HuzairieHusinBlog: DOA untuk MURAH REZEKI

Thursday, June 23, 2011

DOA untuk MURAH REZEKI

Assalamulaikum dan selamat pagi bagi mereka yang baca entry nie waktu pagi.. selamat tenghari bagi mereka yang baca waktu tengahari dan selamat malam bagi mereka yang baca waktu malam.


rezeki.... itulah yang kita cari setiap hari.. kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal.. jadi.. marilah kita sama sama membaca doa murah rezeki ini agar rezeki kita sentiasa diberkati oleh-Nya.. amin..~




"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"






"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , 

juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu,

 dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".




-terfikir sejenak bila baca entry di blog nie..-













2 orang gemar komen entry aku:

  1. tnkz to sharing :)
    doa yang mujarab selepas berusaha kan?

    ReplyDelete
  2. salam pagi zairie !!!....semuga kita adalah diantara org yg diatas..suka memberi & menderma..kerana Allah akan berikan ganjaran yang lebih diakhirat nanti ..insyaallah...

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)