HuzairieHusinBlog: Kenapa Kekasih Kita Merajuk?

Monday, May 23, 2011

Kenapa Kekasih Kita Merajuk?

assalamualaikum.. 

dah lama rasanya saya tidak bercerita mengenai cinta. mungkin sebelum nie saya banyak berkongsi dengan pembaca blog ini dengan isu semasa.. hm.. baiklah.. tidak salah sekali sekala beralih angin.. tak kan kita nak selalu mandi sungai.. sometimes kita teringin jugak nak mandi laut.. kan..

so, saya amat berminat nak berkongsi dengan anda semua kenapa kekasih kita merajuk.. orang kata, dalam percintaan nie, mesti ada saling pujuk memujuk.. barulah ada chemistry yang akan terjalin. oh! just my opinion only. leave it.. ^_^


pernah tak kita sebagai pasangan yang bercinta nie memikirkan kenapa kekasih kita merajuk.. adakah kita telah melakukan kesilapan yang menguriskan hati si dia? 

mungkin benar teori di atas. 


Kenapa Kekasih Kita Merajuk?


1. Sayang

sayang, cinta, love.. semua itu membawa maksud yang kita amat menyayangi sesuatu.. mungkin pada manusia.. dan mungkin jugak tidak. ya.. memang bila kita sudah menyayangi seseorang itu, kita sanggup melakukan apa saja untuk melihat senyuman terukir di wajah nya.. biarlah nyawa ini sekalipun menjadi taruhan. 


2. Ujian


Sedangkan lidah lagi tergigit.. ini kan pula pasangan yang bercinta. sebelum tu saya ingin berkongsi dengan anda satu lirik yang amat mendalam maksudnya.. 


"Bila kekasih mula merajuk
Bagaimanakah dapat ku pujuk
Hebatnya cinta banyak dugaannya
Kau tak percaya yang aku setia
Bukan niatku bermesra dengannya
Kerna ianya teman biasa"



hebatnya cinta banyak dugaannya... memang dalam bercinta nie kita banyak melalui ujian yang mendatang.. bagi saya sendiri, persefahaman antara satu sama lain yang akan membuatkan perhubungan itu berpanjangan.. tidak bersangka buruk, apatah lagi memikirkan yang bukan bukan mengenai kekasih kita.. tidak kah itu akan mengoyahkan tiang percintaan antara kita?



3. Cemburu Cinta

cemburu tandanya sayang.. tanpa cemburu dalam hubungan percintaan, mampukah cinta itu bertahan lama? sudah pasti tidak. pernah tak anda terfikir yang cemburu itu akan membuatkan hubungan 2 sejoli itu bertambah rapat. sebagai contoh, bila kekasih merajuk disebabkan cemburu menguasai diri, sudah pasti ada saling pujuk memujuk.. kan?? dari situ kita dapat lihat keikhlasan dalam memberi cinta itu.




merajuk itu boleh.. tapi tidak perlu berpanjangan.. kerana sudah pasti hati itu akan sensara.. 

cintailah si dia sepenuh hati mu.. jangan sia siakan hidup dan cinta yang telah diberi oleh nya.. mungkin dia yang terbaik bagimu.. 


renung renungkan..

3 orang gemar komen entry aku:

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)