HuzairieHusinBlog: Aimi Jarr (Datuk Omar @ Abd. Majid Puteh) Meninggal Dunia 10 May 2011. Al-Fatihah.

Wednesday, May 11, 2011

Aimi Jarr (Datuk Omar @ Abd. Majid Puteh) Meninggal Dunia 10 May 2011. Al-Fatihah.


elakon dan penulis hiburan veteran, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar @ Abd. Majid Puteh, 72, meninggal dunia pada pukul 8.05 pagi semalam di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang dekat sini.
Allahyarham yang menghidap penyakit kencing manis dan Parkinson sejak beberapa tahun lalu disyaki diserang sakit jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia sakit malah perwatakannya sentiasa ceria sebelum meninggal dunia.
“Sebelum ini ayah kelihatan sihat dan tidak pernah dimasukkan ke hospital. Namun, sejak malam semalam, dia asyik termenung, batuk-batuk dan badannya pula sejuk,” ujar anak lelaki tunggal Aimi Jarr itu.



0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)