HuzairieHusinBlog: May 2011

Tuesday, May 31, 2011

Kehidupan Ini Bukanlah Terlalu Indah Bagi Kita...

assalamualaikum...

dah lama saya tak update blog ini.. di biarkan begitu sahaja.. bukan tidak mahu menulis. tapi mungkin mood berblog tidak membenarkan semua itu. walhal ada cerita yang ingin di sampai kan kepada pembaca.

1stly, alhamdulillah.. rasanya 3 hari tak update blog.. tapi traffic masih lagi maintain dalam lingkungan 1k uniqe visitor sehari. tai bukan traffic, bilangan pembaca mahupun income yang dikejar.. tetapi kualiti entry yang ditulis. terus terang saya katakan, blog ini bukan lah 100% blog peribadi saya. dan saya jarang menceritakan kisah kehidupan seharian saya disini.



hidup ini ibarat roda.. kadang kadang kita berada di atas.. dan kadang kadang juga kita berada di bawah.. indahkah hidup ini jika kita sentiasa gembira??? tidak pernah langsung mengenal erti kesusahan..? kesengsaraan?? tidak kan....? bagi saya dalam hidup ini kita perlu tempuh banyak halangan untuk mematangkan diri kita.. kita perlu ingat.. masalah, cabaran, ujian dan rintangan yang mendatangkan itu lah yang akan mendewasakan kita  kelak.. semua itu tidak boleh dibeli.. apatah lagi ditukar milik.. ia adalah pengalaman hidup yang paling berharga buat mereka yang menghargainya...



kehidupan ini tak best..??



ya.. betul.. kehidupan ini ibarat piono.. 

warna putih melambangkan keseronokkan... manakala warna hitam melambangkan kesengsaraan, kesusahan dan kepayahan kehidupan ini..

cuba bayangkan.... indahkan bunyi piano itu kalau kita menekannya hanya warna putih sahaja??  jawapannya sudah pasti tidak... ia perlu menekan warna putih dan warna hitam.. baru lah ia akan menghasilkan bunyi yang indah dan syahdu..

ya.... begitu juga dengan kehidupan kita.. hidup kita perlu kan kesenangan dan kepayahan.. barulah kita akan dapat merasai apa itu erti kehidupan dan bersyukur dengan nikmat kehidupan ini..



renung renungkan....
»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, May 29, 2011

video (youtube) wardina Safiyyah kantoi/blooper di MHI

korang ada tengok tak MHI pagi jumaat tu?? kalau ada yang tengok pasti rasanya korang tahu apa yang berlaku kan?? hehe..


video nie menunjukkan wardina terlebih awal menutup rancangan MHI.. memang spotan.. mujur ally iskandar dapat control balik keadaan.. 

tapi wardina tetap cool.. 



comel gila la wardina tersipu sipu malu.. adoi.. memang pecah perut tengok gelagat wardina nie.. pape pun wardina one of best pengacara yang ada.. :D
»»  BACA SELANJUTNYA...

Gambar, Video (Youtube), Keputusan Final UEFA Champion League 2011 Barcelona Manchester United

Assalamualaikum..

semalam rasanya semua dah tahu keputusan UEFA Champion League Final.. memang sangat fight dan menarik game yang ditunjukkan oleh barcelona dan manchester united.


dan ini keputusan barca vs MU semalam..


Barcelona 3  -  Manchester United 1

gol barcelona - pedro (27'), messi (54'), Villa (69')

Gol MU - Rooney (34')








dan ini video gol semalam..  very awesome..!




taniah buat semua fan barcelona..!!
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, May 28, 2011

Tonton Online Video (youtube) Maharaja Lawak Minggu/Episod 9 Penuh(Full) 2011

dah lama tak update blog ie.. sibuk dengan satu projek X aku nie.. hehe.. tak payah buang masa lagi.. jom layan video penuh maharaja lawak nie..


