HuzairieHusinBlog: Our World, Their War | Transformers 3 : Dark Of The Moon

Sunday, May 22, 2011

Our World, Their War | Transformers 3 : Dark Of The Moon

memandangkan demam transformers 3 : dark of the moon telah pun melanda semua die hard fan transformers, maka, saya telah join satu contest yang dianjurkan oleh pihak nuffnang kepada semua nuffnangersnya.. 


oleh itu, saya telah membuat pilihan dengan memilih piliha A, dimana soalannya adalah :


"beritahu kami bagaimana kamu mahu melindungi dunia dari decepticon, dan karekter autobots yang manakah yang kamu minat untuk melindungi dunia."




dan semestinya saya merupakan salah seorang die hard transformers akan memilih optimus prime. 

kenapa optimus prime menjadi pilihan saya?



1. bijak merancang strategi

optimus prime merupakan ketua yang pandai/bijak merancang strategi untuk berlawan dengan decepticon. kita dapat lihat dalam transformers 2 : revenge of the fallen,  dimana optimus prime mengatur strategi peperangan bersama rakan rakan autobotsnya yang lain. hasilnya? mereka dapat menewaskan robot decepticon yang merancang untuk menguasai dunia.


2. keberanian.

memang lumrah optimus prime dijadikan seorang pahlawan robot yang berani. beliau sanggup mempertahankan bumi dari dikuasai oleh decepticon. buktinya? beliau sanggup mati mempertahan bumi semasa berlawan dengan 2 robot decepticon dalam salah satu scense transformers 2 : revenge of the fallen.


3. Setia Kawan.

optimus prime dan rakan rakannya yang lain memang mempunyai sifat setia kawan yang tinggi. mereka sanggup bermati matian dalam mempertahankan bumi. dengan semangat setia kawan yang tinggi, rakan rakan optimus prime sanggup membela kematian prime yang dibunuh.



Bagaimana mahu melindungi bumi?




berbalik kepada cerita saya tadi.. andai saya merupakan ketua autobots iaitu optimus prime, bagaimana saya mahu melindungi dunia..? jadi.. ini merupakan rahsia sulit saya. atau lebih dikenali sebagai top secret strategi.


1. menguatkan bahagian pertahanan.

apa yang saya maksudkan adalah pertahanan  daratan. selama saya menjadi ketua autobots dan berperang dengan decepticon, mereka lebih gemar berperang di bahagian daratan berbanding dengan lautan. oleh itu, saya akan bekerjasama dengan semua askar askar, polis, rela, persatuan bulan sabit merah dan banyak lagi. saya akan merancang strategi peperangan yang lebih efisien dari sebelum itu.


2. serang hendap.

saya dan pasukan saya akan melakukan serang hendap ke atas kubu decepticon. tapi sebelum itu saya harus menghantar perisik atau spy utuk memberi info mengenai kekuatan lawan. dari situ saya dan pasukan saya boleh membuat persedian yang rapi untuk melancarkan peperangan.


3. modified autobots.

ini merupakan salah satu strategi peperangan saya. saya akan melakukan sedikit perubahan pada autobots. saya akan menambah komponen kompenen yang dianggap penting seperti saya untuk terbang, tambah kelajuan bergerak. selain itu, saya bercadang untuk menaik tarafkan senjata autobots kepada senjata yang jauh lebih moden dan mampu melawan decepticon.


jadi, ini merupakan sebahagian daripada top secret saya untuk mempertahankan bumi dari anasir decepticon. 

untuk melihat dan mengetahui strategi autobots untuk melindungi bumi, saksikan kami di pawagam tidak lama lagi.







entry ini merupakan entry khas untuk contest nuffnang. berminant nak join..? [klik sini].

doakan kejayaan saya yer.. terima kasih kepada nuffnang. =)

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)