kedengaran sesuatu. sesuatu bunyi yang ditunggu. ya. telefon nya berbunyi. bingkas dia bangun dari kamarnya. dua biji matanya menatap tepat pada skrin telefonya. wajahnya sedikit hampa. bukan mesej yang dinantinya. satu nombor telefon yang tidak dikenalinya. roy tertanya tanya. siapakah yang hantar mesej yang tidak di kenalinya tengah malam begini.


tanpa berfikir panjang.. roy terus menekan button read... dan....






bersambung..

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)