JAMBU





JOZAN





SEPAH





NABIL







R2





BALAS


»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, May 24, 2011

Gambar Seksi Nera AF9 Di Miss Earth Sabah 2010.

cuba teka yang mana satu nera??


pss : lepas nie undi nera mencanak naik la... oppsss... hehe
»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, May 23, 2011

Kenapa Kekasih Kita Merajuk?

assalamualaikum.. 

dah lama rasanya saya tidak bercerita mengenai cinta. mungkin sebelum nie saya banyak berkongsi dengan pembaca blog ini dengan isu semasa.. hm.. baiklah.. tidak salah sekali sekala beralih angin.. tak kan kita nak selalu mandi sungai.. sometimes kita teringin jugak nak mandi laut.. kan..

so, saya amat berminat nak berkongsi dengan anda semua kenapa kekasih kita merajuk.. orang kata, dalam percintaan nie, mesti ada saling pujuk memujuk.. barulah ada chemistry yang akan terjalin. oh! just my opinion only. leave it.. ^_^


pernah tak kita sebagai pasangan yang bercinta nie memikirkan kenapa kekasih kita merajuk.. adakah kita telah melakukan kesilapan yang menguriskan hati si dia? 

mungkin benar teori di atas. 


Kenapa Kekasih Kita Merajuk?


1. Sayang

sayang, cinta, love.. semua itu membawa maksud yang kita amat menyayangi sesuatu.. mungkin pada manusia.. dan mungkin jugak tidak. ya.. memang bila kita sudah menyayangi seseorang itu, kita sanggup melakukan apa saja untuk melihat senyuman terukir di wajah nya.. biarlah nyawa ini sekalipun menjadi taruhan. 


2. Ujian


Sedangkan lidah lagi tergigit.. ini kan pula pasangan yang bercinta. sebelum tu saya ingin berkongsi dengan anda satu lirik yang amat mendalam maksudnya.. 


"Bila kekasih mula merajuk
Bagaimanakah dapat ku pujuk
Hebatnya cinta banyak dugaannya
Kau tak percaya yang aku setia
Bukan niatku bermesra dengannya
Kerna ianya teman biasa"



hebatnya cinta banyak dugaannya... memang dalam bercinta nie kita banyak melalui ujian yang mendatang.. bagi saya sendiri, persefahaman antara satu sama lain yang akan membuatkan perhubungan itu berpanjangan.. tidak bersangka buruk, apatah lagi memikirkan yang bukan bukan mengenai kekasih kita.. tidak kah itu akan mengoyahkan tiang percintaan antara kita?



3. Cemburu Cinta

cemburu tandanya sayang.. tanpa cemburu dalam hubungan percintaan, mampukah cinta itu bertahan lama? sudah pasti tidak. pernah tak anda terfikir yang cemburu itu akan membuatkan hubungan 2 sejoli itu bertambah rapat. sebagai contoh, bila kekasih merajuk disebabkan cemburu menguasai diri, sudah pasti ada saling pujuk memujuk.. kan?? dari situ kita dapat lihat keikhlasan dalam memberi cinta itu.




merajuk itu boleh.. tapi tidak perlu berpanjangan.. kerana sudah pasti hati itu akan sensara.. 

cintailah si dia sepenuh hati mu.. jangan sia siakan hidup dan cinta yang telah diberi oleh nya.. mungkin dia yang terbaik bagimu.. 


renung renungkan..
»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, May 22, 2011

Semakan (Online) Keputusan Permohonan Institut Pendidikan Dan Vokasional (TEVT) Dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) 2011

Semakan keputusan permohonan TEVT (institut pendidikan & Vokasional) dan Institut Kemahiran Awan (ILKA) boleh disemak mulai 22 Mei 2011.









Semakan boleh dibuat melalui laman web UPU di Sistem Semakan Keputusan Permohonan TEVT & ILKA 2011 atau terus ke laman web berikut:


P/S: Tahu tak bila keputusan usm keluar?? kata akhir bulan nie.. huhu
»»  BACA SELANJUTNYA...

Berjogging Dengan Kasut Baru. ^_^

hari nie memang aku semangat gile nak berjogging nie.. tak sabar.. baru tadi beli kasut baru.. umbro.. 




amacam..?? smart tak?? 

cuba teka berapa harga kasut nie.. :D
»»  BACA SELANJUTNYA...

