HuzairieHusinBlog: Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 10

Thursday, May 19, 2011

Novel Online : Aku Bukan Romeo -Episod 10

jam di dinding sudah menunjukkan tepat pukul 04.30 petang. masih ada lagi masa 30 minit sebelum roy berjumpa dengan iera. masa yang ada ini, digunakannya untuk menunaikan solat fardhu asar. selesai solat, roy membuka jendela di biliknya. dibiarkan angin petang memasuki kamar tidurnya. roy memejamkan mata. hatinya berdengup berirama. memikirnya pertemuannya dengan iera sebentar nanti. 

tuutttt.. tttuuttttt....


dua biji mata roy tepat melihat telefon bimbitnya yang berada di atas katil. bingkas dia beredar dari jendela. disambutnya mesej itu. wajahnya terus terukir dengan senyuman. 



"roy.. iera dah siap.. kita jumpa di depan madrasah ok?"

selesai membaca mesej dari iera, roy terus beredar dari kamarnya. dengan mengenakan t-shirt berwarna hitam tanpa kolar dan berseluar jean, memang cukup bersahaja. 

selangkah demi selangkah perjalanan roy ke madrasah yang terletak kira kira 300 meter dari rumahnya. dari jauh, dia sudah ternampak seorang gadis ayu berdiri di madrasah itu. berbaju t-shirt putih labuh dan berseluar slack. roy hanya mampu tersenyum dari jauh. memerhatikan gelagat iera yang sedang menantikan kehadirannya. mungkin dia patut memohon kemaafkan di atas kelewatannya.

"assalamualaikum.. sorry iera.. lambat 1 minit"

"waalaikummusalam.. eh! tak ada la.. lagi pun iera baru sahaja sampai.. tak lama pun. " 

roy tersenyum mendengar jawapan dari iera. mereka beredar dari madrasah itu. berjalan ke timur laut untuk ke sawah padi. roy seoalah olah kaku. lidah kelu untuk meluahkan kata. begitu juga dengan iera. hanya kedengaran bunyi angin petang yang membelah kesunyian ketika itu. 



"iera.. dah lama roy tak pergi ke sawah. melihat hijau nya permandangan sawah. " 

"owh. yeke? sebelum nie selalu?" balas iera ringkas. iera memerhatikan wajah roy sambil tersenyum. roy menyambut kembali senyuman itu. senyuman ikhlas yang lahir dari hati seorang wanita.

"sebelum nie selalu juga. dengan best friend saya. ayie namanya. kitaorang selalu lepak lepak main gitar. cari ilham buat lagu.. hehe" 

iera ketawa kecil mendengar jawapan roy yang lucu itu. tak pernah dia tahuyang roy pandai bermain gitar. 

"owh... roy.. kawan iera cakap.... lelaki yang main gitar nie seorang yang romantik.. hurm.. kan roy..." iera memberikan soalan yang sukar di jawap oleh roy. 

roy sekadar melihat wajah iera. cantik.. manis.. dan ayu.. 

" ha iera.. jeng jeng... ni la sawah.. cantik kan.. " roy menunjukkan permandangan sawah padi kehijauan yang terbendang luas. sengaja dia melarikan diri dari soalan yang ditujukankan iera kepadanya.


"cantikkan roy.. tenang je jiwa nie. tak pernah iera merasakan ketenangan sebegini. cuacanya.. udaranya.. permandangannya.. sangat indah. "

iera mendepakan kedua belah tangan nya seolah olah menarik nafas segar disitu. roy sekadar memerhatikan sahaja gelatat iera yang mencuit kan itu. 

"roy....!!!!!!!!!!" jerit iera sekuat hati kepada roy.. roy terkejut... dan terus mendapatkan iera... 

iera ketakutan.........




-bersambung-





0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)