HuzairieHusinBlog: Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin (Shuhada) Pengacara Majalah Tiga (3) Kahwin Julai 2011

Tuesday, May 3, 2011

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin (Shuhada) Pengacara Majalah Tiga (3) Kahwin Julai 2011


 Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, mengesahkan akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai bank pada Julai depan.
Nurul menjelaskan, lelaki yang dimaksudkan ialah Raja Amir Raja Azwa,29, yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.



“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada Julai depan. Kami akan maklumkan kepada pihak media apabila tiba waktunya,” kata Nurul ringkas.
Nurul membuat pengakuan tersebut ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis doa selamat dan pelancaran buku Sanggul karya jurusolek Zulfazli Suhadi di restoran Intai-Intai, Jalan Hulu Klang di sini, Ahad.
Antara selebriti yang hadir ialah penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.
Pada majlis itu Nurul dan Raja Amir tidak dapat mengelak gambar mereka dirakamkan jurugambar tetapi memberi kerjasama untuk menjelaskan mengenai hubungan yang terjalin.


Bagaimanapun Nurul tidak dapat menceritakan secara terperinci mengenai kisah cinta mereka atas sebab-sebab tertentu selain prosedur yang harus di patuhi sebagai personaliti TV3, sebelum membuat sesuatu kenyataan.
Bagaimanapun menurut Nurul dia bahagia dengan hubungannya itu dan berharap ia berjalan dengan baik.
Katanya, rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lalu dan kedua-dua belah pihak telah menetapkan untuk melangsungkan majlis bertunang dan akad nikah serentak pada Julai depan.
“Saya tidak boleh nak komen banyak. Cukuplah sedikit maklumat itu,” pinta Nurul.
Pengacara itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.


P/S : semua tengok sibuk dok plan nak kahwin.. bila la turn aku nih... ada sape nak sponsor majlis perkhawinan aku? hehe




7 orang gemar komen entry aku:

  1. uish....semoga cpt2 la dia kawin...

    ReplyDelete
  2. die dah bahgia..mejar dr faiz bila ek?...sian awak ek..mama dah ambil mbo..tak kerja n tak leh lah sponsor!!

    ReplyDelete
  3. oh ye ke ni..bukan dengan kapten faiz tu eh..apa-apa pun,kita tunggu bulan julai k. :)

    Jom baca ni: Jenama kapas muka juga penting tau..

    Jom baca ni: Produk Lancome Free RM2000 from Contest Nuffnang..

    ReplyDelete
  4. @MaMa AiNi : itu tak pasti la.. kena tunggu dan lihat la.. :D

    ReplyDelete
  5. tahniah!! suka3!! best yer if die jemput kite~ hehehe

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)