Gambar Jenazah Di Masjid Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Taqwa Hulu Langat Kajang 2011

salam..

saya kini berada di masjid hulu langat. memang ramai orang yang hadir. tak kira sama ada pihak media.. pihak politik.. mahupun orang awam.. bagi saya sendiri yang berada di persekitaran itu, memang terasa sangat kesayuannya.. apatah lagi mereka yang rapat dengan mangsa tanah runtuh.

jadi, saya kongsikan dengan anda semua antara gambar yang sempat saya ambil sebentar tadi.











insyaallah saya akan cuba untuk upload gambar jenazah di tanah perkuburan nanti..

al-fatihah untuk mangsa tanah runtuh ini..

»»  BACA SELANJUTNYA...

Our World, Their War | Transformers 3 : Dark Of The Moon

memandangkan demam transformers 3 : dark of the moon telah pun melanda semua die hard fan transformers, maka, saya telah join satu contest yang dianjurkan oleh pihak nuffnang kepada semua nuffnangersnya.. 


oleh itu, saya telah membuat pilihan dengan memilih piliha A, dimana soalannya adalah :


"beritahu kami bagaimana kamu mahu melindungi dunia dari decepticon, dan karekter autobots yang manakah yang kamu minat untuk melindungi dunia."




dan semestinya saya merupakan salah seorang die hard transformers akan memilih optimus prime. 

kenapa optimus prime menjadi pilihan saya?



1. bijak merancang strategi

optimus prime merupakan ketua yang pandai/bijak merancang strategi untuk berlawan dengan decepticon. kita dapat lihat dalam transformers 2 : revenge of the fallen,  dimana optimus prime mengatur strategi peperangan bersama rakan rakan autobotsnya yang lain. hasilnya? mereka dapat menewaskan robot decepticon yang merancang untuk menguasai dunia.


2. keberanian.

memang lumrah optimus prime dijadikan seorang pahlawan robot yang berani. beliau sanggup mempertahankan bumi dari dikuasai oleh decepticon. buktinya? beliau sanggup mati mempertahan bumi semasa berlawan dengan 2 robot decepticon dalam salah satu scense transformers 2 : revenge of the fallen.


3. Setia Kawan.

optimus prime dan rakan rakannya yang lain memang mempunyai sifat setia kawan yang tinggi. mereka sanggup bermati matian dalam mempertahankan bumi. dengan semangat setia kawan yang tinggi, rakan rakan optimus prime sanggup membela kematian prime yang dibunuh.



Bagaimana mahu melindungi bumi?




berbalik kepada cerita saya tadi.. andai saya merupakan ketua autobots iaitu optimus prime, bagaimana saya mahu melindungi dunia..? jadi.. ini merupakan rahsia sulit saya. atau lebih dikenali sebagai top secret strategi.


1. menguatkan bahagian pertahanan.

apa yang saya maksudkan adalah pertahanan  daratan. selama saya menjadi ketua autobots dan berperang dengan decepticon, mereka lebih gemar berperang di bahagian daratan berbanding dengan lautan. oleh itu, saya akan bekerjasama dengan semua askar askar, polis, rela, persatuan bulan sabit merah dan banyak lagi. saya akan merancang strategi peperangan yang lebih efisien dari sebelum itu.


2. serang hendap.

saya dan pasukan saya akan melakukan serang hendap ke atas kubu decepticon. tapi sebelum itu saya harus menghantar perisik atau spy utuk memberi info mengenai kekuatan lawan. dari situ saya dan pasukan saya boleh membuat persedian yang rapi untuk melancarkan peperangan.


3. modified autobots.

ini merupakan salah satu strategi peperangan saya. saya akan melakukan sedikit perubahan pada autobots. saya akan menambah komponen kompenen yang dianggap penting seperti saya untuk terbang, tambah kelajuan bergerak. selain itu, saya bercadang untuk menaik tarafkan senjata autobots kepada senjata yang jauh lebih moden dan mampu melawan decepticon.


jadi, ini merupakan sebahagian daripada top secret saya untuk mempertahankan bumi dari anasir decepticon. 

untuk melihat dan mengetahui strategi autobots untuk melindungi bumi, saksikan kami di pawagam tidak lama lagi.







entry ini merupakan entry khas untuk contest nuffnang. berminant nak join..? [klik sini].

doakan kejayaan saya yer.. terima kasih kepada nuffnang. =)
»»  BACA SELANJUTNYA...

