HuzairieHusinBlog: Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 9

Sunday, April 24, 2011

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 9


roy menutup lampu biliknya. lagi pun jam di dinding sudah pukul 1 pagi. memang sudah masuk waktu tidurnya...

baru sahaja melelapkan matanya, telefonnya berbunyi. hatinya menyangka mungkin iera yang menghantarnya.. tetapi...

"roy... esok farah tunggu roy dekat pekan taw.. pukul 5..."

roy terkejut... pukul 5...??? roy terikat... antara farah mahupun iera... hanya tuhan saja yang tahu....


sekali lagi roy mendonggak kepala nya ke langit. memikirkan keputusan yang perlu dibuat. disana menanti.. dan di sini menunggu. kemana arah mahu dituju tidak pasti. yang pastinya, dia perlu membuat satu keputusan yang bijak..


xxxxxxxxxxxxxxxxxx

pagi itu sesudah solat subuh, roy mengambil angin di halaman rumahnya. sekali lagi dia terfikir mesej yang di hantar kepadanya malam tadi. masih bermain di fikirannya. tapi dalam hatinya, memang dia ingin sangat berjumpa dengan iera petang ini. itu lebih penting. baginya, tak perlu disegarkan kembali kisah yang lama. biar lah ia terbuku di lembaran hati ini. yang pasti, cinta yang hendak mekar dalam jiwanya ini perlu disemai dengan sepenuh kasih sayang. 

roy meraba raba poket seluar nya. mengeluarkan telefon bimbitnya. kali ini ia pasti.. keputusan yang dibuat adalah keputusan yang betul.. dan tak perlu dipertikaikan. 

"farah, i'm so sorry tak dapat jumpa u petang nanti. i have got important thing to do.."

roy tersenyum. lega. itu yang dapat di diungkapkan. kali ini dia pasti, dia dapat berjumpa dengan wanita idamannya. membawanya menikmati erti kehidupan ini. 

"roy...!! sini kejap..."

"ye mak.. kejap kejap..." roy menyahut panggilan ibunya. dia tahu, kebiasannya pagi pagi begini memeng ibu nya suruh membeli sedikit juadah di kedai pak maon. 

"nah.. ambil RM5 nie.. beli la kuih apa apa pun kat kedai pak maon tu.. jangan kau beli kuih dorayaki lak.. bapak kau tak makan.."

roy tersenyum dengan sindiran ibunya itu. ingat lagi 3 hari lepas. masa baru pulang dari pekan.. roy ada membawa sedikit kuih kepada ayahnya. pelik. air muka ayah nya seakan akan meneka sesuatu kuih yang di makannya itu.

tanpa berlenggah lagi, roy terus mendapatkan basikal BMX nya.. ditunggangnya agak perlahan. tidak seperti biasa. 

"pak maon.. kuih banyak hari nie...??"

"boleh la.. kau tengok la sendiri.."

roy membuka satu persatu penutup kuih itu. diambilnya plastik yang tergantung.. diambil kuih itu dan dimasukkan ke dalam plastik.

"assalamualaikum.. awal bangun hari ini.."  satu suara halus menembusi hawa telinga roy. di tolehnya kepalanya kebelakang..

"eh iera... ingat sape tadi.. tak ada la.. beli juadah pagi nie sikit.. sorang je ke iera..??

"tak la. dengan adik.. "

roy mengalihkan pandangannya ke arah seorang kanak kanak lelaki. dilemparkannya satu senyuman. dan disambut kembali senyuman itu. iera sekadar memerhatikan gelagat mereka.

"iera..."

"ye saya.."

"petang nie jadi..?? awak kata nak ambil angin dekat sawah kan..? lagi pun petang nie saya free.. boleh la kalau nak teman awak pergi bersiar siar .."

iera tersenyum. memang dia teringin mahu melihat permandangan sawah padi yang terbentang luas. sebelum nie di kuala lumpur memang susah nak melihat semua ini. sekadara menyaksikannya di kaca television sahaja..

"ok... kalau macam tu saya tunggu awak k.. kita jalan kaki dah la.. dekat je kan..? pukul 5.. "

"ok.. pukul 5... "

roy tersenyum. memang tak sangka yang dia akan dapat pergi sejauh ini untuk menambat hati iera. tapi jauh disudut hatinya memang dia iklas mengenali diri iera.. 

"ok ... kita jumpa petang nie k.."




bersambung....



1 orang gemar komen entry aku:

  1. best la novel ni...Aku bukan romeo.dh abis pon baca smpi episod 9 tp mna plak episod sterusnya...??minat &suka sngt dgn bahan2 yg bleh dbaca...mmg suka mbaca minat 2 sejak dr kecil lg... :)hami hrap akn lbh bnyk lg bahan2 baca'n spt ni...tima ksih..

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)