Free Download Lagu Tema Maharaja Lawak 2011

assalamualaikum.. 


dah lama jugak aku cari lagu nie.. sebenarnya bukan la lagu.. cuma muzik.. nak buat ringtone.. nampak macam menarik je.. hehe






nak dengar sikit..?? klik button play..











amacam..?? best..?? 




jom download.. klik sini jer.. 






anda mungkin minat gila yang nie..


1. maharaja lawak 8


2. maharaja lawak
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, May 21, 2011

sasuke malaysia briefing!

oh ho.. Selamat pagi guys.. Tahu aku ada kat mana sekarang nie? Dekat briefing sasuke malaysia.. Anjuran belia sukan.. Ermm.. Ada orang tanya aku.. Apa tu tu sasuke malaysia? Sebenarnya sasuke malaysia nie macam ninja warrior la.. Dia ada 3 halangan.. So, korang diberi masa lebih kurang 3 minit utk lepaa peringkat pertama tu.. Maybe dalam 3 minit korang diberi masa utk lepas lebih kurang 9 halangan pada peringkat pertama tu.. Faham? Hehe Berbalik kat briefing nie.. Peerrgghh.. Ramai jugak orang kat sini.. Dah la badan diorang nie stok angkat besi punya.. So aku je yang tak berapa nak taf kat sini.. Sadis betul.. Huhu.. Ok.. briefing dah start.. Nanti gosip lagi.. Hehe
»»  BACA SELANJUTNYA...

[Gambar] Majlis Pertunangan Khairul Fahmi Che Mat Dengan Elia

cakap je nama fahmi siapa yang tak kenal kan...?? penjaga gol nombor 1 malaysia.. nombor 2 dah tentu aku.. tapi orang lagi kesah yang nombor 1 kan.. hehe

bagi yang tak tahu lagi nie macam aku, encik khairul fahmi baru saja bertunang dengan pilihannya.. miss elia.. ala.. jejari runcing tu..

so, marilah kita sama sama menatap gambar pertunangan mereka nie yang ala ala arab.. class u.. -_-
















erm... aku nie bila la pulak... duit dalam dompet nie pun ada seratus.. tu pun nak pi beli kasut sukan esok..huhu...

psss : tunggu duit BE dari nuffnang je la.. hhehe
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tonton Online Video Maharaja Lawak Minggu/Episod 8 Penuh(Full) 2011

kah kah kah...!!! 




serius lawak maharaja lawak minggu ke 8 nie.. pecah perut aku.. selamat dapat cantum balik perut perut aku tu.. hehe


okeh.. tak payah dok buang masa lagi.. jom layan geng geng maharaja lawak nie..


Kumpulan Sepah







Kumpulan Balas



Kumpulan Jozan



Man



Kumpulan R2



Kumpulan Jambu



Nabil





amacam..?? pecah perut tak???

tapi bagi aku sendiri la.. yang paling lawak minggu nie adalah kumpulan R2.. diorang memang kelakar habis la.. tak sia sia mereka yang bawak R2 masuk =)
»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, May 19, 2011

Download Lagu Bertemu Cinta Ost Filem Nur Kasih The Movie 2011 (Mila Jirin)

rasanya semua peminat filem nur kasih memang dah tak sabar sangat nak tengok cerita nie yang ditayangkan hari ini 19.05.2011.


drama nur kasih memang sudah mempunyai penontonnya yang tersendiri. bagi aku, aku merupakan salah seorang penonton tegar drama nie. untuk pengetahuan korang, drama nur kasih yang pernah ditayangkan di tv3 dulu, mendapat rating penonton yang paling tinggi ok.. kalau tak silap sebanyak 3.9 juta..!!

fuh! dashyat.. filem nur kasih yang hanya di pawagam sahaja nie tak tahu la macam mana.. nak tunggu dulu review dari korang semua nie.. hehe..




video klip bertemu cinta (mila jirin)







»»  BACA SELANJUTNYA...

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 10

jam di dinding sudah menunjukkan tepat pukul 04.30 petang. masih ada lagi masa 30 minit sebelum roy berjumpa dengan iera. masa yang ada ini, digunakannya untuk menunaikan solat fardhu asar. selesai solat, roy membuka jendela di biliknya. dibiarkan angin petang memasuki kamar tidurnya. roy memejamkan mata. hatinya berdengup berirama. memikirnya pertemuannya dengan iera sebentar nanti. 

tuutttt.. tttuuttttt....


dua biji mata roy tepat melihat telefon bimbitnya yang berada di atas katil. bingkas dia beredar dari jendela. disambutnya mesej itu. wajahnya terus terukir dengan senyuman. 



"roy.. iera dah siap.. kita jumpa di depan madrasah ok?"

selesai membaca mesej dari iera, roy terus beredar dari kamarnya. dengan mengenakan t-shirt berwarna hitam tanpa kolar dan berseluar jean, memang cukup bersahaja. 

selangkah demi selangkah perjalanan roy ke madrasah yang terletak kira kira 300 meter dari rumahnya. dari jauh, dia sudah ternampak seorang gadis ayu berdiri di madrasah itu. berbaju t-shirt putih labuh dan berseluar slack. roy hanya mampu tersenyum dari jauh. memerhatikan gelagat iera yang sedang menantikan kehadirannya. mungkin dia patut memohon kemaafkan di atas kelewatannya.

"assalamualaikum.. sorry iera.. lambat 1 minit"

"waalaikummusalam.. eh! tak ada la.. lagi pun iera baru sahaja sampai.. tak lama pun. " 

roy tersenyum mendengar jawapan dari iera. mereka beredar dari madrasah itu. berjalan ke timur laut untuk ke sawah padi. roy seoalah olah kaku. lidah kelu untuk meluahkan kata. begitu juga dengan iera. hanya kedengaran bunyi angin petang yang membelah kesunyian ketika itu. 



"iera.. dah lama roy tak pergi ke sawah. melihat hijau nya permandangan sawah. " 

"owh. yeke? sebelum nie selalu?" balas iera ringkas. iera memerhatikan wajah roy sambil tersenyum. roy menyambut kembali senyuman itu. senyuman ikhlas yang lahir dari hati seorang wanita.

"sebelum nie selalu juga. dengan best friend saya. ayie namanya. kitaorang selalu lepak lepak main gitar. cari ilham buat lagu.. hehe" 

iera ketawa kecil mendengar jawapan roy yang lucu itu. tak pernah dia tahuyang roy pandai bermain gitar. 

"owh... roy.. kawan iera cakap.... lelaki yang main gitar nie seorang yang romantik.. hurm.. kan roy..." iera memberikan soalan yang sukar di jawap oleh roy. 

roy sekadar melihat wajah iera. cantik.. manis.. dan ayu.. 

" ha iera.. jeng jeng... ni la sawah.. cantik kan.. " roy menunjukkan permandangan sawah padi kehijauan yang terbendang luas. sengaja dia melarikan diri dari soalan yang ditujukankan iera kepadanya.


"cantikkan roy.. tenang je jiwa nie. tak pernah iera merasakan ketenangan sebegini. cuacanya.. udaranya.. permandangannya.. sangat indah. "

iera mendepakan kedua belah tangan nya seolah olah menarik nafas segar disitu. roy sekadar memerhatikan sahaja gelatat iera yang mencuit kan itu. 

"roy....!!!!!!!!!!" jerit iera sekuat hati kepada roy.. roy terkejut... dan terus mendapatkan iera... 

iera ketakutan.........




-bersambung-





»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, May 18, 2011

Maaf.. Aku Bukan Bekerja Untuk Nuffnang.

fuh..! agak lama jugak aku tak bercerita pasal nuffnang nie.. dulu rajin jugak.. sejak aku bekerja dan memberikan hampir 99% tumpuan aku pada kerja, blog ini sedikit kehilangan kasih sayang dari aku.. 

tidak seperti dulu.. aku jaga blog ini bagai menatang minyak petrol 97 yang penuh.. (sebab harga RM2.90/liter tu yang kena jaga elok tu..). dulu memang aku kerap update.. selagi mampu.. selagi ada daya.. dengan satu tujuan... $$$$..




ya... memang dalam berblog nie banyak dugaan dan rintangan yang perlu kita hadapi.. salah satu daripadanya bila blog kita tak ada BE.. fuh! boleh bikin tension woo..!! tapi semalam aku baca salah satu entry dari blogger ben ashaari. pasal nuffnang. [klik sini untuk baca]


ada satu petikan yang buat tertarik dari penulisan ben ashaari. 

"Lepas 6-7 bulan tu baru la cun sikit income... tapi cuba pk pk balik .. korang susah susah update blog , kasi tinggi trafik .. semata mata nak kaut duit dari NUFF ke ? Hehehe...Kita keje ngan mereka ke ?"


kita kerja dengan mereka ke?? semestinya tidak.. tapi persoalannya kenapa kita berasa kecewa, marah, sedih bila tidak mendapat iklan/BE dari nuffnang? aku pun pernah merasa macam tu.. ingat.. blog hak kita.. kita berhak ke atas blog kita. kita  takut pasang iklan syarikat lain kerana satu perkara sahaja..


status non-ordinary.


memang aku berblog untuk duit.. tapi duit dari hasil berblog tidak mudah datang bergolek macam tu sahaja. banyak halangan dan rintangan.. 

masih ingat lagi kata kata seorang blogger nie..

"berblog nie ibarat melombong emas.. sekali lu sudah jumpa itu lubuk.. lu taw la betapa indahnya berblog nie.."


renung renungkan..




p/s: sebenarnya aku lebih banyak menjadi silent reader ben ashaari.. banyak nasihat dari dia yang memberi aku motivasi untuk berblog.. thanks ben ashaari.. 
»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, May 16, 2011

video (youtube) lagu tema hari guru 2011| Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

selamat hari guru...!!

jom layan video lagu temahari guru.. =)





erm.. tertanya jugak.. kenapa tak ada hari pensyarah erk?? huhu


ada jawapan tak dari korang..?
»»  BACA SELANJUTNYA...

Gambar Seksi Fasha Sanda 2011 | Pencarian Tertinggi Di Blog Zairie Husin.

salam semua.. 

sekadar berkongsi sahaja.. aku rasa korang mesti ingat lagi pasal kes fasha sanda berbikini di bali bulan januari lepas kan?? ha...?? ingat tak ingat tak??? lorrr...??? tak ingat.. klik sini.. mesti korang ingat punya.. miahaha..


apa yang aku dapate tengok setiap hari mesti ada orang malaysia nie dok cari gambar seksa fasha sandha nie.. erm.. ramai jugak ye nak tengok fasha sandha ni berbikini.. hehe..

tak percaya..?? tengok ni..




nampak?? 8791 pageview untuk fasha sandha punya post jer.. jauh jugak ye kena tinggal yang kat belakang tu.. hehe..

erm.. apa yang aku nampak, satu jer... orang malaysia nie minat kontroversi ye.. =) 
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, May 14, 2011

Aktiviti Di Kampung Aku. Serius Best!

dah semusim aku tak balik kampung.. serius best.. nyaman je udara kat sini.. tak macam kat kolumpo.. asap sana sini.. hehe..

okeh... nie apa yang dapat aku snap waktu petang tadi..



 budak budak kampung main takraw waktu petang.. memang semangat kesukanan weh!



lipat jangan tak lepat bang.. hehe





ha...nak taw...?? dia nie la coach.. terbaik la bro.. hehehe.. (sebenarnya dia nie abang nie aku.. dia wat laksa sedap weh..)





ingat orang kampung tak ada fesbuk ke?? tu tengah bergosip ke?? hehe





p/s: malam nie dengar citer ada nak wat makan makan lak.. tak taw jadi ke tak.. so tunggu la ea.. :D
»»  BACA SELANJUTNYA...